30 Jun 2009

Membangunkan Pulau Warisan Dengan Menghapuskan Warisan Sejarah

Penduduk Kampung Cina Kuala Terengganu Tuntut Kerajaan Tunai Janji
KUALA TERENGGANU – Dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu adalah dasar yang paling tidak munasabah kerana membangunkan Pulau Warisan dengan menghapuskan warisan.

Sederet bangunan bersejarah berusia lebih 100 tahun yang terletak disebelah kiri, hujung jalan Kampung Cina menuju ke Pasar Besar Kedai Payang akan dimusnahkan sama sekali.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/WarisanKgCinaDimusnahkan%20004a.jpgHanya ungkapan ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’ dapat diluahkan oleh penduduk tersebut yang ditemui Buletinonline baru-baru ini.

Rumah-rumah kedai lama bakal dirobohkan untuk pembangunan ‘double frontage’ Pulau Warisan adalah sebahagian dari bangunan telah diwartakan sebagai warisan sejarah oleh sebuah badan dunia dibawah organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Namun apakan daya penduduk disitu, atas nama pembangunan yang menjadi ‘kegilaan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu, pengiktirafan yang penuh bermakna tersebut akan Cuma tinggal kenangan.

Pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan menuju Pulau Warisan (di belakang kampong Cina Kuala Terengganu) turut mencetuskan rasa tidak puas hati 102 buah keluarga yang terlibat.


Apa tidaknya, mereka telah diarahkan berpindah tanpa dibayar walaupun satu sen pampasan atas kerugian yang mereka alami.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Encik Tan Poh Kok merayu pihak kerajaan mempertimbangkan bayaran pampasan kepada penduduk di Kampung Cina

(Gambar kiri -
Tan Poh Kok…menunjukkan kediamannya yang bakal dirobohkan pada Fasa II).

Beliau menegaskan penduduk terbabit bukan anti pembangunan tetapi mahukan keadilan serta menuntut hak mereka.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/TanPohKokKgCina.JPG
“Kami semua sudah tinggal disini (kampun Cina) lama dan ada yang dua generasi masih menetap di bangunan lama (lebih 100 tahun) ini.

“Kami tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi berikan hak dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.


Menurutnya, fasa pertama yang sedang dilaksanakan sekarang melibatkan 10 buah rumah dan sebuah balai raya penduduk di Kampung Cina.

Seorang pemiliknya, Encik Chua Bun Seng, 68, mendakwa belum menerima apa-apa bayaran pampasan atau saguhati yang ‘dijanjikan’ pihak bertanggungjawab.


Encik Chua berkata, kerajaan negeri mengambil sikap ‘lepas tangan’ seolah-olah hanya menyerahkan kepada pihak kontraktor menyelesaikan masalah tersebut.


“Saya dan ramai lagi penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah ini tidak menerima apa-apa bayaran lagi yang dijanjikan itu.

“Kerajaan sudah ‘lepas tangan’ dan dalam pertemuan antara penduduk dengan wakil rakyat (Toh Chin Yaw) beliau tidak memberi apa-apa jaminan positif (Gambar kanan -
Chua Bun Seng…mana bayaran kami?).

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ChuaBunSengKgCina.JPG“Sekarang rumah sudah roboh, kami sekeluarga sudah pindah tetapi bayaran mana?,” soalnya ketika ditemui.

Penduduk juga mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Encik Toh Chin Yaw tidak mengambil apa-apa usaha dan menyerahkan 100 peratus urusan bayaran ‘saguhati’ itu kepada pihak kontraktor.


Seorang pemilik kedai, Haji Yasin Syeikh Abdul Kadir, 55, berkata, penilaian yang dibuat terlalu kecil dan memohon ehsan kerajaan negeri supaya ia dipertimbangkan semula.

Katanya, jumlah saguhati RM5,000 setiap satu keluarga tidak mencukupi kerana kos perpindahan yang ditanggung melebihi apa yang akan penduduk perolehi.


“Mana cukup sekarang dengan bayaran RM5,000 kerana kos upah pecat rumah, pengangkutan dan pasang semula melebih dari bayaran itu hari ini.


“Pembelaan perlu dilakukan kerana majoriti penduduk terlibat orang berpendapatan rendah dan miskin,” jelasnya.


Menurutnya, dalam sesebuah rumah pula terdapat dua hingga tiga buah keluarga yang terhimpit serta perlu tempat tinggal yang lebih selesa.


Seorang juruelektrik, Encik Chong Wan Keh, 56, berkata walau pun hati ‘berat’ untuk pindah tetapi terpaksa mengalah.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/WarisanKgCinaDimusnahkan%20007.jpgIni kerana, katanya jika tidak pindah nanti pihak kontraktor datang roboh dan penduduk akan didakwa di mahkamah.

“Kami semua tidak dibayar lagi yang ‘dijanjikan’ (saguhati) walau pun rumah sudah ‘hilang’ (pindah).


“Kami ini orang susah dengan bayaran RM5,000 yang dijanjikan itu apa yang dapat dibuat dan harap tambahlah sikit lagi,” ujarnya dengan nada terharu.


Puan Foo Siew Keah, 54, merayu kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan dan hak rakyat.


Katanya, sewaktu kempen pilihan raya pelbagai janji-janji manis diberikan kepada rakyat tetapi tidak dikotakan


(Gambar kiri - ’Warisan Sejarah’, bangunan di Kampung Cina diwartakan berusia lebih 100 tahun lalu oleh pihak PBB bakal sedang dirobohkan oleh kerajaan BN Terengganu).


“Masa kempen pilihan raya beritahu rakyat kerajaan Barisan Nasional ‘membela’ rakyat tetapi akhirnya, rakyat tidak lena tidur kerana pelbagai masalah.


“Saya rayu juga kerajaan negeri tolong fikirkan sedikit pampasan dan tempat tinggal ganti kerana penduduk di kampung Cina tidak ada tempat lain,” ujarnya.


Manakala, Puan Lim Chua Tee, 55, mahukan kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan pembangunan semata-mata dengan ‘mengorbankan’ rakyat di masa akan datang.


Katanya, tempat tinggal ganti wajar disediakan oleh kerajaan negeri kerana penduduk terbabit tidak mempunyai tempat lain.


“Slogan Rakyat Didahulukankan, Pencapaian Diutamakan tidak dihayati oleh kerajaan negeri hari ini ,” jelasnya.


Ketika tinjauan dibuat, kerja-kerja pembersihan sisa-sisa tapak bangunan terbabit sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan terdapat di kalangan penduduk terbabit masih datang melihatnya kerana kenangan Warisan Sejarah yang ‘hilang’.

29 Jun 2009

Skandal Pertanian Bakal Meletup !

