31 Disember 2013

Ambang 2014; Pemuda PAS Anjur Ekspedisi Dakwah

kalendar 2014KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyeru orang-orang muda seluruh negeri Terengganu bersama-sama mereka menyertai Ekspedisi Dakwah sebagai acara menyambut tahun baru 2014.

Setiausaha DPPNT Mohd Nasir Razak berkata, program hari ambang tahun 2014 yang dinamakan sebagai Hari XPDC Dakwah akan bermula dengan acara ‘Flashmob’, menyuarakan bantahan terhadapkenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Insya Allah sempena Hari XPDC Dakwah tersebut DPPNT akan mengadakan ‘Flashmob’ Isu Kenaikan Harga barang di Dataran Air Pancut Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah bermula jam 4.45 petang,

“(kemudian diikuti) kuliah mahgrib khas dan solat hajat perdana bersama Ketua DPPNT, Ustaza Kamaruzaman Abdullah di Surau Ikhwan Flat Gelong Bilal,”ujarnya.

30 Disember 2013

Pemuda PAS Lupuskan 10 Tan al-Quran

tmp_IMG-20131229-WA0059-402886825KEMAMAN – Banjir luar biasa yang melanda daerah ini pada awal bulan Disember lalu, telah menyebabkan banyak rumah penduduk, masjid dan surau turut ditenggelami air.
Ekoran kejadian itu, ribuan kitab suci al-Quran serta naskah surah Yasin yang rosak kerana ditenggelami air akibat bencana tersebut.

Bagi menjaga kesucian ayat-ayat ‘Allah’ tersebut, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah mengambil inisiatif menubuhkan satu skuad khas yang bertindak mengumpulkan dan melupuskannnya mengikut kaedah yang betul, bersesuai dengan hukum syarak.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) Ustaz Ramlan Mahmood berkata, pengumpulan ‘naskah’ yang rosak telah dimulakan sebaik banjir surut pada 7 Disember.

29 Disember 2013

“Back To School” Ceriakan Warga Bukit Payong

20131228_153423A
MARANG – Satu program yang dinamakan “Program Back To School” telah diadakan di Bukit Payong semalam.

Program berbentuk kebajikan itu yang bertujuan membantu dan mengurangkan beban beberapa keluarga-keluarga miskin terpilih di sekitar Bukit Payong dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup sekarang ini.

Program anjuran Badan Kebajikan Majlis Tindakan DUN Bukit Payong (MTD) itu telah berjaya membantu kira-kira 30 orang pelajar bagi persiapan mereka untuk menghadiri
sesi persekolahan baru pada Januari ini.

Telefon Bimbit Bernilai Tinggi Dilarikan Perompak

IMG-20131228-WA0068BESUT – Sebuah kedai yang menjual telefon bimbit milik seorang Cina dari Pulau Pinang di Seberang Kastam dekat sini telah dirompak oleh dua lelaki yang bersenjatakan pistol.

Kejadian tersebut berlaku pada petang Sabtu 28 Disember ketika tiga gadis muda yang menjadi pembantu kedai tersebut didatangi oleh dua anak muda pertengahan umur.

Pembantu kedai telefon bimbit ketika ditemui seledpas kejadian berkata, perompak tersebut datang ke kedai terbabit dengan menaiki sebuah motosikal honda jenis ‘Dream’ berwarna merah dan yang tidak bernombor pendaftaran.

Menyedari seseuatu yang tidak kena, seorang anak muda yang berniaga ‘Satar’ dan nasi lemak dikedai berhampiran telah meluru untuk bertanyakkan khabar.

28 Disember 2013

Ulamak Berjuang Menghadapi Kesesatan Sistem dan Kezaliman Pemimpin

Hamzah NgahKUALA NERUS – Keadaan negara bertambah berat dengan ada dikalangan pemimpin negara menyatakan bahawa beliau tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa Arab sedangkan al-Quran hanyalah dalam bahasa Arab sahaja.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Hamzah Ngah [Gambar bawah] ada di kalangan pemimpin Melayu Islam yang menghalalkan riba.

