11 April 2008

Schism lawan dakyah Fitna

JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi


05 April 2008

Kaji Semula Projek Besar


‘Kertas Putih’ Untuk Monsoon Cup

Kesediaan Dato’ Ahmad Said untuk mengkaji semula perlaksanaan projek-projek besar di Terengganu di alu-alukan oleh semua pihak samada UMNO atau PAS.

Namun, ramai yang berharap bahawa kerajaan dapat betindak lebih dari hanya membuat kajian.

Setelah empat tahun pemerintahan UMNO/BN dibawah kepimpinan Idris Jusoh, keadaan hidup rakyat tidak banyak berubah, walaupun bekas Menteri Besar tersebut acapkali mendakwa banyak perubahan berlaku.

Ya, memang ada perubahan, tetapi perubahan fizikal iaitu pembangunan projek-projek besar sebagaimana yang dinyatakan akan dikaji semula oleh Menteri Besar yang baru.


Rakyat tidak rasa terkilan dengan pembinaan lebuhraya, pembesaran lapangan terbang dan kompleks sukan walaupun harganya ratusan juta.

Lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan adalah ketiga-tiga projek yang sudah dilancarkan seblum tahun 1999.

Namun apabila rakyat memilih PAS untuk menerajui pemerintahan negeri Terengganu pada tahun 1999, kerajaan pusat telah menangguhkan projek-projek tersebut.

Fakta yang mengatakan kerajaan yang ditadbir oleh PAS tidak mahu melaksanakannya ketiga-tiga projek tersebut kerana dianggap membazir adalah tidak betul.

Berkali-kali, Tuan Haji Yahaya Ali selaku Exco infrastruktur mengadakan pertemuan dengan (arwah) Menteri Kerja Raya bagi merundingkan dan membincangkan supaya pembinaan lebuhraya dimulakan segera.

Bagaimana pun sikap ‘sorong papan tarik papan’ dan akhirnya ‘tarik terus’ kerajaan pusat memang telah menjadi lumrah, apabila sesebuah kerajaan negeri ditadbir oleh parti politik yang berlainan dengan kerajaan pusat.

Kerajaan Sabah yang dikuasai oleh PBS pernah mengalami konspirasi yang sama.

Justeru, semua rakyat masih ingat dan tidak akan lupa, bukan sahaja projek-projek besar, lebuhraya, lapangan terbang dan kompleks sukan dihentikan, malah royalti minyak di’silapmata’ kan menjadi wang ehsan.

Walau bagaimanapun, Monsoon Cup, pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Pulau Wan Man tidak termasuk didalam projek-projek besar yang telah dirancang kerajaan persekutuan.

Umum telah mengetahui bahawa Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Pulau Wan Man adalah projek ‘mee segera’ ratusan juta ringgit, konspirasi kewangan kelompok elit kepimpinan UMNO/BN negeri Terengganu dan kerajaan pusat.

Menteri Besar yang baru tidak termasuk dalam kelompok elit tersebut, dengan itu Dato’ Ahmad Said tidak perlu mempertahankan perlaksanaannya.

’Mood’ rakyat yang juga bersamaan(secara kebetulan) dengan ‘mood’ MPPR serta pihak istana menolak bekas Menteri Besar Idris Jusoh atas perkara yang sama.

Perbelanjaan RM300 juta untuk Monsoon Cup adalah dari Dana Khas Persektuan/Wang Ehsan = duit royalti petroleum.

Begitu juga ratusan juta yang dibelanjakan membina Masjid Kristal dan 21 buah monument/replika di Pulau Wan Man.

Duit royalti petroleum adalah hak rakyat Terengganu, bukan hak Idris Jusoh atau Abdullah Ahmad Badawi atau hak Patrick Lim.

Sekiranya pembangunan tersebut dibelanjakan dari sumber perbendaharaan kerajaan pusat, mungkin rakyat dan istana tidak hairan, walaupun ia juga ‘pitih’ rakyat hasil yang kutipan cukai.


Cuba kita bandingkan nilai RM 300 juta dngan apa yang boleh kerajaan lakukan dengan wang sebanyak itu

Dalam masa empat tahun, rakyat akan lebih mendapat manfaat dengan RM 300 juta yang dicurahkan untuk Monsoon Cup.