KUALA TERENGGANU – Pelbagai projek pertanian yang dirancang oleh kerajaan sehingga kini tidak membuahkan hasil sebagaimana yang disasarkan. Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang akan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dalam Negara masih jauh dari sasaran.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/bajacapdacing.jpgMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada 22 Jun lalu, mengaku terdapat banyak penyelewengan dalam projek-projek pertanian kerajaan khususnya penyelewengan dalam Projek 'Contract Farming' dan 'mentor mentee'.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang pertanian, ia tidak seharusnya dicemari dengan penyelewengan oleh pihak tertentu yang menyalahguna kemudahan pemberian kerajaan.


Beliau memberi contoh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan daripada program 'contract farming' untuk mendapat pelbagai kemudahan kerajaan dan kemudiannya mengekploitasi penglibatan orang ramai dalam projek mereka.


"Akhirnya orang ramai dibekalkan dengan benih (tanaman) sahaja, tetapi hasilnya terpaksa dijual sendiri," katanya dalam ucapan beliau pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani.

Namun begitu, samada Noh sebagai Menteri atau Timbalannya, Datuk Johari Baharum yang membaca teks beliau, tidak mencadangkan supaya siasatan dibuat dan tindakan diambil terhadap penyelewengan yang berlaku.

Noh hanya mencadangkan supaya projek 'Contract Farming' dan 'mentor mentee' di kaji semula.

Manakala di Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat hanya mampu mengeluarkan kenyataan menyokong apa yang diperkatakan oleh Noh.

Menurut Rozi, kerajaan memandang serius isu itu bagi menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang pertanian.

“Ia tidak wajar berlaku. Saya kesal jika benar ada penyelewengan di sebalik kemudahan diberikan kerajaan. Langkah kementerian mengkaji semula kedua projek itu amat dialu-alukan dalam usaha mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Rozi hanya mampu menjadi Pak Dogol yang menjadi ‘yes man’ atas apa sahaja yang diperkatakan oleh Pak Menteri itu.

Sedangkan penyelewengan yang berlaku dalam sektor pertanian sudah bertahun-tahun dan membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.

Kalau tidak percaya, tanyalah orang kampung dimerata ceruk rantau !

Rakyat umumnya sudah maklum, siapa yang membolot keuntungan melalui pengagihan subsidi inpt petanian; baja, benih dan racun setiap tahun!

Ada senarai nama yang terus menerima bantuan input tersebut, walaupun diketahui tidak menjalankan usaha pertanian langsung.

Berguni-guni baja padi (cap dacing) dilambakkan dibawah-bawah rumah yang bukan pesawah padi.

Berekor-ekor bantuan anak lembu, ayam, itik dan kambing diberikan kepada orang yang sama setiap tahun.

Bukankah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mengatur segalanya ??

Apa yang berlaku kepada subsidi baja, benih, racun, anak itik, ayam, kambing, lembu, ikan dan jentera yang diberikan kepada bukan petani, penternak dan peladang?

Soalan mudah ini tidak perlu menggunakan khidmat perunding professional untuk mendapatkan jawapannya.

Pergi sahaja ke kampong-kampung, buat tinjauan dimana-mana rumah yang ada timbunan baja dibawah rumah, tawarkan beberapa ringgit untuk membeli baja itu! Pasti baja subsidi yang di bekalkan oleh agensi-agensi kerajaan dengan wang rakyat itu dapat dibeli paling tinggi, 25% lebih murah dari harga pasaran!

Terlalu banyak kes yang berlaku dimana, bukan sahaja lembu pawah dijual orang, malah jentera pertanian, pembajak dan traktor boleh dibeli dengan harga yang lebih murah.

Namun nama-nama hebat terus diberikan kepada projek-projek pertanian dan berita-berita ‘gelembung’ terus dipaparkan di dada-dada akhbar.

Antaranya SUTRATANI, Projek Fertigasi Mega, Jagung Hybrid, Serai Wangi Komersial, Strawberry tanah rendah, Zon Industri Akuakultur (ZIA), Mikro Kaprima

Pasti kita tidak lupa tentang berita tentang Projek Fertigasi Mega dimana Melon ‘Golden Langkawi’ dari Terengganu yang di ekspot ke Eropah, hebat bukan?

Terengganu Exports "Golden Langkawi" Melons To Europe

KUALA TERENGGANU, Oct 28 (Bernama) -- Growers of the "Golden Langkawi" honeydew melons in Terengganu can now look forward to better income from the fruit with the Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) having found markets for their produce overseas.


The melons will be exported to Europe through the Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).

TADC executive director Adnan Ghazali said 16 tonnes of the melons worth RM57,143 were required each week for export to several European countries.

He said the melons from Terengganu were sort by importers in Europe as countries like Spain, Italy, France and Greece stopped producing the melons during winter.

Early this month, 10.5 tonnes of the "Golden Langkawi" honeydew melons worth RM37,500 were exported to Europe," he told reporters during a visit by Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh to the FAMA Agriculture Produce Collection Centre in Cendering, near here, Sunday.

He said TADC, with the assistance of FAMA, was using the facilities at the centre, to pack the fruits for export while waiting for the completion of its own collection, grading and packing centre in Kampung Telaga Papan, Setiu in December.

Adnan said 250 participants were involved in the "Golden Langkawi" honeydew melon fertigation programme managed by the Agriculture Department, and 150 of them in the districts of Besut, Setiu and Kuala Terengganu were involved in producing the fruits for export until March next year.

-- BERNAMA


Hakikatnya hanya dua kali sahaja Melon tersebut yang boleh diekspot sebagaimana jawapan sidang DUN Terengganu pada Disember, 2008.

28 Jun 2009

Isu Pembayaran Royalti Minyak - Pemimpin UMNO Menipu Rakyat Kelantan

KUALA TERENGGANU – Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,

”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar - Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS)

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak,

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya.




Fauzi miliki ciri-ciri Pak Su Wei

MANEK URAI - Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.


”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.

Beliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.

”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

(Gambar - Presiden dan Mursyidul Am PAS menjulang tangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.)

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

27 Jun 2009

Fauzi Diisytihar Calon PAS Bagi PRK Manek Urai



MANEK URAI – Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai Mohd Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengumuman tersebut di buat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dihadapan lebih 30,000 ahli dan penyokong PAS di padang Sekolah Kebangsaan Manek urai Lama disini semalam

Laungan takbir bergema sebaik sahaja nama Fauzi, 50, seorang pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai, juga adalah Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991, diumumkan. ”Beliau adalah ahli majlis daerah Kuala Kerai sejak tahun 1991 sehingga kini, pekerjaan dia pemborong ikan di pasar besar Kuala Kerai sejak tahun 1982,

”mempunyai seorang isteri bernama Aminah bt Mahmud, lima orang anak, empat perempuan dan satu lelaki,

”beliau merupakan anak keenam, seorang yang warak, berserban sejak muda lagi, itu dia sifat dia…. Nama nak tahu jugok ?.... nama dia Mohd Fauzi Abdullah,”kata Tok Guru Nik Aziz.