“(ada dikalangan) rakyat yang jahil, turut terikut rentak pemimpin mereka sehingga negara menjadi bercelaru.

“(ada) pemimpin yang berani menghina hukum Islam telah menyebabkan ramai orang Islam di negara kita berani murtad dan tanpa segan silu,
“datang ke pejabat pendaftaran Negara untuk menukar nama mereka dan agama mereka dalam kad pengenalan,”tegasnya.

27 Disember 2013

Sungai Limbong; Nelayan Kecil Kesal Kerajaan Tidak Membantu

KEMAMAN – Akibat banjir yang melanda dua pertiga bandar Chukai pada awal bulan ini, sungai Limbong yang terletakk ditengah-tengah Bandar itu,menjadi cetek dan sempit.

Longgokan pasir dan bahan buangan, mewujudkan pulau-pulau kecil di tengah alor sungai itu, yang sebelumnya menjadi pintu, masuk dan keluar para nelayan.

Kira-kira 40 orang nelayan kecil menjadikan sungai yang berkeluasan 40 kaki lebar dalam 10 kaki dalam sebagai laluan untuk memancing, memasang bubu darat dan mencandat sotong.

Sejak banjir melanda 3hb Disember lalu, mereka hilang ‘punca pendapatan’ kerana tidak dapat turun ke laut.

26 Disember 2013

PAS Bersyukur Mangsa Lemas DiTemui

solat hajat lemasDUNGUN – Usaha PAS mengadu kesusahan rakyat dengan menunaikan solat hajat memohon supaya mangsa lemas Ghapar Abdul Manaf, 32, akhirnya membuahkan hasil.
Dengan kerjasama pihak bomba dan penyelamat, mayat mangsa ditemui di jeti YTL Kerteh pada pagi ini, Khamis 27 Disember.

[Gambar atas - mayat mangsa dibawa ke Jabatan forensik hospital dungun untuk pemeriksaan lanjut]

Sehingga petang semalam Komander Operasinya, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menurunkan anggota skuba kerana bot penyelamat sukar digerakkan ke lokasi kejadian berikutan ombak terlalu besar.

25 Disember 2013

Ameerah Bantu Bangkit Kesedaran Masyarakat

MARANG – Ameerah Bukit Payong telah menganjurkan satu program ceramah bagi menangani isu murtad iaitu isu besar yang dibimbangi masyarakat Islam seluruhnya.

 Program selama dua jam itu dipenuhi dengan ceramah oleh pendakwah bebas Ustaz Muhammad Fitri Abdullah yang juga bekas mubaligh hindu itu dan disertakan sesi soal jawab oleh peserta.
Bagi Ameerah program ini adalah bagi memberi kesedaran masyarakat setempat untuk meningkatkan kefahaman akan bahayanya gejala murtad ini.
 

24 Disember 2013

‘Kem Solat dan Matematik’; Makna dan Simbolik Berbeza

kem solat2
SETIU – Seramai 70 orang kanak-kanak menyertai kem cuti sekolah, ‘Kem Solat dan Matematik’ anjuran Penyelaras Pemuda PAS Dun Jabi, bertempat di Markas PAS Cawangan Kerandang Jabi, dekat sini.

Pengarah Majlis Tindakan Dun yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kem julung-julung kali diadakan itu berbeza dari segi makna dan simboliknya.

23 Disember 2013

Baikpulih Jalan Rosak Sendiri Setelah JKKK Tidak Peduli

DUNGUN – Penduduk Kampung Pinang Merah, Paka, dekat sini akhirnya terpaksa mengambl tindakan membaik pulih jalan sendiri setelah tanggungjawab tersebut tidak pedulikan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK).
Menuurtnya Ketua Cawangan Pas Pinang Merah Che Wan Mustafa Che Wan Kaman,kerosakan jalan tersebut yang menjadi laluan utama ke masjid semakin teruk sejak dilanda banjir baru-baru ini.

