31 Mei 2009

Kes Felda Kerteh, Rakyat Di Dahulukan…..?

KUALA NERUS – Tindakan pihak pengurusan Felda menyodok tanah rakyat, menebang dan mencincang pokok Sawit dalam tanah peneroka tidak mencerminkan kehendak Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang menggagaskan 1Malaysia, Rakyat didahulukan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, beliau tidak akan percaya kepada slogan ‘rakyat didahulukan’ kerana apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah sebaliknya.

“Saya tidak percaya, kalau (kerajaan) kata rakyat di dahulukan,

“Kalau rakyat didahulukan, dia (kerajaan) kena layan rakyat dengan baik, mesra rakyat, ini bukan mesra rakyat, dia berkasar dengan rakyat,”katanya ketika berucap di Majlis Penerangan PAS Cawangan Taman Permint Makmur, disini semalam.

Menurutnya, Felda sepatutnya membenarkan peneroka untuk menanam sendiri apabila cukup tempoh tanam semula kerana peneroka berkenaan tidak menandatangani perjanjian penyerahan semula ladang mereka kepada pihak Felda.

Katanya peneroka mempunyai hak samada untuk menanam sendiri atau menyerahkan proses penananaman semula kepada Felda.

Namun apabila beberapa orang peneroka yang telah menanam sendiri berjaya, Felda mula mengambil tindakan tidak mengikut peraturan.

“Apabila peringkat pertama (peneroka) Kerteh 1 buat, Kerteh 2 buat , (mereka) berjaya, (seramai) 20 orang, (peneroka) Kerteh 5 berjaya (seramai) 36 orang,

“(dan) dengar kata peringkat ketiga akan datang ni naik (meningkat kepada) 60 orang pula nak buat tanam sendiri tak mahu serah kepada kerajaan, tidak mahu serah kepada Felda,

“Tiba-tiba Felda jadi naik angin nak marah ugut nak sodok ladang rakyat yang tanam sendiri tidak serah kepada Felda,”katanya menjelaskan apa yang berlaku di Felda Gugusan Kerteh baru-baru ini.

Katanya, Felda tidak perlu bertindak kasar dan sepatutnya mengikut peraturan serta memberi hak peneroka untuk membuat pilihan.

“Dah kalau pilihan di beri kepada peneroka, nak tanam sendiri pun boleh, nak serah kepada kerajaan, lepada Felda pun boleh, apa nak marahnya?,”soalnya.

Katanya, berlaku penyelewengan di Felda Kratong, Pahang, dimana peneroka tidak diberikan pampasan yang sepatutnya menjadi hak peneroka.

Katanya peneroka yang mahu menanam semula sepatutnya menerima duit pampasan RM17,000 seorang,hasil dari tabungan mereka wang mereka sendiri.

“Selama ni kita (peneroka) akan menabung, dia panggil tabung tanaman semula,

“apabila nak tanam semula perlukan kos, dia akan ambil duit tabung, balik semula kepada peneroka yang menabung, setiap seorang dapat RM17,000,

“sampai hari ini, ada (peneroka) yang belum dibayar (oleh Felda),”jelasnya.

Pada 25 Mei lalu, sekumpulan peneroka Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya telah berhimpun secara aman berhampiran ladang sawit mereka kerana membantah tindakan pihak pengurusan Felda.

Bantahan tersebut diadakan kerana pihak Felda telah menebang dan mencincang serta membersihkan ladang peneroka tanpa keizinan pemilik.

30 Mei 2009

Penanti Adalah Kerja Kotor BN!

KUALA NERUS – Pendirian pimpinan dan tokoh-tokoh PAS telah memberi keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS merupakan parti yang teguh dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS begitu teguh mempertahankan kerajaan walaupun memiliki majoriti satu kerusi,

“Ini memberikan keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS dan pimpinan PAS adalah merupakan mereka yang teguh dalam perjuangan ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi. (Video di akhir berita)

Oleh kerana itu, sokongan yang padu diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi,

“Kalau pilihanaraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi

Perdana Menteri Malaysia,”katanya yang berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, disini semalam.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata pilihanraya kecil DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

Setelah kalah di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu, katanya, UMNO dan BN mengadakan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara tidak demokratik.

Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

“Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah,”ujarnya

Hasrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

“Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

“tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan,”jelasnya.



28 Mei 2009

UMNO Dan Barisan Nasional ‘Peragut Keadilan’,Lumpuh Dan Sakit Tenat’.

(Video diakhir Berita)

PENANTI - Fahaman UMNO yang berkata ugama suku dan politik suku adalah satu kecelakaan kepada pemikiran Islam seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan mengatakan demikian UMNO telah mengajar ‘ilmu sesat’ kepada manusia sebagaimana ajaran sesat ‘Ayah Pin’.

Beliau berkata, titik persamaan perjuangan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Katanya, samada UMNO berlawan atau tidak dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kerja melaksanakan keadilan sebagaimana kehendak Allah mesti ditunaikan.

“Samada UMNO lawan atau tak lawan, kewajipan kita, kerja kita ialah mejalankan (keadilan sebagaimana) kehendak Allah Ta’ala, dengan PKR pun tak bercanggah, dengan DAP pun tak bercanggah,

“parti mana, manusia mana (yang) hendak kepada kezaliman lawan keadilan,”ujarnya dalam ceramah pilihanraya kecil DUN Penanti, disini semalam.

Katanya, dalam krisis politik yang berlaku di negeri Perak, UMNO telah melakukan kezaliman dengan meragut kemenangan rakyat.

“Dengan apa yang berlaku di Perak, adil ke?,

“kita buat (masuk) pilihanraya, menang Pakatan Rakyat, mari hamba Allah UMNO ragut kemenangan yang diberi oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat,”katanya dengan memberi misalan masalah yang dilakukan oleh UMNO umpama jeyah ragut yang menjadi-jadi kini.

Selain tidak melakukan keadilan, katanya, UMNO turut melakukan kezaliman dengan mengamalkan rasuah.

Katanya, di negeri Kelantan pada penggal lalu, UMNO cuba menjatuhkan kerajaan Kelamtan dengan menawarkan rasuah kepada beberapa ADUN Kelantan.

Wabak rasuah terlalu parah dalam UMNO sehingga, katanya, UMNO pernah cuba merasuah seorang ADUN Kelantan dengan menawarkan rasuah seanyak RM5 juta dalam masjid.

Oleh itu katanya, UMNO kini sudah benar-benar sakit, hilang ‘deria rasa’ dan tidak dapat membezakan diantara yang halal dan haram

“Boleh dalam masjid, kerana tak ada mukanya UMNO, boleh nak beri rasuah dalam masjid, artinya UMNO ni sudah tidak ada (deria) rasa dah,

“kalau kita orang sihat, kulit kita kita (boleh) ras, kalau nyamuk hinggap kita terasa, lalat hinggap kita terasa, UMNO tak ada rasa dah, UMNO tak ada rasa dah, halal haram, tak ada rasa dah,
“dia sakit betul dah, lumpuh dah,”jelasnya.