Dengan duit sebanyak itu dapat membangunkan negeri Terengganu dengan salah satu projek dibawah;


- sebanyak 6,667 buah rumah kos rendah dapat didirikan untuk rakyat Terengganu

- 100,000 ekar ladang kelapa sawit baru boleh dibuka

- sebanyak 3 buah hospital yang memberikan khidmat kepada 750,000 orang dapat dibina

- dapat membina 100 buah masjid yang dapat menampung 50,000 jamaah

- dapat membina 43 buah sekolah menampung 35,000 pelajar
- membina 30 buah sekolah menengah uang menampung 30,000 pelajr

- membina 20 kolej komuniti bagi 6.000 bakal siswa/siswi
- 3,000 km jalan keseluruh pelusuk negeri Terengganu

- membina 3,000 padang bola atau gelanggan Futsal bagi kegunaan 120,000 belia

- dapat memberikan biasiswa kepada 3,750 siswa dengan kadar RM20,000 seorang setahun!

Alangkah banyak RM 300 juta itu! Dan itu hanya belanja yang dikhabarkan untuk Monsoon Cup, tidak termasuk pembangunan Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Pulau Wan Man.

Kalau dicampur semuanya, maka, Terengganu benar-benar menajdi sebuah negeri yang terkehadapan.

Namun begitu, kedegilan pimpinan elit UMNO/BN yang pastinya mengambil kesempatan atas pitih royalty yang banyak, tidak menghiraukan samasekali keluhan dan sungutan rakyat.

Rakyat Terengganu tidak perlukan Monsoon Cup. Jika tidak percaya, Menteri Besar yang baru boleh turun dari Teluk Kalong dan pergi ke perkampungan nelayan di Kuala Kemaman.

Tanya nelayan disitu, adakah mereka perlu kepada Monsoon Cup? Apakah faedah kepada mereka Masjid Kristal?

Atau Ahmad Said boleh singgah di Kuala Setiu, para nelayan disitu.


Terlalu banyak keraguan dan fakta yang disembunyikan dalam projek Monsoon Cup dan Masjid Kristal.


Sehingga kini, walaupun diperkatakan kosnya adalah RM 300 juta untuk Monsoon Cup dan RM 300 juta lagi untuk Masjid Kristal, hakikat pebelajaan sebenarnya, tiada siapa yang tahu, walaupun Dato’ Ahmad Said sendiri!

Banyak fakta yang di lencongkan bagi membuat satu justifikasi, Monsoon Cup dan Masjid Kristal baik untuk anda dan baik untuk semua.

Sebagai contoh maklumat yang dikeluarkan oleh Brand Advatage, yang di upah oleh T-Best Event untuk membuat laporan justifikasi bahawa Monsoon Cup dikatakan sebagai satu projek yang untung.

Antara laporannya adalah berkenaan kehadiran langsung, penonton atau hadirin semasa Monsoon Cup 2006. Lapaorannya menyebut seperti dibawah:

”Monsoon Cup attendance has been estimated and broken down into the following segments by T-Best Events and Brand Advantage;

• The Corporate Sailing weekend prior to the event in Terengganu: 200 persons.

Wednesday Opening Ceremony: Opening Ceremony at Pulau Duyong and Street Parade at Shah Bandar. Total: 3,000 persons.

Thursday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons.

Friday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 1,000 persons.

Saturday venue numbers at Pulau Duyong including Expo: 2,000 persons

Saturday night Pride Dinner and George Benson concert: 750 guests and others watching at the site. Total: 1,500 persons.

Saturday city public concert at Shah Bandar: Total: 20,000 persons.

Sunday and Finals venue numbers including Awards Ceremony. Both Pulau Duyong and Shah Bandar venues Total: 5,000 persons.

Total for all Monsoon Cup 2006 venues over the period of the event: 33,700 persons

This represents a 35% increase over last year's attendance estimate of 25,000, or 8,700 additional persons. In the future it is recommended that a formal count be done of event attendees as these figures represented above are a conservative estimation.


Kaedah pengiraan pengunjung atau hadirin yang sangat tipu !

Dengan kaedah ini, pasti orang yang lalu lalang di Shah Bandar sewaktu pembukaan rasmi, dimasukkan sebagai penonton Monsoon Cup !

Dari laporan BrandAdvatage inilah telah diisytiharkan oleh Bekas Menteri Besar Idris Jusoh bahawa Monsoon Cup menjana RM315 juta! Masihkah kau ingat !

Tanpa ada penyata kira-kira atau akaun yang disahkan oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana badan akauntan professional.

Perihal sumber kewangan yang membiayai Monsoon Cup ini juga pernah ditanya di dalam Dewan Undangan Negeri.

Dato’ Harun Taib, ADUN Manir mempersoalkan dari mana sumber tersebut, lalu dijawab oleh bekas ADUN Ladang, ianya bukan sumber kerajaan, ianya ditaja oleh badan-badan koperat?

Oleh yang demikian, Menteri Besar yang baru, Dato’ Ahmad Said mesti menjauhkan diri dari semua konspirasi ini.