Terima Kasih PJ Selangor, Perantau Dan PAS Serdang

KUALA TERENGGANU – Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (Kebap) mengucapkan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, YB Iskandar Abdul Samad dan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang banyak membantu program Hari Keluarga Kebap.
Pengerusi Kebap YB Ustaz Ariffin deraman berkata, bagi pihak keluarga Kebap berdoa agar segala jasa baik dan bantuan baik dari segi tenaga dan wang ringgit menjadi amal soleh yang diberi ganjaran oleh Allah SWT.

22 Disember 2013

Pemikiran ‘Gen Y’ Kritis

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengadakan satu majlis makan malam yang dinamakan “Jasamu Dikenang” bagi menghargai jasa kepimpinan lama DPPNT yang terdahulu.
Majlis yang dikhususkan bagi mengenang jasa mantan ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang bersara wajib pada pemilihan yang lalu dan menyaksikan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dipilh sebagai ketua yang baru.

Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Dizalimi

KUALA NERUS – Seorang ibu tunggal yang membesarkan anak yatim terpaksa berpindah dan menumpang di rumah kakaknya kerana rumah yang diduduki di kampubg Batin, seberang Takir, dekat sini, terpaksa dirobohkan.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata beliau berasa dukacita deangan kejadian itu dan menyifatkan ia adalah sati kezaliman yang besar.

21 Disember 2013

Peruntukan Wakil Rakyat Terengganu Terus Dinafikan

Kerajaan Terengganu yang diterajui parti Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menafikan peruntukan khas kerajaan yang sepatutnya disalurkan melalui wakil-wakil rakyat PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata wakil-wakil rakyat dari pihak pembangkang seperti PAS dan PKR di Terengganu langsung tidak diberikan peruntukan kerajaan.

20 Disember 2013

PMR ; PAS Ucap Syukur dan Pohon Kesabaran

Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan syukur kepada Allah dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Kita ucapkan syukur kepada anak-anak dan keluarga yang telah menjulang kecemerlangan dalam PMR.

19 Disember 2013

‘Gajet’ Dan Aplikasi Terbaru Untuk Orang Muda Dan Luar Bandar

KUALA TERENGGANU – Aras sokongan kepada PAS berdasarkan berdasarkan keputusan pilihanraya umum kali ke-13 lalu menunjukkan sokongan majoriti besar adalah daripada golongan orang-orang muda.
Justeru itu, menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, kepimpinannya dalam masa dua tahun ini akan memberi ruang bukan sahaja bagi orang muda menyalurkan pendapat, bahkan untuk mereka diberi peluang menerajui kepimpinan.

18 Disember 2013

Banyak Projek Kerajaan Langgar ‘Hukum Tuhan’ Dan ‘Hukum Alam’

dr azmanSETIU – Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim telah dilantik buat penggal kedua sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Beliau ketika dihubungi berkata menerima amanah tersebut dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dengan segala upayanya.

17 Disember 2013

ERT Teruskan Operasi

KEMAMAN – Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer – COO) Pasukan Tindak Kecemasan atau yang dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT), Haji Zulkifli Mat Yakim berkata, pasukannya akan meneruskan operasi berpusat di sebuan premis yang kini menjadi markas ERT di Taman Chukai Utama dekat sini.
Katanya, Bilik Gerakan Banjir PAS Kemaman dengan rasminya Yang DiPertua Pas (YDP) Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, semalam, 16 Disember, tetapi ERT meneruskan operasinya menghadapi sebarang kejadian atau bencana.

16 Disember 2013

PAS Terengganu Rangka ‘Road Map’ Untuk PRU-14

KUALA TERENGGANU – [Lihat Video] PAS Terengganu dibawah kepimpinan Pesuruhjayanya yang baru YB Ustaz Satiful Bahri Mamat sudah menggerakkan rangka kerja ‘Road Map’ baru bagi menghadapi pilihanraya umu kali ke-14 akan datang.