Klik Untuk Lihat dan Dengar Klip Video Ceramah Tok Guru Nik Aziz

26 Mei 2009

1Malaysia – Nizar Gesa Najib Mendahulukan Kehendak Rakyat Perak


IPOH – Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mendahulukan kehendak rakyat sebagaimana dalam gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kehendak seluruh rakyat negeri Perak kini adalah mahukan satu pilihanraya bagi memilih kerajaan yang baru.

“Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak (mahu) mendahulukan kehendak rakyat, sebagaimana di uar-uarkan 1Malaysia, rakyat didahulukan,

“maka kehendak rakyat negeri Perak melalui kajian yang kita buat, semuanya menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak mahukan hak mereka diberi untuk memilih kerajaan baru,”katanya ketika merasmikan program ‘Puasa dan Mogok Lapar’ Pakatan Rakyat Perak, di Ibu Pejabat DAP, disini, hari ini.

Katanya, mahkamah bukan institusi untuk menentukan siapa kerajaan, siapa Menteri Besar, tetapi ia adalah saluran untuk mentafsirkan undang-undang.

Tetapi penentu mutlak, katanya, adalah rakyat yang akhirnnya yang akan menjadi yang mahkamah sebenar.

Oleh itu, beliau berkata biarlah rakyat yang memilih kerajaan yang adil.

Menyentuh tentang program puasa ataupun mogok lapar yang dianjurkan, beliau berkata, apa jua nama yang diberikan kepada program itu adalah terpulang kepada tatacara, budaya dan agama serta bangsa masing-masing.

“Terpulang kepada peraturan, tatacara, budaya, agama dan bangsa masing-masing, tidak ada paksaan,

“bagi saya sebagai pemimpin PAS, menggalakkan orang-orang Islam berpuasa oleh kerana hari ini adalah 1hb Jamad-Al-Akhir, (dimana) pada 1hb disetiap bulan disunatkan kita berpuasa puasa sunat mutlak,”jelasnya.

Menurutnya dengan melaksanakan puasa sunat dan solat hajat serta berdoa memohon keredhaan Allah, membuka hati-hati manusia dan ditunjukkan kebenaran, semoga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang baru.

Dalam majlis yang sama, Nizar mewakili Pakatan Rakyat negeri Perak menerima sumbangan kewangan sebanyak RM200,000.00 daripada Ir. (B) Koon Yew Yin, pesara Lembaga Air Perak bagi meneruskan perjuangan menghadapi persiapan pilihanraya yang akan datang.

Tidak Berbaloi Ahmad Said Tanggung Projek Idris Jusoh?


KUALA TERENGGANU - Hampir RM 1 bilion projek-projek yang dicurahkan ke dalam daerah Besut semasa pemerintahan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, kini menjadi beban kewangan kepada kerajaan negeri Terengganu.

Perkara tersebut telah di dedahkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said semasa sesi dialog selama sejam dengan pihak media, sempena genap setahun beliau menjadi Menteri Besar, April lalu.

“(Perbelanjaan) projek sambung (dalam) bajet tahun 2009, kalau saya tidak sambung projek itu, ia akan terhenti,

“Saya kena belanja bajet (kerajaan negeri sebanyak) RM500 hingga RM600 juta untuk meneruskan projek itu,”katanya ketika menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Ahmad telah mengenepikan daerah Besut dalam rancangan pembangunan negeri Terengganu.

Katanya, projek pembinaan Universiti Darul Iman (UDM) sebanyak RM 250 juta, Taman Ilmu sebanyak RM410 juta, Sekolah Menengah Imtiaz RM145 juta, pasar Jerteh Souq RM75 juta.

Perbelanjaan tersebut katanya belum termasuk kos-kos tambahan yang timbul seperti projek Taman Ilmu yang akan ditambah lagi sebanyak RM160 juta.

“(Pembinaan) Taman Ilmu (kos) RM250 juta sedang berjalan dan tambah, ia tak cukup tambah lagi sebanyak RM160 juta, adalah nak suruh saya ‘stop’ (hentikan) projek itu,

“saya boleh ‘stop’, tapi kalau ‘stop’, cerita lain (pula jadinya), Masjid Hdhari berapa juta (pula) yang diperlukan untuk tambahan”jelasnya.

Beliau mencabar pihak media membuat perbandingan projek-projek yang dilaksanakan dalam daerah Kemaman, Bahagian yang diketuainya.

“Bandingkan dengan Kemaman, apa saya buat (di) Kemaman, berapa juta saya belanja, mana projek Kemaman?,”soal beliau.

Pertelingkahan antara Ahmad Said dan Idris Jusoh begitu nyata sehingga Ahmad dituduh takut untuk ‘turun’ ke daerah Besut.

“Tak takut apa, apa benda saya nak takut, saya tak perlu takut, takut apa, ‘you’ aja yang kata saya takut atau orang Besut,”tegas Ahmad yang berkata, bagaimana beliau boleh hadir ke daerah Besut sekiranya tidak ada program yang diaturkan untuk beliau.

Pada 1 April, 2009, Ahmad dan Exconya telah bermesyuarat dan mengadakan beberapa program di daerah Besut, bagi meredakan pertelingkahan diantara kumpulan yang menyokong Idris dan kumpulan yang menyokongnya.

Namun, program tersebut ternyata tidak menurunkan ‘amarah’ kedua-dua kumpulan tersebut.

Dua minggu selepas itu, pada 14 April, Dato’ Rosol mengetuai 10 ADUN lain dari kumpulan yang menyokong Idris telah memboikot yang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Rosol terus-terang dalam sidang media yang diadakan pada hari itu mendesak supaya Ahmad meletakkan jawatan !

24 Mei 2009

Malang sekali …………..Muhyidin Hanya Menjadi Pak Turut !



KUALA NERUS – Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan terus menjadi isu yang relevan sehingga rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata tokoh-tokoh pejuang bahasa akan turun berkempen menggerakkan usaha memansuhkan PPSMI dalam pilihanraya kecil DUN Penanti dan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Malang sekali kepada Menteri Pelajaran….. sepatutnya dia peka kepada tuntutan rakyat, ia membayang ketidakprihatinan beliau terhadap aduan rakyat jelata,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Menurutnya, Tan Sri Muhyidin bukan sahaja tidak ‘mengutamakan rakyat’ bahkan menolak keputusan yang dibuat dikalangan kepimpinan UMNO sendiri.

Beliau berkata PAS dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengotakan janji kepada rakyat untuk terus berjuang menentang PPSMI kerana ia merupakan dasar yang menghancurkan kedaulatan Bahasa Melayu.

“Kita (PAS) dan GMP akan terus berjuang, kita tidak boleh berkompromi, dan kita anggap dasar ini adalah ‘tali gantung’ kepada kedaulatan Bahasa Melayu,”tegasnya.

Katanya tidak ada asas untuk terus berunding kerana kerajaan UMNO/BN gagal memberikan sebarang keputusan dalam pertemuan sebelum ini.

Katanya, alasan kerajaan mengatakan pihak kementerian sedang mengkaji dasar PPSMI hanyalah satu helah dan tektik untuk melambat-lambatkan pemansuhan dasar tersebut.