Turut hadir dan berucap dalam majlis semalam adalah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifudin Nasution dan Penasihat DAP Lim Kit Siang



26 Jun 2009

Mufti Perak ambil isu tengah jalan dan bercakap dengan lidah politik !



KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru dilantik, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mufti Perak mengambil isu kerajaan perpaduan di tengah jalan.

Sebab itulah, katanya, Datuk Harussani Zakaria telah menuding jari kepada PAS seolah-olah PAS yang menolak perpaduan.

Beliau berkata sebenarnya UMNO yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan, sedangkan PAS benar-benar ikhlas.

”Sekiranya UMNO jujur dan ikhlas, di (UMNO) tidak gunakan isu ini untuk melagakan dalaman PAS,

”sepatutnya UMNO berbincang dengan pimpinan PAS, tapi bila benda ini disebarkan (melalui) media menyebabakan salah tanggapan berlaku dikalangan masyarakat,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Mahaad Tahfidz Wal Tarbiyah semalam.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS, sebab itulah ada kemunasabahan Presiden PAS menarik balik perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata PAS tidak bergabung dengan Cina ataupun DAP kerana ia adalah hanya ‘tahaluf siyasi’ atau sebuah kerjasama politik.

”Dengan DAP kita hanya adakan tahaluf iaitu kerjasama politik, termasuk juga dengan Parti Keadilan (Rakyat),

”dan dia (ia) bukan satu gabungan, mereka kekal dengan ideologi mereka dan kita (PAS) kekal dengan ideologi dan prinsip kita,”tegasnya.

Katanya, dengan kerjasama diantara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, satu persefahaman politik dapat dicapai dalam menghadapi isu-isu yang disepakati bersama.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Mufti Perak mestilah menjadi seorang Mufti dan bercakap dengan lidah alim ulama’ bukannya bercakap dengan lidah politik.

”Mufti Perak kena jadi Mufti, maknanya dia kena bercakap untuk kepentingan Islam, dalam kes kerajaan perpaduan, mufti kena hurai apa makna kerajaan perpaduan, dia jangan (bagi) kata kesal ke, tak patut ke,

”mufti mesti memberikan gambaran apa juga yang dia faham untuk membantu menyelesaikan maslah umat Islam,”tambahnya.

Katanya mufti tidak perlu bercakap dengan lidah politik tetapi mestilah bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’.

”Dalam aspek ekonomi ke, dalam aspek politik ke, dalam aspek hukum fekah ke, jangan mufti bercakap dengan lidah politik,

”mufti mesti bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’ yang tinggi yang memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Idea Penubuhan Kerajaan Perpaduan Akan Terus Dibincangkan



KUALA TERENGGANU
– Penolakan idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional adalah keputusan bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah Majlis Pimpinan PR bermesyuarat.


Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato' Ustaz harun Taib menolak dakwaan sesetengah pihak, PAS tunduk dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam isu penolakan idea tersebut.

”Itu keputusan kita bersama-sama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP, berdasarkan kepada situasi dan keadaan yang ada itu dan berdasarkan kepada konsep kerajaan perpaduan,”katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS negeri Terengganu di Pejabat PAS disini hari ini.

Beliau berkata penolakan itu kerana semua parti dalam PR bersetuju idea kerajaan perpaduan tidak perlu disegerakan.

Katanya atas dasar setiakawan dalam PR semua pihak setuju ia ditangguhkan dahulu namun pemikiran dan perbincangan tentang idea kerajaan perpaduan akan terus berlaku.

”Walaupun tidak dilaksanakan, pemikiran tentang kerajaan perpaduan akan terus ada dalam pemikiran orang,

”dalam persetujuan bersama yang ditandatangani itu, dalam perkara ketiga, mana-mana parti dibebaskan (bebas) dibenarkan untuk mengadakan apa-apa hubungan (untuk perbincangan) dengan tujuan kebaikan untuk Negara, dengan mana-mana pihak sekalipun,”jelasnya

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata pihaknya bersetuju dengan apa-apa yang diputuskan oleh parti termasuk perkara berkaitan kerajaan perpaduan.

”Apa-apa yang dipersetujui oleh Presiden yang tidak bertentang dengan dasar parti, maka kita bersetuju,”katanya

25 Jun 2009

Yahaya Cabar SPRM

MARANG – Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada awal bulan ini masih menimbulkan banyak persoalan khususnya dikalangan rakyat negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata, ia adalah kerana pembinaan stadium tersebut adalah dari dana khas atau royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Beliau berkata bumbung tersebut runtuh bukan kerana faktor-faktor semulajadi yang diluar jangkaan seperti rebut atau gempa bumi tetapi disebabkan kelemahan manusia.

”Dalam kes stadium Sultan Mizan tidak ada factor dikatakan luar dari jangkaan manusia tidak berbangkit bukan kerana gempa bumi bukan kerana rebut dan seumpamanya,

”sudah tentulah ia berlaku kerana kelemahan manusia,”katanya yang juga juga bekas Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam semasa kerajaan Terengganu diperintah oleh PAS.

Beliau berkata stadium tersebut telah dibina jauh lebih mahal dari harga yang sepatutnya sebagaimana yang telah ditender oleh seorang kontraktor.

”Salah satu (seorang) kontraktor terkenal dia (telah) tender projek ini (stadium) hanya dengan harga RM140 juta,

”tiba-tiba projek itu telah memakan belanja lebih RM200 juta bahkan saya difahamkan hampir mencecah hampir RM300 juta,”jelasnya pada Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga DUN Bukit Payung, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, dengan harga pembinaan yang semahal itu, malangnya ia telah runtuh dalam masa setahun siap pembinaannya.

Beliau turut mendedahkan, kos pembinaan stadium tersebut begitu mahal kerana menurutnya kontraktor utama stadium tersebut mempunyai hubungan dengan kroni-kroni yang terdiri dari para exco kerajaan ketika itu.

”Mahlnya projek ini lebih daripada belanja sepatutnya kerana kontraktoir utama yang terlibat dalam projek ini ada hubungan dengan kroni-kroni masing-masing,

”Bina Struktur ke, Emarcon ke, Genggam Mercu ke, masing-masing ada kroni belaka, sebahagian daripada exco-exco yang ada pada waktu itu,”katanya.

Justeru beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tragedi Stadium Sultan Mizan dengan telus.