Dalam siding medianya ketika mengumumkan ‘kabinet baru’ Badan Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Satiful menggariskan lima perkara yang menjadi fokus dalam pentadbirannya untuk masa dia tahun akan datang.

15 Disember 2013

PAS Terengganu Umum ‘Kabinet Baru’

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengumumkan senarai Kepimpinan Harian PAS Terengganu bagi sesi 2013 – 2015.

Pesuruhjayanya yang baru dilantik, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, membuat pengumuman tersebut di pejabat Perhubungan PAS, Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, sebentar tadi.

Berikut adalah senarai ‘Kepimpinan Harian’ tersebut;

Pesuruhjaya : YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Tim. Pesuruhjaya 1 : YB Dr Alias Abd Razak
Tim. Pesuruhjaya 2 : Haji Yahaya Ali
Tim. Pesuruhjaya 3 : Dato’ Ustaz Nik Muhamad Zawawi
Ketua Dewan Ulama : Dato’ Ustaz Hussin Awang
Ketua Pemuda : Ustaz Kamaruazaman Abdullah
Ketua Muslimat : Puan Safinah Jusoh
Setiausaha : Haji Muhyiddin Abd Rasyid
Penolong Setiausaha (PSU) 1 : Ustaz Zakaria Dagang
PSU 2 : Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria
PSU 3 : YB Haji Hanafiah Mat
Ketua Penerangan : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Bendahari : M Shukrimun Shamsuddin
Pengarah Jabatan Pilihanraya : YB Ustaz Ariffin Deraman

Sementara itu, tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik adalah;
1. YBM Dr Syed azman Syed Ahmad Nawawi
2. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik
3. Dr Azman ibrahim
4. Haji Saifuddin Othman
5. Ustaz azman Shapawi Abdul Rani
6. Ustaz Mohd Harun Jusoh
7. Hajah Zarani Othman

Kerajaan Peroleh Hasil Bijih Besi Hanya RM1 Satu Tan?

KUALA TERENGGANU – PAS mempersoalkan, apakah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Terengganu hasil dari pembukaan semula lombong bijih besi di kawasan Bukit Besi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, selama empat tahun, sejak lombong bijih besi di Bukit Besi dibuka semula pada tahun 2010, kerajaan negeri hanya mengeluarkan sebanyak 1.18 juta tan sahaja hasil.

Lebih malang lagi, menurutnya, berdasarkan jawapan kerajaan pada Sidang DUN lalu, dari jumlah pengeluaran tersebut, kerajaan hanya mendapat hasil sekitar RM1 juta sahaja.

“Kita tanya banyak mana kerajaan boleh hasil? kerajaan (jawab) dapat RM1 juta sahaja. Bayangkan…… (hasil bijih besi) satu tan boleh (hanya) RM1 sahaja kepada kerajaan.

“macamana kerajaan menjual bijih besi, kerajaan hanya mendapat (hasil) RM1 juta dalam masa empat tahun? Siapa yang kaya sebenarnya? Boleh ke (pada) siapa kah kekayaan (hasil pengeluaran bijih besi ini),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah Pasca Muktamar PAS Kali Ke-59 di Rusila pada Jumaat 13 Disember.

Hasil yang diperolehi oleh kerajaan dari aktiviti perlombongan semula bijih besi itu terlalu sedikit berbanding dengan hasil pasir dan hasil ‘tanmah merah’

Kerajaan memperolehi pendapatan sebanyak RM1.2 juta hasil ‘royalti’ pengeluaran pasir bagi tahun 2012 dan kerajaan hasil dari ‘cukai’ tanah merah yang dialihkan pada tahun tersebut juga mencecah RM1.8 juta.

Beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri menolak usul untuk membincangkan isu banjir yang dibentangkan oleh wakil rakyat PAS dalam sidang DUN baru-baru ini.