“Atas dasar apa untuk berunding ? Buat apa ? Siapa yang akan berunding ? Sebab yang terakhir sebelum kabinet baru, Dato’ Hishamudin mengatakan kerajaan sedang kaji,

“jadi saya fikir ini cuma ‘delay tactic’ (alsan melambat-lambatkan) sahaja,”katanya ketika ditanya adakah perundingan terus akan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN.

Beliau mendakwa, tindakan mengemukakan helah dan alasan adalah kerana kerajaan sedang melaksanakan ‘agenda pembaratan’ terhadap rakyat.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran hanyalah ‘Pak Turut’ kepada dasar-dasar mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang dilaksanakan oleh kabinet Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Beliau menyeru supaya pengundi DUN Penanti bangkit menolak kerajaan dan tidak ada pilihan lain kepada seluruh rakyat kecuali menolak kerajaan UMNO/BN, bagi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu akan terpelihara.

“Harapan saya kepada rakyat, tak harap kepada UMNO, saya harap (pilihanraya DUN) Penanti ini rakyat sekali lagi bangkit, pejuang-pejuang bahasa akan turun,


“rakyat mesti ubah kerajaan ini dalam pilihanraya akan datang, mesti ubah, kalau sekiranya rakyat (mahu mendaulatkan Bahasa Melayu),”katanya.

23 Mei 2009

UMNO/BN Terengganu Menyerahkan Pelaburan Hasil Royalti Kepada Kerajaan Persekutuan

KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi telah menggadai maruah rakyat Terengganu dengan memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan menguruskan pelaburan hasil royalti minyak.

Ketua Lujnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) sepatutnya dibincangkan dan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“TIA adalah pemegang amanah rakyat Terengganu, yang menggunakan sumber dari royalti minyak, ia sepatutnya di tubuhkan di bawah kerajaan Terengganu, bukan kerajaan Persekutuan,”

“Dana dari jualan Bon sebanyak RM5 bilion yang diumumkan baru-baru ini adalah menggadai rakyat Terengganu, dengan menyandarkan hasil minyak pada masa depan, yang belum diperolehi lagi,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan yang diadakan disini semalam. (Gambar Hisasan - Ahmad telah berpakat dengan Najib?)

Sebelum itu, dalam ceramahnya beliau berkata, sepatutnya kerajaan UMNO/BN Terengganu menggunakan salah satu anak syarikat negeri dibawah Terengganu Incorporated (TI).

Katanya penstrukturan anak-anak syarikat yang dibuat di zaman bekas Menteri Besar, telah memakan belanja yang besar.

Namun setelah penyusunan semula siap, katanya, sebuah syarikat lain pula ditubuhkan bagi menjadi syarikat pelaburan kepada negeri Terengganu.

Beliau mendakwa, kerajaan Persekutuan sengaja menyembunyikan penubuhan syarikat TIA daripada pengetahuan rakyat Terengganu kerana ada tujuan tertentu.

“(Asalnya) cadangan TIA adalah dari Tuanku Sultan, tetapi Najib telah dengan cepat memintas (memotong trip) lalu diputuskan dibawah kabinet,”

“selepas Najib mengumumkan sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu (14 Disember) lalu, secara senyap-senyap dan tidak ada berita,

“tiba-tiba pada 18 Mei baru-baru ini, CEO (ketua Pegawai Eksekutif) TIA telah mengumumkan penjualan Bon sebanyak RM5 bilion,”ujar beliau.

Menurutnya, Menteri Besar Ahmad Said dan para Exconya telah menyerahkan hak menguruskan hasil royalti itu tanpa pengetahuan rakyat.

Kemudian katanya, pada 27 Februari 2009 Terengganu Investment Authority (TIA) telah ditubuhkan secara rasmi.

“Rupa-rupanya Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar negeri Terengganu dan puak-puak Exconya telah secara senyap bermesyuarat di Kuala Lumpur,

“mereka menyerahkan royalti minyak ini, kepada kerajaan Pusat, pada 27 Februari (dengan rasminya) TIA ditadbir oleh (kerajaan) Pusat,”katanya.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir telah merampas royalti daripada kerajaan PAS dahulu, kini anak didiknya, Najib mengikut jejak langkah Mahathir dengan kembali menguruskan hasil minyak Terengganu.

21 Mei 2009

Kawan Didik - Jihad Memerangi Gejala Sosial


KUALA NERUS – Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata pihaknya sedang melembagakan gerakan kerja ‘amar makruf nahi mungkar’ melalui lidah.

“Kita sudah menggerakkan parti kita sebagai sebuah ‘Gerakan Mendaulatkan Islam’ kerana kita melihat tidak adanya Negara Islam ini adalah mungkar yang besar,

“maka, kita nak selesaikan masalah ini dengan gerakan politik, gerakan kemasyarakatan kita, gerakan pendidikan kita,”katanya dalam menyampaikan taklimat dan penyerahan amanah kepada Pengarah dan Panel Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu.

Beliau berkata, sekarang sudah tiba masanya, untuk mengisi gerakan tersebut dengan pengisian dalam konteks menyelesaikan masalah mungkar, gejala sosial dalam masyarakat dan akhlak pelajar yang begitu rendah disesetengah pusat-pusat pendidikan.

“Maka, sukarelawan pendidikan rakyat ini mesti bekerja ke arah ini,”jelasnya.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali menyifatkan penubuhan Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu sebagai satu revolusi dalam masyarakat yang terlalu penting dan terlalu besar.

“Pada saya ini satu gerakan recolusi dalam masyarakat, yang terlalu penting dan terlalu besar, kita mungkin belum nampak hari ini,

“tapi 10 tahun dan 20 tahun akan datang orang akan menilai bahawa revolusi masyarakat ini bemula disini, dengan satu gerakan yang kita lakukan,”katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pelancaran Sukarelawan Pendidikan (Kawan Didik) Negeri Terengganu, di sini semalam.

Beliau berkata penubuhan Rakan Didik adalah satu contoh kreativiti yang diwujudkan menepati ciri-ciri kepimpinan dalam PAS.

Katanya kreativiti adalah melaksanakan perkara yang belum wujud dan belum dibuat oleh mana-mana pihak sebagaimana penubuhan Unit Amal PAS pada suatu masa dahulu.

Walaupun pada mulanya ia bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, katanya, pada hari ini semua orang menghargai penubuhan Unit Amal.

“Biasalah, nak buat sesuatu benda-benda baru memang kita kena menghadapi, benda-benda (kesusahan) yang begini,

“akan menghadapi rintangan kerana orang tidak faham, akan menimbulkan benda-benda yang negatif,”jelasnya.

Katanya kekuatan dan kejiwaan yang tinggi diperluakan untuk menggerakkan Rakan Didik kerana ianya adalah tugas besar dan jihad yang dilakukan.

“Ini adalah tugas besar, ini adalah jihad yang mesti dilakukan, tidak ada sebuah parti politik yang mampu untuk menangani gejala sosial, tidak ada sebuah kerajaan yang mampu dengan sendirinya menghadapi penyakit sosial,

“ia mesti tindakan yang brsepau yang mesti disrtai oleh semua pihak,”ketanya yang mengegaskan gejala sosial kini bukan hanya berpunca dari golongan muda malah golongan dewasa turut terbabit.