”Oleh kerana itulah, kita mencabar SPRM, kalau mu (SPRM) boleh begitu cepat nak siasat itu nak siasat ini yang melibatkan orang-orang politik dari Pakatan Rakyat,

”kita cabar ketelusanya, kita cabar kewibawaandia samada dia boleh meyiasat secara telus atau tidak,”tegasnya.


24 Jun 2009

Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam Soal Kebaikan



KUALA TERENGGANU
– Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.


Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.

Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,

”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO.

Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.

(Gambar - Ustaz Mohd Noor menyampaikan cenderahati kepada Wan Mohd Hadib yang menyerahkan tugasnya sebagai Pengerusi DACS)

”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong ketrajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.

Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.

”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,

”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.

Percaturan Hishamudin Akan Menambah Pecah Belah UMNO Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu tidak sedikit pun berasa gentar dan tergugat dengan perlantikan pimpinan tertinggi UMNO Terengganu dan yakin segala pendekatan yang diambil, bakal menemui kegagalan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pengerusi UMNO Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mampu menyatupadu dan memperkukuhkan UMNO Terengganu

Percaturan Hishammuddin melantikan kepimpinan baru tersebut tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada rakyat negeri ini, bahkan akan menyebabkan UMNO terus berbalah dan semakin berpecah

(Gambar - tindakan Hisham mengangkat keris dalam perhimpunan Agong UMNO dianggap oleh kaum Cina memecahbelahkan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum)

Katanya UMNO Terengganu telah pun berpecah kepada dua kumpulan sebelum ini iaitu kumpulan yang menyokong Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idirs Jusoh.

Dengan Hishamudin yang bukan orang tempatan, dilantik sebagai Pengerusi UMNO Terengganu, katanya, UMNO kini menjadi tiga puak.

“Sebelum ini kita semua sudah maklum UMNO ada dua puak iaitu kumpulan Idris dan Ahmad Said, sebagai Pengerusi UMNO negeri, kehadiran Hishammuddin akan jadikan UMNO Terengganu kepada tiga puak,

“Oleh itu, pelantikan (pimpinan tertinggi yang baru) ini memang tidak akan untungkan orang Terengganu, perpecahan akan terus berlaku dan keadaan UMNO (akan) menjadi lebih parah berbanding sebelum ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam mengulas pelantikan Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said sebagai Setiausaha, Ketua Penerangan serta Bendahari UMNO negeri baru.

Katanya, tindakan yang dilakukan Hishammuddin hanya pada zahirnya sahaja dilihat menyatukan UMNO Terengganu.

“namun, pemimpin UMNO pusat itu sekarang sebenarnya sedang mencengkam dari segi politik dan ekonomi,

”samada kebetulan atau disengajakan, tiba-tiba muncul kes rasuah yang dikaitkan dengan dua pemimpin UMNO Terengganu yang digugurkan,

”mungkin kedua-duanya tidak akan didakwa selepas ini dan Hishamudin sebagai Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa dalam hal tersebut,”tambahnya.

23 Jun 2009

Warga Kuala Terengganu Kesal Tindakan Keterlaluan Polis

KUALA TERENGGANU – Ramai warga kota Kuala Terengganu telah menyaksikan tindakan keterlaluan pihak polis dalam dua sekatan jalanraya di Jalan Bukit Kecil dan Jalan Gong Kapas disini lewat petang Sabtu, 20 Jun lalu.

Sekatan polis di dua lokasi berhampiran itu dilihat sebagai bertujuan menahan penunggang dan pembonceng motosikal.

Malangnya, beberapa buah motosikal yang tidak berhenti pada sekatan tersebut telah di kejar dan di pukul dengan kayu oleh polis yang berpakain preman.

Tidak cukup dengan tindakan itu, mereka telah melemparkan kayu tersebut menyebabkan orang ramai hampir menjadi mangsa.

(Gambar - polis berpakaian preman 'standby' di lampu isyarat menunggu mangsa)

Tindakan itu turut membahayakan pengguna jalan raya dengan sekurang-kurangnya sebuah motosikal telah terbabas, melepasi pembahagi jalan dan hampir melanggar kenderaan lain di jalan bersebelahan.

Orang awam yang ditemui ditempat kejadian melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis terbabit.

Seorang pemuda lingkungan 20an berkata pihak polis sepatutnya menahan atau menangkap para pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan dengan cara yang betul.

”Katok orang dan plekong dengan kayu, saya rasa, tindakan yang tak betul,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Rakannya, yang dikenali sebagai Awang, berkata tindakan pihak polis untuk menegakkan undang-undang dengan cara sebegitu akan menyebabkan orang awam ‘benci’ kepada pihak polis.

Jawatankuasa Lajnah Guaman PAS Terengganu, Fathi Aziz Abu Bakar berkata tindakan polis tersebut adalah tidak mengikut undang-undang dan merupakan satu tindakan yang keterlaluan.

”Polis boleh mengejar dan menahan mengikut prosedur, penunggang motosikal yang tidak berhenti kerana melakukan kesalahan melanggar undang-undang,

”apabila memukul dengan kayu, tindakan pegawai tersebut adalah melebihi dan telah menggunakan kekerasan keterlaluan,”katanya ketika dihubungi Bultinonline.

(Gambar - seorang polis berpakaian preman (berbaju belang, kiri) berlari mengejar motoskal yang tidak berhenti pada sekatan)

Malangnya, kata beliau, mengikut peruntukan undang-undang, sekiranya seseorang individu yang diperlakukan demikian, hanya boleh mengambil tindakan sekiranya dapat mengenalpasti pegawai polis yang melakukannya.

Katanya dalam banyak kes, pengadu tidak boleh mengambil tindakan undang-undang kerana polis yang melakukannya tidak memakai pakaian seragam.

Sumber Buletinonline memberitahu tindakan polis Sabtu lalu adalah usaha mencegah ‘Mat Rempit dan kegiatan lumba haram’.

Katanya, ia dipercayai berkait rapat dengan tindakan 300 orang Mat Rempit yang telah bertindak balas dengan memukul dan merosakkan peralatan serta kenderaan polis di Jalan Sultan Mizan bersebelahan pasaraya Mydeen dua minggu lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 120 orang Mat Rempit telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu

22 Jun 2009

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

“Saya Bersedia Disaman………” Kata Cikgu Fariz Musa.



KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Cikgu Fariz Musa bersedia menghadapi saman dari pihak-pihak yang cuba berselindung dan menyembunyikan kebenaran dan fakta tentang tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

”Saya telah menerima panggilan telefon yang memberikan (menyampaikan) maklumat bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu dijangka akan saman saya kerana dikatakan kenyataan media saya menuduh beliau terlibat dalam pengeluaran CF (Sijil Layak Menduduki – Certificate of Fitness) Stadium Sultan Zainal Abidin,”katanya dalam laman blognya.