Sebaliknya, menurut beliau, pemimpin Umno yang menerajui negeri Terengganu lebih berbangga dengan projek-projek fizikal yang membawa banyak manfaat kepada rakyat.

PAS juga, katanya, menyarankan supaya kerajaan negeri membuat peruntukan khas bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana pemberian sebanyak RM500 yang diumumkan Perdana Menteri ,
Datuk Seri Najnib Razak Razak adalah tidak memadai.

Satiful berkata, sekiranya kerajaan boleh membelanjakan RM40 juta untuk kejohanan perahu layar Piala Monsun dan mengeluarkan kewangan sebanyak RM2 juta untuk menaja kejohanan lumba basil ‘Le Tour De Langkawi’, mnengapa tidak untuk rakyat yang menghadapi kesusahan banjir?

14 Disember 2013

‘Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul’

Oleh; Mohd Tishaah

KEMAMAN – Pusat Bantuan Banjir PAS Kawasan Kemaman meneruskan usaha membantu mangsa banjir di Kemaman dengan menyalurkan pelbagai barangan keperluan harian kepada mangsa banjir dan membantu membersihkan rumah mereka.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, ‘mesyuarat penyelarasan Bilik Gerakan (BG) Banjir PAS Kemaman diadakan setiap malam bagi menyelaras semua kerja.

“bagi mengelak pertindihan aktiviti membersih rumah dan premis serta mengagih barangan keperluan ke rumah,”.

“kedatangan petugas sukarelawan dan Unit Amal dari luar Kemaman amat ramai dan semalam dianggarkan hampir 1,000 orang telah datang dan kami menyediakan makanan kepada mereka ini’, ujarnya.

Menurutnya, bantuan keperluan dan peralatan seperti selimut, toto, tuala hingga periuk nasi elektrik datang dari para dermawan seluruh Malaysia.

Oleh itu beliau mewakili PAS Kawasan Kemaman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu warga daerah Kemaman.

“PAS Kawasan Kemaman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua dermawan yang bermurah hati membantu mangsa banjir di Kemaman ini,” ujar Ustaz Alias.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Itulah ungkapan yang mampu diucapkan ADUN Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar ketika turun padang berjumpa dengan mangsa banjir di Kemaman semalam.

Beliau datang bersama 60 petugas dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang menyalurkan barangan keperluan seperti toto, selimut, bantal serta barang makanan dan membersih rumah mangsa banjir di Taman Permai Jaya, Batu 3, Kemaman.

Pada sebelah petang, ADUN Ladang dan rombongannya ke Kampung Jabur Kubur dan Kampung Mak Chili untuk mengagihkan barangan keperluan dan membersih rumah mangsa banjir.

Beliau meminta mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah dan berkata ada hikmah di sebalik yang berlaku.

Pemuda Terengganu Sumbang RM15K

KUALA TERENGGANU – Bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan dianggap paling besar dalam sejarah sejak lebih 40 tahun lalu telah menarik simpati pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS Terengganu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) turut menyampaikan sumbangannya sebanyak RM15,000 kepada Dewan Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Malaysia negeri Terengganu bagi menjaya operasi bantuan banjir.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata komitmen Pemuda PAS tidak pernah luntur dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan.

Justeru, katanya kerahan tenaga pemuda akan dilaksanakan mengikut peringkat-peringkat kawasan bersama dengan anggota jabatan amal.

“Hari ini, kami (Pemuda PAS) memberi sumbangan negeri kepada Pemuda Kawasan Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu untuk melaksanakan operasi kerja-kerja bantuan banjir di Kemaman.

“Kami (Pemuda PAS) sentiasa komitmen dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk rakyat seluruhnya,” jelas Ustaz Kamaruzzaman.

Beliau berkata demikian selepas menyampaian sumbangan Pemuda PAS Terengganu kepada Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu melalui Dana Taawun yang diwujudkan itu.