Turut berucap pada majlis diatas adalah Pengarah Rakan Didik Negeri Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal, Ketua Panel Perunding Kawan Didik Negeri. Cikgu (B) Hj Yaakub Mohamad dan Yang Di Pertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Merampas Kuasa Adalah Budaya UMNO dan Barisan Nasional

KUALA NERUS - Berdasarkan rekod masa lampau, beberapa pilihanraya kecil yang berlaku sebelum ini, Barisan Nasional (BN) merasakan bahawa parti itu akan kalah dalam Pilihanraya Kecil DUN (PRK) Penanti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun mengesahkan calonnya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

“InsyaAllah, Pakatan Rakyat (PR) masuk, PR yang diwakili oleh PKR akan meletakkan calon, calon pun sudah tahu, Dr. Mansor,

“Saya rasa BN ini menjadi sejarah BN tak masuk, masalah kalah menang kita tak tahu melainkan bertanding baru tahu,

“tapi berdasarkan ‘track-record’ beberapa pilihanraya (kecil) di Semananjung ni, BN merasakan dia tak boleh menang ,”katanya yang ditemui media selepas merasmikan Pelancaran Gerak Kerja Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik) disini, semalam.

Beliau berkata BN tidak menyertai PRK Penanti kerana tidak sanggup lagi menerima ‘pukulan kekalahan’ yang memalukan parti pemerintah itu.

Katanya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak tidak mengikut arahan ‘mentor’nya dengan membuat keputusan tidak menyertai PRK Penanti.

“Walaupun ‘mentor’ Najib kata masuk (bertanding) iaitu Tun Mahathir, Njib dia cerdik juga, dia tak buat keputusan seorang,

“dia panggil semua majlis BN (parti-parti komponen) untuk membuat keputusan, dia kata ini keputusan BN (untuk tidak bertanding),”katanya yang turut menafikan tuduhan UMNO/ BN, bahawa PRK Penanti adalah mainan pembangkang.

Katanya, yang terkenal dengan mainan politik adalah UMNO, dan kemelut politik yang berlaku di negeri Perak adalah disebabkan mainan politik UMNO dan BN.

Tegasnya, tidak ada alasan lain BN tidak menyertai PRK Penanti hanyalah semata-mata kerana takut menerima kekalahan,

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS mendedahkan, Perdana Menteri, Dato Seri Najib, juga sudah tidak tahan mendengar isu Altantuya dimainkan pada stiap pilihanraya kecil yang lalu.

“Dan satu lagi, saya juga dapat sumber yang mengatakan bila setiap kali pilihanraya kecil isu Altantuya timbul, katanya dia (PM) dah tak tahan mendengar isu Atantuya ini,”tambahnya.

Sehubungan itu, ketika diminta mengulas kemelut politik negeri Perak, Dato’ Mustafa berkata pimpinan BN tidak bersedia untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri yang baru.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh parti itu, BN tidak akan menang sekiranya pilihanraya baru negeri Perak dadakan.

Katanya, walaupun menguasai negeri Perak dengan satu rampasan kuasa, BN tidak sanggup kehilangan kuasa itu.

“Pimpinan BN khususnya UMNO, kalau menngikut hati dia, melainkan terpaksa, tidak bersedia menghadapi pilihanraya (baru) di Perak,

“sebab dia (UMNO/BN) buat ukuran berdasarkan kajian dia pun, dia tak boleh menang, sebab itu tak ada pasal dia nak hilang kuasa, (walaupun) kuasa yang dia ambil secara rampas,”ujarnya.

Katanya, amalan UMNO/BN merampas kuasa bukan hanya berlaku di negeri Perak , namun pernah berlaku di Terengganu dan Kelantan serta percubaan meampas kuasa yang pernah berlaku di Sabah dan Sarawak.

Merampas kuasa, katanya bukan budaya yang asing bagi UMNO/BN dan sudah menjadi amalan UMNO/BN sejak sekian lama.

Sehubungan itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mahu mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, dianggap beliau sebagai satu sesuatu yang terpaksa.

Katanya ia adalah untuk mengelakkan pembubaran DUN Terengganu kerana Ahmad Said pernah mengugut akan membubarkan DUN Terengganu sekiranya ada usaha menjatuhkan beliau.

“Kalau dia (Ahmad Said) jatuh, dia bubar Dewan, maknanya pilihanraya baru, belum tentu Idris naik ke, siapa naik ke?,”tambahnya.

20 Mei 2009

“Sebenarnya Kamu Mencekik Diri Kamu Sendiri, Mencabul Demokrasi” kata Sivakumar


KEMAMAN – “Polis mungkin lebih seratus orang, dalam Dewan (DUN), dan semua besar-besar belaka, terus masuk, dia buang (ADUN) satu demi satu,

“akhirnya dia tangkap saya, (pegang) tangan saya, dan mereka cekik saya, bawa saya keluar daripada Dewan,” kata Speaker yang Sah Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar ketika menceritakan saat-saat beliau diangkut dan diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei, lalu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannyadihadapan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis ‘1Malaysia Gelap Gelita’, yang dianjurkan oleh MTD Chukai, disini Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau ditangkap dan dicekik oleh pihak polis, hanya satu sahaja dalam ingatannya, sebenarnya kerajaan UMNO/BN sedang mencekik dirinya sendiri.

“Sekarang kamu tangkap saya, kamu cekik saya, sebenarnya kamu bukan cekik saya, kamu cekik (diri) sendiri,

“rakyat akan ajar dia (kerajaan UMNO/BN) dalam pilihanraya akan datang, seluruh Malaysia sudah lihat (peristiwa tersebut),”katanya

Beliau yang juga sorang pengamal undang-undang menegaskan, tindakan polis menyerbu masuk dan melakukan kekacauan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencabul prinsip demokrasi.

Katanya Dewan Undangan Negeri adalah Dewan yang mulia, walaupun polis berkuasa untuk mengambil apa-apa tindakan diluar, namun apabila melangkah masuk, polis tidak berbuat apa-apa.

“Bentara adalah polis dalam Dewan, dia ada kuasa dalam Dewan, yang polis diluar itu, dia hanya polis di luar, bila dia melangkah masuk ke dalam Dewan, dia tak ada kuasa,”tegas Sivakumar.

Menurutnya, setelah diheret keluar dari DUN, beliau telah dikurung didalam sebuah bilik pengawal dengan diawasi oleh tiga orang polis.

Katanya beliau berada dalam bilik tersebut selama lebih sejam dan hanya dibawa keluar setelah semua acara pada hari tersebut selesai.

Beliau menegaskan sidang DUN tidak dimulakan pada hari tersebut dan merasa malu kerana sepatutnya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.



Kerajaan UMNO/BN Perak mencatat satu lagi sejarah pada 7 Mei lalu apabila melantik seorang Speaker DUN ‘haram’ setelah melantik Menteri Besar yang tidak sah, Dato’ Seri Dr. Zambry A.Kadir.

Zambry dilantik pada Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat menyatakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar.

Ia adalah kerana, menurut Hakim Datuk Abdul Aziz, Nizar memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda sebaliknya Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.