Menurutnya, alasan Datuk Bandar akan mengambil tinfakan saman itu adalah kerana bangunan kerajaan tidak memerlukan CF.
”Bermakna stadium tersebut siap dibina tanpa perlu kepada Sijil Layak Menduduki (CF), ”menarik dan pelik ! setiap rumah dan bangunan persedirian perlu kepada CF , tetapi bangunan kerajaan tidak perlu ?,”soalnya.

Katanya, beliau dimaklumkan bangunan kerajaan hanya memerlukan Sijil Siap Kerja (SSK) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

”sedangkan (dalam kes Stadium Sultan Mizan) JKR bagi tahu (mendedahkan) yang bumbung stadium (itu) tidak ada SSK!,”jelas Fariz turut mempersoalkan, mengapa setiap bangunan kerajaan tidak perlu ada CF.

Katanya, beliau bersedia di saman oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu sekiranya betul (benar) beliau tidak keluarkan CF kepada Stadium Sultan Mizan.

”Kepada (menurut) amalan biasa bahawa pengeluaran CF adalah di bawah tanggungjawab (pihak) Kerajaan Tempatan, sama-sama kita kaji dan selidiki,

“kalau betul bangunan kerajaan tidak perlu ada CF, ini peranan yang perlu kita perjuangkan demi kepentingan rakyat!,”tegasnya.

Beliau terus menyoal, bukankah keselamatan rakyat perlu diutamakan? Isu bangunan kerajaan tidak perlu CF adalah menarik !

”Bagaimana pula dengan bangunan tanpa SSK dibenarkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu menggunakannya (digunakan) untuk rakyat umum ? bagaimana JKR benarkan stadium tersebut digunakan tanpa JKR keluarkan SSK ? menarik !,”katanya.


21 Jun 2009

Kuala Terengganu Berjerebu

Gambar Kuala Terengganu yang diambil dari atas Jambatan Sultan Mahmud pada jam 7 petang semalam 20 Jun, Sabtu)

KUALA TERENGGANU - Walaupun mengikut Indeks Kualiti Udara yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, udara di Kuala Terengganu masih dalam kategori 'moderate' namun jarak penglihatan yang terhad agak merimaskan.

Bandar Paka mempunyai kualiti udara yang lebih baik berbanding Kuala Terengganu dan Kemaman dengan bacaan 39 pada jam 11 pagi dan 5 petang semalam.

Manakala Kuala Terengganu dan Kemaman mencatatkan bacaan melebihi 50, iaitu paras yang kurang baik.

Kuala Terengganu mencatat bacaan pada pagi dan petang melebihi 50 iaitu 54 pada jam 11 pagi dan tidak berubah pada jam 5 petang. Kemaman pula berubah dari keadaan yang baik dengan bacaan 38 pada jam 11 berubah kepada 52 pada jam 5 petang.

Tali Hayat Akan Jadi ‘Tali Gantung’ - Hajat UMNO/BN Gunakan ‘Kerajaan Perpaduan’ Hampa

KUALA TERENGGANU – Hajat UMNO untuk mengeksploitasi isu ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai ‘tali hayat’ yang menyelamatkan sisa-sisa umurnya tidak kesampaian, apabila pelbagai pihak yang berkata PAS ‘dalam kecelaruan dan krisis’ sebaliknya kini semakin tenang.


Malah tali hayat yang diharapkan itu mungkin bertukar menjadi ‘tali gantung’ apabila semua pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat kini sudah berpakat menolak terus apa-apa perbincangan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkaitan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan UMNO termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan kepada media pagi ini.

Di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan agensi Bernama, akan bertemu Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain, Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Dato’ Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan.

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Ustaz Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini.

Sementara itu, PAS sedang bersiap sedia mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan rakan Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya empat mesyuarat telah dijadualkan, bermula dengan mesyuarat pertama yang akan di bangunan Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, merupakan pertemuan kali pertama pemimpin Pakatan Rakyat selepas Muktamar PAS awal bulan ini.

Dato’ Mustafa Ali turut memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa.

Manakala di Alor Setar, petang semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa konsep Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan UMNO dan Pas tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa.

"Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal UMNO," katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk program bersama PAS Kedah di sini hari ini.

Longkang Tersumbat Biak Nyamuk, MBKT Diminta Segera Bertindak

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/kam-Longkang%202.JPGKUALA TERENGGANU - Kualiti dan taraf kehidupan Bandaraya Kuala Terengganu terus menjadi rungutan apabila kejadian banjir kilat, berbau busuk dan serangan nyamuk adalah antara fenomena yang menjadi rakan hidup sesetengah penduduk disini.

Mereka yang tinggal disepanjang Jalan Kelantan, Kampung Seberang Baroh mengadu, masalah tersebut telah menjadi ‘jiran rapat’ mereka sejak Kuala Terengganu menjadi sebuah ‘bandaraya’.

Kata mereka, ia adalah kerana kegagalan pihak berkuasa menyelenggara longkang yang tersumbat disepanjang jalan utama tersebut.

Wartawan Buletinonline yang meninjau lokasi berkenaan baru-baru ini telah menemui beberapa orang dari kejiranan itu yang memberitahu, “mereka sudah tidak tahan dengan masalah tersebut dan mendesak tindakan segera mesti diambil oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)”.

Seorang pengusaha bengkel, Encik Chew Foo Siong, 77, (gambar kanan) mendakwa keadaan longkang tersumbat yang sudah berlarutan, mengundang pelbagai masalah, termasuk mengancam nyawa penduduk.

Beliau berkata, longkang yang sepatutnya mengalirkan air sebaliknya dipenuhi pasir dan sampah sarap.

“Sudah puas buat aduan, longkang tersumbat dengan pasir, tanah dan sampah sarah.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/kam-Chew%20Foo%20Siong%20.JPG

“Bila hujan (turun dengan) lebat berlaku banjir kilat, air terus masuk dalam rumah saya, dan bau air longkang sangat busuk,” ujarnya.


Katanya, di musim kemarau pula, air longkang yang bertakung menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, serangan nyamuk berlaku setiap petang hingga ke malam hari dan beberapa kes denggi telah pun dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

Beliau yang telah tinggal sejak 42 tahun lalu disitu, benar-benar mengharapkan pihak MBKT segera bertindak.

Seorang penduduk, Encik Lee Teck Khuan, 58, (gambar bawah, kiri) berkata beberapa tahun lalu ada pihak swasta yang dilantik kerajaan negeri menguruskan pembersihan parit dan longkang.

Katanya, namun kini sudah lebih setahun longkang dan parit tidak diselenggarakan meski pun Kuala Terengganu dinaikkan taraf bandaraya sekarang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/kam-Lee%20Teck%20Khuan.JPG“Saya rasa pelik dan hairan sejak dinaik taraf kepada Bandaraya (MBKT) kerja pembersihan longkang dan parit terabai.