Menurutnya, sumbangan orang ramai masih diperlukan oleh Pemuda PAS negeri bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang mendatang.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiasaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood dan Pengarah Jabatan Amal DPPNT, Ahmad Sauji.

GANTI Hulur Bantuan Sebagai Tanggungjawab Sosial

HULU TERENGGANU – Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) turut ‘turun padang’ merasai sama kesusakaran yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu yang dilanda musibah banjir.

Presidennya Haji Amzad Hashim berkata pihak menyalurksn bantuan keperluan makanan kepada penduduk beberapa kampung di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu yang terjejas kerana bencana tersebut.

“(kita) dalam rangka kerja utnuk menyalurkan bantuan. Setakat ni dalam beberapa hari yang lepas kita telah menyalurkan bantuan air mineral Gau sebanyak 1,400 botol semua sekali, kita hantar ke Kemaman,

“kemudian disusuli dengan beberapa bantuan yang lain lah dan termasuk pada hari ini kita dapat, yang ni tindak balas serta-merta, petang semalam, kita dapat laporan ada beberapa keluarga yang kehabisan makanan,”ujarnya ketika ditemui di Kuala Berang dekat sini.

Beliau mendapat laporan tujuh keluarga berhampiran telah tersekat dan ‘keputusan’ makanan dan pihaknya mengambil langkah segera menyalurkan bantuan sebaik mendapat maklumat tersebut.

“Untuk hari ini kita ada seratus kampit beras, lima puluh kampit beras kita agih hari ini yang bakinya esok kita akan bawa ke Kemaman pula dan pada hari Jumaat juga,”jelasnya

Menurutnya tindakan GANTI menyalurkan sedikit bantuan setakat termampu adalah bagi menyempurnkan tanggungjawab sosial sebagai NGO, sesama Melayu, Islam dan rakyat Terengganu.

13 Disember 2013

Kempen ‘300 Periuk Nasi’ Capai Sasaran

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu akan menghantar misi bantuan kemanusiaan kali ketiga ke kawasan terjejas banjir di daerah Kemaman.

Menurut Setiausahanya Ustaz Mohd Soud Said, rombongan tersebut akan bergerak dari Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi dan dijangka sampai di Chukai sekitar jam 12.00 tengahari.

“pada hari ini Jumaat 13 Disember, Misi ke 3 bantuan banjir akan bergerak ke Kemaman, rombongan terdiri daripada para petugas bersama 3 buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori ‘Ford Trader’,

“Kami bawa bantuan berbentuk barang dapur sebanyak 200 bungkus dan 300 biji periuk nasi (rice cooker)…….….disamping itu ada sedikit pakaian, toto, air minuman dan lain-lain,”ujarnya.

Menurut beliau, konvoi misi pada kali ini adalah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu sendiri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sehubungan itu, Wan Sukairi ketika dihubungi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan sumbangan kepada kempen ‘300 periuk nasi’.

Katanya, walaupun kempen tersebut dibuat dalam masa yang singkat, namun ia telah Berjaya mencapai sasaran yang dihajatkan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu.

“Alhamdulillahhhh……..sasaran kutipan sebanyak 300 unit periuk nasi elektrik telah tercapai. Hanya dalam masa 36 jam sahaja atau sehari setengah sebanyak 306 unit periuk nasi elektrik yang berjumlah (berharga) RM14,688.00,

“telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan rakan-rakan fb dan teman teman di seluruh Negara,”ujarnya.

Beliau tidak menolak, untuk membantu mana-mana pihak yang mahu manganjurkan kempen seumpamanya bagi membantu warga Kemaman atau Kuantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Bahkan, beliau menawarkan pihaknya untuk menjadi pemudahcara bagi menyampaikan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir terbabit.

“Sekiranya (ada) teman-teman masih mahu menyumbang, kami bersedia terus menjadi pemudahcara untuk menyampaikan sumbangan anda kepada mangsa banjir di Kemaman,

“Syabas dan terimakasih diucapkan kepada semua para dermawan sekelian. Semuga menjadi amal soleh di akhirat nanti Insya Allah,”ujar Wan Sukairi.