Bukan hanya janji untuk mengkaji semula projek-projek besar, namun mestilah dikeluarkan satu ‘Kertas Putih’ hasil kajian dan siasatan menyeluruh projek Monsoon Cup yang terbukti tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat Terengganu !

Bacaan berkaitan :

SEDC beli 10 kapal layar Monsoon Cup, guna RM14 juta duit rakyat
Terengganuku: Isu Piala Monsun



Siasat Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong

Kuala Terengganu, 31 Mac
– Jaminan Menteri Besar Terengganu yang baru, Dato’ Ahmad Said untuk mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, dialu-alukan Namun jaminan itu belum cukup tanpa tindakan memandangkan memang ada projek yang telah dipersoalkan disebabkan ia tidak mendatangkan faedah yang banyak kepada rakyat berbanding perbelanjaan.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Bukit Tunggal, Dr Alias Razak ketika dihubungi oleh Buletin Online hari ini.

Beliau berkata isu berkaitan ‘Monsoon Cup’ pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti pada Julai tahun lalu yang menyatakan bahawa penganjuran ‘Monsoon Cup’ adalah membazir dan tidak menguntungkan.

Beliau berkata walaupun beliau baru mewakili DUN Bukit Tunggal, banyak rungutan dan luahan yang beliau terima menyatakan tidak puas hati terhadap pembangunan Pulau Duyong.

Beliau berkata beberapa projek yang dilaksanakan bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan malah menyusahkan mereka.

Antara lain menurut beliau adalah pembinaan Marina, pembinaan Kelab Teluk Warisan, apartmen dan kedai di pinggir sungai.

“Pembinaan Marina sudah lama siap tetapi tidak kapal layar yang berlabuh,

”lokasi itu asalnya adalah tempat nelayan menambat bot, sekarang tidak ada tempat bagi nelayan untuk menambat bot,” kata Dr. Alias.

Beliau berkata pembinaan Marina itu juga menyebabkan alur laluan sungai menjadi sempit, ditambah lagi dengan tambunan pasir diseberang yang dikatakan untuk membangunkan ‘Pulau Warisan’.

Selain itu beliau berkata rakyat tempatan tidak mendapat faedah langsung dari pembinaan Kelab Teluk Warisan.

Justeru, beliau berkata kerajaan baru dibawah pimpinan Ahmad Said digesa memanggil satu siasatan dan membentangkan hasil siasatan kepada rakyat memandangkan isu Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong telah lama diperkatakan.

Projek Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Pulau Wan Man dan Masjid Kristal adalah projek-projek besar yang dimaksudkan oleh Menteri Besar yang baru untuk dikaji semula. Semua projek-projek tersebut terletak didalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal




Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Ada Asasnya

Kuala Terengganu, 28 Mac - Syak wasangka rakyat Terengganu yang memandang serong keatas pembangunan ‘Monsoon Cup’, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, kini cukup berasas

Demikian dinyatakan Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu apabila diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempengaruhi bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melakukan kesalahan dalam membelanjakan Wang Ehsan secara berlebih-lebihan

Beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Idris dan Perdana Menteri itulah yang menyebabkan Sultan Mizan Zainal Abidin enggan memberi perkenan pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata Abdullah Ahmad Badawi melalui pelbagai tindakan cuba memaksa pihak Tuanku menerima Idris termasuk mengarahkan Rosol Wahid dan 22 ADUN Terengganu menentang pihak Istana.

Beliau berkata Rosol hanya mengikut arahan daripada presiden (Abdullah), sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu lalu.

Sehubungan dengan itu, Rabu lalu, PAS Terengganu melalui kenyataan Pesuruhjayanya, menyeru rakyat menyokong keputusan istana kerana pihak istana maklum dan memahami kesalahan yang berlaku dalam kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

”Kita(PAS) Terengganu memang mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man,


”Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan,


“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,”kata Dato’ Abu Bakar Chik

Beliau yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri(IKPNT) berkata sehingga kini rakyat Terengganu tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah membazir dan tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan memberikan projek-projek kepada kroni Perdana Menteri, Patrick Lim tidak menjadi rahsia lagi.

“Majalah Antarabangsa Asian Pacific Boating keluaran January-February 2008 telah melaporkan bahawa Patrick Lim mengawal RM 300 juta peruntukan bajet tahunan untuk menganjurkan dan mempromosikan Monsoon Cup,
”Kita sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci berkenaan salahlaku dan penyelewengan kerajaan dibawah

kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh” kata Dato’ Abu Bakar.

Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi.

Perkara itu pernah diulas oleh Raja Petra didalam Kolumnya ‘The Corridor of Power’ dan diulang tulis dibawah tajuk ‘Monsoon(Cup) Winds of Change’ berikutan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.


Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...