“Kami (penduduk) rasa susah hati dan tidak senang duduk dengan masalah banjir kilat, longkang tersumbat, berbau busuk dan gangguan nyamuk,” jelasnya.

Beliau mewakili penduduk di kampung berkenaan mengharapkan pihak bertanggungjawab seperti MBKT lebih prihatin dengan masalah rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing turut mendesak kerajaan negeri mengambil langkah segera menyelesaikan masalah penduduk terbabit.

Katanya, slogan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagal direalisasikan dan hanya bersifat retorik.

“Saya minta pihak bertanggungjawab segera ambil tindakan kerana telah menjadi masalah lebih setahun kepada penduduk di sini,” ujarnya.

Menurutnya, imej sebuah bandaraya tercemar dan kerajaan negeri lebih ‘berpolitik’ hingga mengabaikan masalah rakyat.

20 Jun 2009

Mana Janji MB Ahmad Said Untuk Buka Plaza Paya Bunga ?


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kerajaan UMNO/BN Terengganu Dato’ Ahmad Said telah berjanji akan menyelesaikan segala permasalahan dan membuka Plaza Paya Bunga, Jalan Tok Lam di sini, selewat-lewatnya bulan ini, Jun 2009 .

Ahmad berjanji demikian dalam ucapan penggulungannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April lalu, sebagai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abd Wahid Endut.

Wahid dalam membahaskan titah ucapan Di raja, telah menyentuh secara panjang lebar masalah Plaza Paya Bunga yang telah dibina sejaka zaman bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.(Klik - Dengar Ucapan Wahid)

Namun sehingga kini, sudah 20 hb Jun, belum ada lagi sebarang berita bahawa Ahmad akan mengotakan janjinya.


Oleh itu, salah seorang pemilik yang telah membeli premis perniagaan tersebut, Chang Pok Kiun, 55, menagih janji-janji yang diberikan kepada semua pemilik bangunan tersebut oleh kerajaan negeri.

”Bila lagi kami (pemilik) semua boleh masuk dan guna bangunan yang dibeli sejak lebih 12 tahun lalu. Apa masalah lagi pun kami tidak tahu tetapi janji boleh guna bulan ini (Jun),” ujarnya ketika ditemui semalam.


Beliau telah membeli bangunan tersebut dengan harga lebih RM300 ribu tetapi masih belum boleh digunakan hingga hari ini.(Gambar -En. Chang menunjukkan surat jual beli premis Plaza Paya Bunga)

Menurutnya, kebimbangan yang dirasai jika bangunan yang telah lama siap itu tidak selamat digunakan serta tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF).

”Saya beli (bangunan) dengan harga RM330,000 melalui pinjaman bank. Kami (pemilik) juga bimbang ’takut-takut’ (risau) jika bangunan itu tidak selamat digunakan dan mengundang bahaya jika tidak ada CF,” jelasnya.

Encik Lim Eng Keong, 45, (gambar bawah kanan)turut mendesak pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri memberi jawapan segera kepada semua pemilik bangunan tersebut.

”Janji, janji, janji...janji apa macam ini. Kerajaan kata bulan Jun 2009 ini kita (pemilik) semua boleh ’duduk’ (guna) tapi sampai sekarang belum ada apa-apa,” ujarnya.

Katanya, pelbagai cara telah dilakukan dan yang terakhir melalui Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk bawa ’ketengah’.

Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan masalah rakyat yang tertangguh sejak lebih 10 tahun berlalu.

Katanya, ketidakcekapan mengurus tadbir negeri dengan baik telah menyusahkan rakyat dan kerajaan perlu bertanggungjawab.

”Saya pun hairan kenapa terlalu lama hingga memakan masa 12 tahun pun belum selesai masalah rakyat. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak cekap dan menyusahkan rakyat,” ujarnya kepada Harakah, hari ini.

Menurutnya, janji-janji ’manis’ yang dibuat oleh pemimpin Umno-BN telah menjadi lumrah dan rakyat selalu ’digula-gulakan’.

Beliau berkata kerajaan negeri berjanji dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu yang mulia itu untuk selesai masalah rakyat.

Namun begitu, katanya janji-janji itu hanya dibuat bagi meredakan ketegangan apabila isu tersebut dibangkitkan oleh wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, rakyat akan hilang sabar jika pemimpin Umno dan kerajaan BN mempermainkan masalah yang ’membengkak’ sejak sekian lama.

19 Jun 2009

Kontraktor ‘Kroni’ Tarik Diri, Pembinaan LPT Fasa 2 Lewat


KUALA TERENGGANU — Dua kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembinaan Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) telah menarik diri menyebabkan ia akan hanya dijangka siap pada 2012.

Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses berbuat demikian.

Katanya kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.


“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini kelmarin.

Bagaimanapun sumber dalaman Buletinonline memberitahu, kedua-dua kontraktor yang menarik diri itu adalah kontraktor ‘kroni’ yang tidak mampu meneruskan pembinaan tersebut kerana hanya mengharapkan sokongan dan bantuan kerajaan.

Beliau yang turut terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu berkata, kontraktor berkenaan dianggap istimewa kerana bukan hanya mendapat satu pakej, sebaliknya telah dianugerahkan 2 pakej projek lebuhraya yang pertama ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya itu.

”GPQ/Bukit Puteri JV mendapat pakej mendapat pakej 1C dan pakej 11 manakala Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 dan pakej 9B,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Semakan Buletinonline mendapati GPQ merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang beralamat di Tingkat 2, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.

GPQ/ Bukit Puteri JV adalah syarikat usahasama yang ditubuhkan untuk mendapatkan tender pembinaan LPT2 bagi tujuan mengagih-agihkan konrak tersebut kepada beberapa kroni dizaman pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pakej 1C adalah kontrak membina lebuhraya sepanjang 6.2 km dari Sungai Jabur ke Ladang Bukit Sah di Kemaman dan Pakej 11 sepanjang 5.9 km dari Bukit Petiti ke Telemong di Hulu Terengganu.

Selepas mendapat tender pakej 11 pada tahun 2005, dua tahun kemudian, GPQ/Bukit Puteri dianugerahkan pula pakej 1C pada tahun 2007.

Melalui kedua-dua tender anugerah itu, GPQ/Bukit Puteri JV meraih projek bernilai hampir RM 150 juta dengan pakej 1C bernilai RM90,000,000.00 dan pakej 11 bernilai RM57,961,710.50.