''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain termasuk kepada Sultan Perak.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Dengan itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

19 Mei 2009

DUN Chukai Lancarkan Kempen Kumpul 10,000 Tandatangan


KEMAMAN – Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai melancarkan Kempen menghimpunkan 10,000 tandatangan bantahan bagi menghantar satu memorandum mempercepatkan pembinaan jambatan Bukit Kuang ke Bakau Tinggi.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Ramly berkata demikian dalam ucapannya di Majlis “1Malaysia Gelap Gelita”, disini, kelmarin.

“Mulai besok, saya akan kempen di seluruh Kemaman, kempen untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10,000 tandatangan,

“bagi memastikan satu memorandum dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia supaya mempercepatkan pembinaan jambatan Bukit Kuang,”jelasnya.

Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh kerajaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, pembinaan jambatan itu akan dimasukkan dalam program ECER.

Padahal, katanya, pembinaan jambatan tersebut telah dirancang sejak tahun 2000 dan telah diluluskan oleh kerajaan.

Katanya kelewatan pembinaan jambatan tersebut telah menyebabkan kegelisahan dan kesusahan kepada warga Kemaman.

“Kalau beri (pembinaan) kepada ECER, maka berecer (lambat) lah dia, kami mahu kerjasama dari seluruh warga Kemaman,

“untuk menurunkan tandatangan bagi menyatakan kegelisahan kerana terpaksa lalu jambatan satu lorong sahaja,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang dihubungi Buletinonline semalam berkata, rekod Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menunjukkan Tender pembinaan jambatan di Sec 392 Laluan Ft 03 (Bukit Kuang - Bakau Tinggi) tersebut telah dikeluarkan pada 19 September, 2006 dan ia dijangka siap pada 14 Disember, 2009.

“Tender itu telah ditutup dan sebuah syarikat yang bernama Marimas Sdn Bhd telah mendapat tender kerja-kerja membina jalan dan jambatan yang bernilai RM 30.4 juta itu,

“projek tersebut telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9, dimana Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU-JPM) telah menyenaraikan projek membina jambatan Bukit Kuang - Bakau Tinggi dan diluluskan untuk dikeluarkan tender pada 18 Julai, 2006,”katanya yang menambah, pihak ICU Terengganu turut menyenaraikan projek tersebut sebagai projek No. 5 yang mempunyai keutamaannya.

Katanya penganugerahan projek pembinaan jambatan tersebut kepada Marimas Sdn Bhd telah disahkan oleh JKR Terengganu melalui dokumen yang dikeluarkan.

Malangnya kata beliau, sehingga hari ini, warga Chukai khususnya yang bekerja di sebelah utara bandar Chukai, samada di Teluk Kalong, Kerteh dan sebagainya, terpaksa menghadapi detik-detik mencabar pagi dan petang ketika waktu hendak pergi dan balik kerja.

“Kenderan terpaksa beratur untuk merentasi jambatan sempit yang memang tidak relevan lagi dengan kemajuan sekarang,

“kita tidak tahu, mengapakan kerajaan masih tidak memulakan kerja-kerja pembinaan jambatan itu dan sehingga kini ia masih disenaraikan sebagai projek yang belum dimulakan, “katanya


Isu Politik Wang Dalam PAS Tidak Benar – Ustaz Mad Daud Iraqi

DUNGUN – Isu politik sogokan atau membeli undi dengan ‘jamuan dan T-Shirt’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan adalah laporan pihak media yang tidak benar.

Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi menafikan beliau ada membuat membuat kenyataan tentang wujudnya perkara tersebut.

Katanya kenyataan beliau hanya berbentuk ‘nasihat’ serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS.

“Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang, ‘tak dok’ (tiada), saya tidak buat kenyataan.

“Cuma, saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam Ulama’ jangan jadi ada seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang,” jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ disini.

Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama’ PAS yang merupakan tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat yang dibawahnya.

“Kita (PAS) minta jika ada ‘hentikan’ dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama’ ini merupakan sebagai tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat,” ujarnya.

Dato’ Muhammad juga menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.

“Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu. Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain,” jelasnya terhadap kekeliruan tentang isu tersebut.

Beliau yang menarik diri serta enggan mempertahankan jawatan Ketua Ulama’ PAS Pusat menjelaskan bahawa kepimpinan Ulama’ diteruskan.

Katanya, Majlis Syura Ulama’ PAS telah membuat keputusan bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam kepimpinan parti adalah ulama’ dan terserah kepada para perwakilan di muktamar, Jun ini.

Turut hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang.

Kepimpinan Ulama ; Ke Arah Yang Lebih Agresif, Maju Dan Mantap.

DUNGUN - Ketua Dewan Ulama’ Pas Terengganu, Dato’ Husin Awang berkata Gagasan Kepimpinan Ulama’ yang dimulakan sejak tahun 1982 perlu kepada perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik.

“Kita (Dewan Ulama’) juga mengharapkan perubahan dalam kepimpinan ini ke arah yang lebih agresif, maju dan mantap.

“Perubahan yang kita (PAS) mahu bukan dari kepimpinan Ulama’ kepada kepimpinan yang tidak Ulama’,” katanya di Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu Kali Ke-44, Dungun, Sabtu lepas.

Katanya, Ulama’ dan Profesional bukan lagi menjadi isu dalam kepimpinan PAS masa kini kerana golongan tersebut mempunyai strategi.

Menurutnya, golongan ulama’ yang profesional boleh memimpin masyarakat serta mentadbir urus negeri dengan baik.

Beliau berkata, ulama’ wajar memimpin parti dan masyarakat bagi mengekang bencana aqidah dan politik yang semakin ‘membarah’.

“Ulama’ harus memimpin masyarakat kerana golongan ini (ulama’) menjadi pengawal kepada agama, menegakkan yang hak dan mencegah kemungkaran.

“Golongan Ulama’ diperlukan dalam suasana dan keadaan masyarakat yang dilanda bencana aqidah dan politik yang merosakkan,” ujarnya.

Tambahnya, iklim politik negara semakin berubah dari tahun ke tahun dan memerlukan pendekatan serta interaksi yang menyakinkan rakyat.
Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Mohammad Daud al-Iraqi.

18 Mei 2009

PAS Kini Berada Dipersada Politik Arus Perdana


KUALA TERENGGANU – Bendahari Agong PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata dengan kerjasama yang padu parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam pilihanraya kecil dan sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah pasti yang dominan dikawasan tertentu sahaja.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti ‘arus perdana’ yang berupaya untuk menang walaupun bertanding dimana-mana kawasan di seluruh negara.

“Dalam pilihanraya negeri Sarawak, kita hanya bertanding satu DUN sahaja, kita hampir menang di Beting Maro, kerana takutnya BN (kepada PAS),

“kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi UMNO turun berkempen, seandainya calon PAS menang, seolah-olah ‘kiamat kecil’ kepada pimpinan UMNO/BN,”

“Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas ‘region’ (daerah) di Malaysia ini, kita boleh bertanding dan boleh menang dimana-mana sahaja,”katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kuala Terengganu ke 34, disini Sabtu lalu.