GPQ/ Bukit Puteri JV menarik diri dari membina pakej 1C kerana sehingga April, 2009 syarikat tersebut gagal mencapai sasaran dan hanya melaksanakan 3.7% kerja dari sasaran 15.1% sebagaimana jadual.

Syarikat kedua, Arah Jitu Sdn Bhd. pula beralamat di 343E Bangunan Umno, Kuala Terengganu 21700, Terengganu dan, atau No. 47, Jalan 2/27 F Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSE), 53300 Kuala Lumpur.

Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 sepanjang 6.8 km dari Felda Kerteh 6 ke Hutan Simpan Santong, dan pakej 9B sepanjang 5.2km di lokasi Hutan Simpan Bukit Bauk dan Ladang Ternak Genetik, Dungun.

Dengan dianugerahkan kedua-dua tender tersebut, Arah Jitu Sdn Bhd sepatutnya mendapat perolehan sebanyak RM 110 juta dengan tender pakej 8 yang bernilai RM50,823,220.00 manakala pakej 9B bernilai RM59,215,000.00.

Arah Jitu Sdn Bhd mungkin menarik diri dari pembinaan pakej 9B kerana syarikat tersebut hanya mampu melaksanakan 14.6% dari sasaran 26.7% mengikut jadual.

Sumber tersebut memberitahu, kegagalan kerajaan UMNO/BN menyiapkan LPT2 pada tempoh sebagaimana yang dijadualkan adalah disebabkan oleh dasar kerajaan sendiri.

Katanya harga bitumen yang melambung disebabkan oleh kerajaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa dan melampau pada Jun 2008.

Walaupun kini, harga minyak telah turun, namun kebanyakkan harga barang dan perkhidmatan tidak turun kerana kerajaan telah hilang kawalan terhadap pemborong dan pembekal.

”Bitumen adalah bahan yang berasaskan minyak, sepatutnya harga bitumen turun sekiranya harga minyak turun,

”Namun hingga kini, harga bitumen tidak turun, walaupun harga minyak telah lama diturunkan,”jelasnya.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab keatas kenaikkan kos yang berlaku keatas pembinaan lebuhraya berkenaan.

Namun begitu, pendedahan yang dibuat Ahmad Said tentang kelewatan pembinaan LPT2 kepada umum dilihat mempunyai kaitannya dengan perbalahan kumpulan yang menyokongnya dengan kumpulan Idris Jusoh.

”Ahmad mendedahkan masalah pembinaan LPT2 yang terlewat selepas runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan,

”ia akan memberikan impak negatif berganda kepada kegagalan Idris mentadbir negeri Terengganu kerana kedua-dua projek mega itu dilaksanakan pada zaman Idris,”tambahnya.





17 Jun 2009

“Tubuh Kerajaan Baru” - Misi Saf Kepimpinan Baru Terengganu

KUALA TERENGGANU - Saf Kepimpinan Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin dengan gandingan pimpinan baru yang mantap dari pelbagai lapangan dan bidang professional, PAS mampu menang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

”Dengan gandingan yang ada ini, yang mantap dan terdiri dari pelbagai lapangan dan bidang professional,

”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang Media Khas di Pejabat PAS Terengganu semalam.




Katanya, beliau telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya yang baru telah mengadakan mesyuarat dan menyusun saf kepimpinan baru PAS Terengganu.

Beliau telah mengumumkan perlantikan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tujuh orang jawatankuasa tambahan.

Senarai penuh perlantikan tersebut adalah seperti dibawah ;

Timbalan Pesuruhjaya 1 : Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik
Timbalan Pesuruhjaya 2 : YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Pesuruhjaya 3 : Ustaz Satiful Bahari Mamat
Setiausaha : Haji Yahaya Ali
Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Kamarudin Yunus
Penolong Setiausaha 2 : Haji Hanafiah Ramli@Mat
Bendahari : Haji Muhyidin Abd Rashid
Ketua Penerangan : Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya : Ariffin Deraman
Jawatan Kuasa : Us Harun Jusoh, Abd Haris Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Husin Ismail, Hajjah
Zarani Othman, To’ Puan Ustazah Fatimah Zainab

15 Jun 2009

Rakyat Tuntut Janji MB, Dimana Agenda ‘ Rakyat Di Dahulukan’ ??

(Gambar - Perumahan Tok Adis)

KUALA TERENGGANU
– Penduduk Pantai Kuala Ibai, menuntut kerajaan negeri memindahkan mereka ke kawasan penempatan baru sebagaimana janji Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said


Majoriti penduduk terbabit adalah mangsa kejadian banjir air laut dan diancam ombak besar sejak beberapa tahun lalu melahirkan rasa kesal kerana sehingga ini kerajaan masih gagal mengotakan janji.

Pada 7 Disember 2008, ketika saat hampir menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Said telah berkunjung ke kawasan berkenaan dan berjanji akan memindahkan penduduk ke penempatan baru di Lot Perpindahan Tok Adis (gambar kiri) pada Februari lalu.

Antara 89 penduduk terbabit adalah warga emas Wook Salleh, 63, yang berasa hairan kerana menurutnya kediaman di Lot Perpindahan Tok Adis telah siap dibina pada tahun lalu, namun sehingga hari ini pihak terbabit belum mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebelum pilihan raya, kami pernah dipanggil mengadakan mesyuarat dan penduduk dijemput menyertai cabutan nombor rumah. Kami dijanjikan untuk berpindah ke kawasan penempatan baru pada Febuari dan dibenarkan tinggal selama enam bulan “Malangnya, kami mendapat nombor rumah sahaja sedangkan sehingga sekarang pihak berkenaan langsung tidak memberi apa-apa maklumat dan mengambil tindakan untuk membenarkan kami tinggal di situ,” katanya.

Menurut Wook, penduduk memerlukan kunci rumah secepat mungkin, walaupun rumah tersebut masih belum dilengkapi kemudahan fasiliti seperti elektrik dan air, namun mereka bersedia untuk membiayai sendiri kemudahan itu.

Katanya, penduduk memerlukan kediaman lebih selesa untuk didiami memandangkan rumah setinggan yang diduduki sekarang sudah tidak selamat kerana terlalu uzur dan boleh mengancam keselamatan mereka sekeluarga.

“Ramai penduduk di sini terpaksa mencari inisiatif untuk berpindah ke kawasan lain. Ada di antara mereka menyewa dan ada juga terpaksa menumpang di rumah keluarga lain sementara menunggu kebenaran untuk tinggal di Lot Perpindahan Tok Adis.

“Jadi, sampai bila kami harus hidup berpindah randah dan menumpang? Kerajaan sepatutnya melaksanakan agenda di mana ‘rakyat didahulukan’. Mengapa perkara itu tidak dibuktikan?” Katanya.

Seorang lagi penduduk, Midah Musa, 40, berkata, dia terlalu mengharapkan pihak kerajaan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana sehingga hari ini, dia sekeluarga terpaksa bergadai nyawa tinggal di rumah uzur dan hampir roboh.

“Saya merayu agar kerajaan selesaikan masalah ini. Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak. Cuba bayangkan kami sekeluarga hidup dalam ketakutan setiap hari. Jika angin kencang, kami hanya mampu berdoa semoga diselamatkan. Jika hujan, rumah kami dipenuhi air kerana atap semua sudah bocor,” katanya tidak mampu menanggung kos berkaitan.

14 Jun 2009

Umno/BN tidak boleh diharap lagi


KEMAMAN - Rakyat telah menolak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu.

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata ia adalah bukti yang jelas bahawa rakyat sudah tidak lagi mengharapkan parti Umno/BN memimpin negara ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Skuan Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di hadapan Pasar Chukai, Kemaman, baru-baru ini.

“Program ini sangat baik dan besar pahala. PAS ‘cakna’ dan peduli nasib rakyat miskin tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

“Rakyat pula sudah sedar yang Umno dan kerajaan Barisan Nasional tidak boleh diharapkan lagi sejak berlaku PRU ke-12 tahun lalu,” ujarnya.

Katanya, pendekatan serta slogan ‘PAS For All’ memang masa kini sesuai untuk semua rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS negeri yakin dan percaya dengan sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat membawa perubahan.

Katanya, dalam pilihan raya akan datang bukan sekadar Terengganu berjaya dikembalikan kepada PAS tetapi Malaysia amnya kepada Pakatan Rakyat.

“Saya yakin dan percaya dengan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan kekal hingga PRU ke-13, bukan sekadar Terengganu tetapi Malaysia akan tumbang kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Pada majlis tersebut sebanyak 21 cawangan PAS di Dun Chukai masing-masing menerima watikah perlantikan Skuad Khidmat Masyarakat dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat MTD Chukai.

Hadir sama pada majlis tersebut bekas Exco Kerajaan PAS Terengganu, Ustaz Awang Dagang, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Ramli, Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS Chukai.

PAS dan Umno tidak boleh bekerjasama


KUANTAN — “Saya yakin PAS dan Umno tidak boleh bekerjasama,” itulah sepatah komen orang lama Umno, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang kini adalah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.


Fauzi adalah bekas ADUN Beserah, Ahli Parlimen Kuantan dan Timbalan Menteri semasa dalam Umno dahulu. Sebelum menyertai PKR, beliau pernah diura-urakan akan menyertai PAS.

Beliau mengulas ribut kerajaan perpaduan yang ditafsirkan banyak pihak sebagai PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Padahal, kerajaan perpaduan adalah cadangan Presiden PAS untuk menyatukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat dengan semua pihak dalam BN bukannya kerjasama antara PAS dengan Umno.

Bagi Fauzi pemimpin PAS adalah dari kalangan cerdik-pandai belaka, kerajaan perpaduan bagi beliau hanyalah batu yang dilontarkan pemimpin PAS ke lubuk Umno bagi menguji tenangnya air, rupa-rupanya banyak buaya dan ular yang sedang kebuluran.

Dalam konteks Negeri Pahang, setelah menyertai dan memimpin PKR, sekaligus bersama PAS dalam Pakatan Rakyat, Fauzi memandang PAS sebagai tunjang bersama. Bersama Pakatan Rakyat, PAS sebagai sebuah parti akan terus bersatu dan semakin kuat.

Sedangkan PAS, jika bersama-sama Umno dalam BN akan sentiasa dilihat dan dikenal sebagai “parti kedua orang Melayu.” Sebagai pemain kedua, bagi Fauzi, PAS tidak akan mampu berperanan di dalam BN dan tidak akan terserlah. PAS juga, jika bersama dengan Umno akan berhadapan dengan risiko untuk berpecah dan menjadi lemah.

Mengulas akan ketidakyakinannya yang PAS boleh bekerjasama dengan Umno, Fauzi menjelaskan bahawa dasar PAS atau lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat selama ini adalah kerajaan bersih, idea yang bagi Fauzi yang pernah berpuluh tahun di dalam Umno, tidak didokong oleh kepimpinan parti lamanya itu.

Mengakhiri ulasannya, bagi Fauzi jikapun benar memang wujud polemik dalam parti PAS akibat gagasan kerajaan perpaduan yang dibicarakan semua orang mutakhir ini, bagi beliau polemik itu adalah hal dalaman PAS, dan sebagai pemimpin PKR, rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat, beliau menghormatinya dan mengambil sikap untuk tidak mencampurinya.

120 Kakitangan Kerajaan Di Berhentikan - Mimpi Ngeri Menjadi Realiti

KUALA TERENGGANU - Mimpi ngeri yang sering bermain dalam fikiran 120 orang kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran akhirnya menjadi realiti apabila mereka benar-benar diberhentikan dan akan menjadi penganggur mulai 1 Julai ini.

Mereka yang berkhidmat sebagai buruh dalam pelbagai jabatan di Terengganu telah menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan dengan berkumpul di Dewan Belia dan Sukan Jalan Pasir Panjang dekat sini hari ini.

Salah seorang daripada mereka, Alias Awang, 47, dari Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, berkata beliau bekerja lebih 12 tahun sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh.

"Jadi, kalau saya diberhentikan kerja ke mana pula saya hendak cari kerja, sedangkan umur saya telah lanjut dan anak-anak masih ada yang bersekolah," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Zainal Shahruddin, 50, buruh di Sekolah Kompleks Gong Badak pula mengharapkan pihak berkenaan mengambil semula beliau dan rakan-rakan yang senasib dengannya untuk bekerja memandangkan ada di antara mereka yang sudah bekerja lebih 20 tahun.

Beliau berkata yang lebih menyedihkan lagi ramai di kalangan kakitangan kontrak JPM ini mempunyai banyak tanggungan seperti anak masih bersekolah dan pinjaman bank.

Ramlah Kassim, 45, yang bekerja sebagai buruh di Sekolah Rendah Wakaf Mempelam sejak 13 tahun lepas, berharap kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran ini akan diambil bekerja oleh kerajaan negeri sesuai dengan kelayakan kelulusan kakitangan berkenaan.

11 Jun 2009

PRK Manek Urai; Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh


MANEK URAI – PAS yakin mempertahankan kemenangan di Peti Undi (UPU) Laloh (Lakloh) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.41 Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.

“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,

“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal, bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.

Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.

Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.

Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.

Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.

Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.

“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.

Sementara itu, tinjauan Buletinonline ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.

Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan UPU Laloh telah mula dibuka.

Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.

Justeru untuk ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan.

Peti Undi Laloh

Bagaimana Ke Manek Urai/ Peti Undi Laloh