Beliau berkata PAS kini bukan sahaja mendapat sokongan ari golongan tradisi ‘Melayu Islam’ tetapi telah disokong oleh semua kaum, yang dulunya melihat PAS secara sinis, digentari dan ditakuti.

“Mereka (bukan Islam) menyedarinya, (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam), mereka boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana,”ujarnya

Oleh itu, katanya, ahli-ahli perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada PAS, dengan menjaga imejnya daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak, kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Katanya, ahli-ahli PAS perlu menjauhi politik ‘defisit’, politik yang mebahagi-bahagi sesama sendiri, yang merugikan dan bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masakini.

“Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita yang datang dari pelbagai latarbelakang adalah usaha yang perlu diteruskan,

“Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya dalam salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjsama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latarbelakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita,”jelasnya.


16 Mei 2009

Zambry Muka Tak Malu, Pilihanraya Baru Perak Semakin Hampir




KUALA NERUS – Menteri Besar (MB) ‘haram’ Barisan Nasional (BN) Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sepatutnya merasa malu kerana masih berlagak sebagai MB sedangkan mahkamah telah memutuskan beliau bukanlah Menteri Besar yang sah.

“Orang yang tahu malu, dia akan berasa tersangat malu kerana dia telah menjawat jawatan Menteri Besar sejak bulan Februari sudah tiga bulan sedangkan dia tidak ada hak untuk menjawat jawatan itu, sepatutnya dia rasa malu,”kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ir. Haji Khalid Samad ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di Kampung Kubang Jela disini semalam.

Beliau berkata, sebaliknya Zambry telah pergi ke Mahkamah Rayuan dan mendapatkan perintah menangguhkan perlaksanaan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

“Maknanya keputusan Mahkamah Tinggi diterima (oleh Zambry) tetapi beliau minta tangguh perlaksanaan, itu sahaja,

“keputusan yang menyatakan Dato’ Seri Nizar tidak ditolak dan tidak diterbalikkan, tidak ditukar,”tergasnya.

Katanya, Zambry kemudian pergi semula ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan ‘berlagak’ sebagai MB Perak sedangkan mahkamah telah memutuskan beliau bukan Menteri Besar.

Katanya Zambry menyuruh orang lain supaya menghormati keputusan mahkamah, namun beliau sendiri yang tidak menghormati keputusan mahkamah yang sah menyatakan beliau seorang Menteri Besar.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau telah dihubungi oleh Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak yang menyatakan pilihanraya baru bagi seluruh negeri Perak sudah hampir pasti.

Katanya beliau diminta untuk bersiap sedia untuk pilihanraya seluruh negeri Perak kerana menurutnya BN tidak ada pilihan lain akhirnya akan bersetuju akan membubarkan DUN Perak.

Dalam perkembangan yang sama, dua hari lalu, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Perak telah membuat rayuan terbuka kepada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, supaya membubarkan DUN Perak.

NGO tersebut merayu supaya baginda menggunakan kuasa perlembagaan baginda untuk membubarkan DUN bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat untuk menentukan kerajaan negeri pilihan mereka.

Menurut Malaysiakini, gabungan NGO tersebut dalam rayuannya menegaskan mereka tidak menyokong samada BN ataupun Pakatan Rakyat, tetapi menyatakan perakara yang lebih penting ialah kebajikan rakyat Perak.

Gabungan NGO tersebut menyatakan tujuan meraka adalah berusaha untuk menyuburkan semula demokrasi sebenar di negeri Perak Darul Ridzuan.

14 Mei 2009

Senjata Api Dibawa Kedalam DUN Perak

IPOH - DAP hari ini mendakwa senjata api telah dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ketika Speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar telah di heret keluar dari DUN.

Setiausaha DAP Perak yang juga ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming berkata dari klip video yang diperolehi menunjukkan seseorang lelaki yang tidak dikenali mencapai sesuatu objek dibelakang pinggangnya, yang disyakki adalah sepucuk pistol semasa pergelutan untuk mengheret Sivakumar.

Nga menggesa Peguam Negara bertindak keatas kes ini supaya tindakan penyelewengan seumpama itu dapat dibendung pada masa depan, termasuk di Parlimen.

Keatas tindakan menyembur larutan berlada yang dilakukan oleh Timbalan Speaker Hee Yit Foong semasa sidang tersebut, ADUN pakatan Rakyat akan mengemukakan bukti, termasuk daripada video klip kpada peguam negara supaya tindakan mendakwa Hee dapat dilakukan dibawah seksyen 323 Penal Code, dengan sengaja mencederakan seseorang.


13 Mei 2009

“Bubarkan DUN Terengganu Mendahului Negeri Perak” kata Dato’ Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Sejak penubuhan kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, negeri Terengganu tidak putus-putus menghadapi masalah.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata ia disebabkan terdapat dua kumpulan dalam UMNO Terengganu iaitu kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan kumpulan yang menyokong Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Beliau berkata perkara terakhir yang berlaku, rentetan dari pertelingkahan diantara dua kumpulan tersebut adalah penangkapan Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

“Dato’ Ramzi ditahan oleh polis kerana disyakki terlibat dengan yang mengugut ‘bunuh’, walaupun sudah dibebaskan, tetapi beliau (Ramzi) telah dicari polis dan tidak menyerah diri sehingga ditangkap,” kata Dato’ Mustafa dalam satu sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu semalam.

Katanya kes penangkapan Ramzi adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Idris Jusoh dan kumpulannya kerana Ramzi merupakan bekas Setiuasaha Politik Idris.

Beliau menganggap ugutan bunuh melalui SMS yang berlaku pada 13 April lepas adalah satu ugutan yang bukan sebenar, sengaja diada-adakan dan dirancang oleh pihak tertentu.

“Pada saya, ugutan bunuh ini tidak ‘real’ (bukan sebenar) dan ‘orchestrated’ (diada-adakan dan dirancang), tapi cukup untuk mengelirukan masyarakat tentang apa yang berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata masalah diantara dua kumpulan UMNO Terengganu yang bertelingkah tidak akan dapat diubati walaupun menjemput ‘bomoh’ dari luar.

“Tok bomoh dalam (Terengganu) semua tak layak nak selesaikan masalah, panggil tok bomoh luar, (Dato’ Seri) Hishamudin datang, saya tak fikir (dia boleh selesaikan),”katanya.

Apabila ditanya apakah saranan beliau dalam menghadapi kemelut UMNO Terengganu yang tidak akan selesai itu, beliau berkata cara yang terbaik adalah “bubar mendahului Perak”.

“Dubar Dewan (Undangan Negeri Terengganu), tak boleh nak selesai, tak boleh nak jalan, tak boleh apa, bubarlah!,”katanya.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS berkata apabila di bubarkan Dewan Undangan Negeri, UMNO akan bersatu.

Katanya masalah perpecahan UMNO boleh di selesaikan dengan pilihanraya kerana menurutnya UMNO boleh disatukan dalam menghadapi pilihanraya untuk melawan Pakatan Rakyat.

11 Mei 2009

18 Buah Negara Menghina Perdana Menteri, Tidak Ada Apa-apa Tindakan – Dato’ Mustafa Ali



MARANG – Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata Barisan Nasional (BN) tidak mahu menyertai Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei depan kerana tidak sanggup menerima kekalahan setelah kecundang empat kali, dari lima pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

Menurutnya, Dato’ Seri Najib Razak menyatakan kononnya pilihanraya kecil itu banyak membelanjakan wang namun tidak banyak membawa faedah.

Hakikatnya, kata beliau, perlaksanaan pilihanraya sebenarnya dapat menggerakkan ekonomi apabila wang dibelanjakan bagi mengongkosi perjalanan kempen.

Selain itu beliau berkata, ada pihak-pihak yang mendakwa, Presiden UMNO itu, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana tidak sanggup lagi mendengar nama Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh, dikaitkan dengan beliau.

“Tetapi ada orang beritahu, sebenarnya Najib tidak mahu bertanding pilihanraya (DUN Penanti) kerana tidak mahu lagi mendengar Altantuya disebut-sebut,

“berapa kali pilihanraya (kecil berlaku) tidak kena mengena pun, (PRK) Bukit Gantang (dan PRK) Bukit Selambau (Najib) tak turun pun, tapi ‘Altantuya’ turun juga,”katanya dalam majlis penerangan Isu DUN Perak di Masjid Rusila, Sabtu lalu.

Katanya, sekiranya PRK DUN Penanti tidak diadakan, nama Altantuya tidak akan disebut dan beliau dapat melupakan sekejap tentang isu Altantuya.

Dato’ Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, akhbar dalam 18 buah negara didunia menyiarkan laporan peristiwa Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Malaysia.

Katanya dari segi kaedah hubungan diplomatik antarabangsa, negara kita sepatutnya memanggil duta-duta negara asing dan meminta penjelasan tentang perkara tersebut.

“Dari segi kaedah hubungan antarabangsa, kalau negara kita tidak puas hati, bahawa suratkhabar dalam sesebuah negara itu mencemar nama baik (negara) kita. apa lagi Perdana Menteri, Malaysia boleh panggil duta, (mana-mana) negara yang menyiarkan,

“(dan meminta penjelasan) pasal apa (negara) kamu duk cerita (melaporkan) bab (tentang) Perdana Menteri kami dengan Altantuya, ini boleh boleh menjejaskan hubungan diplomatik,”katanya sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Denmark ketika menyiarkan ‘karikatur’ menghina RasuluLlah SAW

Tetapi, katanya, ketika 18 buah negera menghina Perdana Menteri Malaysia, Duta Malaysia diluar negara tidak melakukan apa-apa dan kerajaan Malaysia juga tidak memanggil Duta negara tersebut.

Ia berlaku demikian kerana, katanya, sekiranya diambil tindakan tertentu dan apabila siasatan dijalankan, dibimbangi ia akan menemui kebenaran yang lebih ‘parah’.


10 Mei 2009

Tembelang Penipuan BN Perak sudah Pecah, Bukan Kerana Media Berat Sebelah

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri Perak dan Malaysia umumnya sudah mengetahui ‘tembelang’ penipuan Barisan Nasional sejak mereka merampas kuasa dari Pakatan Rakyat Perak.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zamry Menteri Besar Barisan Nasional Perak yang mengatakan laporan media berat sebelah.

“Apa yang berat sebelahnya, kerajaan ada rangkaian televisyen, radio dan suratkhabar, rakyat hanya ada berita alternatif laman web, ‘you tube’ dan radio internet, itu sahaja,

“berbanding RTM, TV3, Utusan Malaysia dan yang seangkatan dengannya, pasti cuba menutup berita sebenarnya yang berlaku dinegeri Perak,”katanya.

Namun begitu, kata Faizul, walaupun media dibawah kawalan kerajaan cuba menyembunyikan dari pengetahuan rakyat semua peristiwa yang berlaku, rakyat tidak tertipu lagi kerana rakyat sudah tidak bergantung dan percaya kepada media perdana tersebut.

Malah katanya, media kawalan kerajaan sudah jauh ketinggalan berbanding dengan media baru kini yang lebih pantas.

“Sewaktu berlakunya sidang DUN Perak yang melantik speaker ‘haram’ 7 Mei lalu, banyak blog yang menyiarkan siaran langsung,

“mereka melaporkan setiap detik peristiwa yang berlaku, begitu terperinci, sehingga rakyat begitu faham dan yakin bahawa wakil-wakil BN melakukan penipuan,

“ramai yang menjadikan ia bahan jenaka, kerana Zamry yang bergelar (Dr) melantik speaker dalam sidang DUN yang belum bermula,”jelas Wan Faizul yang ditemui Buletinonline selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pemuda di Pejabat Perhubungan PAS, semalam.

Oleh itu katanya, tidak perlu UMNO dan Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib mencari perkataan yang ‘indah-indah’ dan cuba menuturkannya macam puisi, untuk mengajak perdamaian, setelah beliau mengetuai ramapasan kuasa.

“UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk menerima akibat perbuatan mereka, pada pilihanraya umum ke 13 akan datang,

“mereka (BN) menafikan pilihan rakyat Perak, menipu rakyat Malaysia, menculik wakil rakyat, dan menggunakan polis untuk terus berkuasa,”katanya.

09 Mei 2009

“Membujur Lalu Melintang Patah” – Presiden PAS Ulangi Amaran

MARANG – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, semalam, mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

“Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara),

“kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa,”ujarnya.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

“Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, UMNO ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada,

“kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar,

“tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!”jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan UMNO dan Barisan Nasional oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

“Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya,”tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri

.

07 Mei 2009

Sidang DUN Negeri Perak : Rakaman Detik-Detik Ketika Demokrasi Dicabul Oleh Polis Arahan UMNO/BN

8.00 am - Jalan menuju k DUN Perak dihalangi oleh banyak sekatan jalanraya, ia dimaklumkan telah dilakukan sejak malam semalam

8.10 - Ramai yang hadir pada program Solat hajat yang diadakan di Manjoi pagi ini, namun masjid Manjoi telah dikunci. Solat hajat telah diadakan di markaz PAS berdekatan

8.17 - Lapan kenderaan FRU diletakkan dihadapan DUN Perak, seramai 20 orang berbaju hitam berada disitu, mereka beredar apabila dihambat oleh FRU

8.30 - Sidang DUN djadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi.

8.35 - Polis terus menghambat mereka yang datang, mereka menjerit 'tangkap, tangkap". Beberapa orang telah ditahan polis termasuk Koo Puay Tiong, ADUN dari Melaka

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/a13d332f85bb41299029cdbc9882ae24.jpg
8.40 - Seorang saksi mata telah memberitahu MP Ampang Zuraida Kamaruidn juga telah ditahan polis. Gambar kiri - Zuraida ditahan polis bersana ADUN Air Keruh Melaka

8.45 - Sekelompok ramai mengiringi ADUN Pakatan Rakyat menuju ke dalam DUN, kemudian mereka bersurai apabila dihambat polis. ADUN Pakatan Rakyat telah masuk kedalam bangunan DUN

8.50 - Seramai 7 orang lagi dilaporkan telah ditahan polis termasuk seorang wanita yang memakai topi hitam. Polis tidak menggunakan budi bicara langsung. Sesiapa yang dilihat berhampiran dan memakai baju hitam akan dikejar dan ditahan


9.00 - Wanita yang bertopi hitam adalah Janice Lee (gambar ), Adun Teratai, Selangor. Lihat gambarnya disebelah, semasa beliau ditahan polis
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/c4d29c568cdd8242e3e343fb1842fe78.jpg
9.05 - Bangunan Perak darul Ridzuan umpama sebuah penjara. Kendraan FRU besar dan kecil di letakkan
melintangi pintu masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan Perak itu
. Helikopter polis terbang diudara, tidak tahu apa yang hendak dikawalnya

9.08 - ADUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan disahkan antara yang ditahan polis. Turut berada dihadapan bangunan DUN Perak ketika kelompok tadi ditahan adalah MP Bukit Mertajam

9.10 - Seramai lebih kurang 40 orang masih berkumpul diseberang jalan berhadapan bangun DUN Perak. Menghadap mereka serama 20 orang polis yang berdiri diatas pembahagi jalan.

9.15 -
Polis bergerak kearah mereka, sambil mengeluarkan amaran suapaya mereka bersurai. Antara yang berhimpun adalah peguam blogger Haris Ibrahim.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/VU4EwrVzy2_thumb_7MayinIpoh002.JPG9.18 - Lima lagi ditahan polis termasuk blogger Zorro. MP Kula dan Lim kit Siang tidak dibenarkan masuk ke bangunan DUN Perak

9.20 - Merka yang ditahan sedang dibawa ke balai polis Sungai Senang, pihak polis kini beralih untuk melancarkan serangan ke restoran nasi kandar yang bertentangan dengan bangunan DUN Perak


9.25 - Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Seberang Oon Neoh Aun, yang berada bersama blogger Zorro turut ditahan, bersama lima orang yang lain.

9.30
- Sumber dari DAP memberitahu sehingga kini lebih kurang 20 orang telah ditahan oleh pihak polis Namun ia mungkin tidak termasuk tindakan tindakan terbaru phak polis dilokasi sekarang. Lim Kita Siang dinafikan terus untuk masuk ke dalam bangunan DUN.

9.31 -
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri. Diluar bangunan DUN, lagi tangkapan dilakukan - seorang lelaki pertengahan umur telah digari dan dibawa pergi oleh polis

9.36
- Lebih kurang 50 orang polis masih memerhatikan restoran nasi kandar berdepan dengan bangunan DUN Perak. Lau Dak Kee seorang bekas MP DAP dan seorang bekas tahanan ISA ditahan polis.

9.40 - Restoran nasi kandar itu sebenarnya tutp pada hari ini, tetapi ia dijadikan tempat berlindung bagi mereka yang hadir menyaksikan sidang DUN yang bersejarah ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/salahudinditahan.jpg9.58 - Dua orang lagi ditahan di hadapan bangunan DUN, salah seorang darinya adalah MP Kubang Kerian yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, seorang lagi adalah Jeyakumar, wakil Sungai Siput.

10.00 - Speaker DUN, Siva telah berada didlam DUN. Beliau membuat pengumuman sesiapa yang tidak dijemput diminta meninggalkan Dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ADUN Bn yang digantung diminta meninggalkan Dewan, sekiranya mereka tidak keluar, sidang DUN tidak akan dijalankan

10.03 - Beliau juga mengarahkan tiga ADUN melompat mninggalkan Dewan, kes mahkamah mereka belum selesai. Dewan menjadi bising, ADUN Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

10.05 - Keadaan Dewan tegang, ADUN yang diarahkan keluar tidak berbuat demikian. Sementara diluar Dewan polis terus mengejar dan menghambat mereka-mereka yang datang menghampiri bangunan tersebut. Beberapa anggota AMK juga dimaklumkan telah ditahan polis.

10.10 -
Kedudukan dalam Dewan telah ditukar, oleh itu ADUN Pakatan Rakyat telah mengambil tanda nama dan meletakkannya kembali kepada susunan asal.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ae5794f93162f90dbd517cfaca9e2539.jpg10.12 - 10 ADUN BN yang membawa usul memecat Speaker diarahkan meninggalkan Dewan. Selagi 10 ADUN yang digantung tidak meninggalkan Dewan, Speaker berkeras, sidang DUN tidak akan dimulakan.

10.18 - Diluar Dewan, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional yang juga
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa ditahan. Selain beliau sembilan yang lain turut ditahan polis.

10.20 - Zamry membawa usul memecat speaker Dewan, namun telah ditolak oleh Sivakumar dan mengulangi kenyataan dengan nada tinggi, mereka yang membawa usul memecat Speaker diminta meninggalkan Dewan

10.23 - 'Keluar' kata Sivakumar, dia menegaskan tidak akan memulakan sidang Dewan kecuali 10 ADUN keluar dari dewan

10.27 - Siva berkata Dewan tidak boleh diteruskan dan menggesa sekali lagi supaya ADUN yang digantung keluar dari Dewan. "Saya tidak digantung, yang digantung ADUN BN" katanya.

10.29 - Siva mengarahkan pengawal keselamatan melakukan tugas mereka, pengawal enggan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/fc671ce920610b26152a89bb3986b563.jpg10.32 - Sivakumar, yang juga seorang peguam masak dengan perundangan. Beliau dilihat benar-benar menggunakan kuasa yang ada pada Speaker DUN. Beliau tidak mengiktiraf keputusan mahkamah kerana pihak kehakiman adalah cabang yang berlainan dari Lejislatif.

10.30 - Dari Malaysiakini - Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar. Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan. Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan. Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

10.43 - Seorang ADUN wanita BN mengarahkan pengawal keselamatan mengeluarkan Speaker kerana katanya BN ada 31 undi, tetapi Speaker telah keluar mengiringi Raja Muda.

10.48 - Sekarang mereka cuba menahan Speaker dari masuk semula kedalam Dewan

10.55 - Timbalan Speaker muncul dan berdiri di sebelah Siva dan berkata, awak telah digantung

10.56 -Sekarang mereka telah merampas mikrofon dari Siva, dan melantik ganesan menjadi speaker. Ganesan telah mengangkat sumpah sedangkan Siva masih duduk diaatas kerus speaker ????

11.00 - Dari Malaysiakini -Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya.

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram.

" Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.
.

11.13 - Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan

11.15 - Sivakumar bangun dan membuat pengumuman dengan memegang sehelai kertas. Pada sudut yang lain BN mencadangakan agar sidang ditangguhkan. Dewan ditangguhkan dan keadaan menjadi tenang seketika.

11.25 -Kertas yang dijulang oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh beliau semalam 6 Mei, dimana beliau telah membuat ketetapan semua usul yang dikemukakan oleh BN, untuk melucutkan jawatannya sebagai speaker, mlantik speaker baru telah ditolak. Beliau juga telah mengubah keahlian tiga Jawtankuasa DUN

Dari Catatan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim :

11.35 pagi -
Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.45 pagi:
Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".


12.20 tgh:
Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling. Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR. Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham. Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya. Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 petang:
Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

2.05 petang:Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini. Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.30 petang:
Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.40 petang:
BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker. Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang:
Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar. Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang:Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

4.10 petang:
Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN. Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja. Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.