PAS Besut Hantar ‘Gelombang’ Kedua Bantu Mangsa Banjir

BESUT – PAS Kawasan Besut menghantar 45 orang sukarelawan ke lokasi banjir di Kemaman bagi membantu misi kemanusiaan yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tersebut.

Menurut Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad operasi menghantar tenaga petugas dari kawasan tersebut bermula pada 11 Disember.

“ini merupakan ‘trip’ ke 2 selepas berjaya menghantar kumpulan pertama seramai 25 orang bersama bantuan pakaian dan makanan pada 7 Disember yang lalu,

“PAS Kawasan Besut masih berharap agar masyarakat terus memperlihatkan kecaknaan dan keperihatinan kepada mangsa banjir dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan apa sahaja dalam usaha berkongsi kepayahan dan kesusahan yang sedang mereka alami,”ujarnya

(Gambar : kenangan sukarelawan dari Besut di Balai Istiqamah, Cukai, Kemaman sebelum bergerak ke lokasi khidmat)

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap, warga Besut khususnya agar turut membuat persiapan dalam menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Katanya, gelombang banjir pertama yang membadai masyarakat Kemaman dan Kuantan merupakan ujian yang tidak dijangka berlaku dan berada di luar kotak pemikiran manusia.

“Sehebat mana pun kita, apabila Allah menghendaki ianya berlaku, maka tiada sesuatu yang mampu menghalang atau membendungnya. Itulah kekuatan yang Allah miliki,”jelasnya

Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak PAS Kawasan Besut di atas sumbangan-sumbangan yang dihulurkan seluruh masyarakat.

Katanya, kredit harus diberi kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan yang menggerakkan usaha murni tersebut.

12 Disember 2013

Bantuan Banjir; PAS Laksana Negara Berkebajikan Walaupun Belum Menang

KUALA NERUS – Kerja-kerja kesukarelawanan dan gotong-royong serta membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah adalah merupakan amalan yang di lakukan dalam sebuah ‘Negara Berkebajikan’.

Ahli Jawataankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, PAS melaksanakan agenda ‘Negara Berkebajikan’ tersebut dalam membantu mangsa banjir ‘luar biasa’ yang berlaku di Kuantan dan Kemaman.

“(mereka) tidak tahu benda-benda ini semua semua, kita (ahli-ahli PAS) walaupun kadang=kadang tak tahu tapir uh (Negara Berkebajikan) itu sampai kepada kita dan menjadikan kila melaksanakan kerja (kebajikan),

sukarelawan muslimat setiu“dan menjadikan PAS sebagai sebuah jamah yang akan memberikan kekuatan kearah dakwah Islam dan kesejahteraan pada masa akan datang,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan konvoi sukarelawan PAS Kawasan Setiu yang akan membantu mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di perkarangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah adril Iman, Kampung Tok Jiring pada hari Rabu, 11 Disember.

Menurutnya, PAS tetap melaksanakan agenda Negara Berkebajikan tersebut dalam aktivitinya walaupun masih belum menang di negeri Terengganu dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu.

Turut sama dalam majlis ringkas tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir dan ahli-ahli Jawatankuasanya.

Ustaz Abu Bakar berharap konvoi bantuan tersebut dapat melaksanakan tugas di kawasan yang terjejas kerana musibah banjir dan selamat kembali untuk melaksanakan tugas selaku pejuang PAS ditempat masing-masing.

Ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Abdu Raof Muhammad ketika ditemui selepas majlis itu berkata seramai 30 orang orang sukarelawan, muslimin dan muslimat berlepas dengan konvoi tersebut yang merupakan konvoi rasmi pertama dari PAS kawasan itu.

11 Disember 2013

Kerajaan Umno-BN Terengganu Tidak ‘Cakne’ Rakyat

MARANG – “Semua soalan saya ditolak, samada soalan lisan ataupun yang bertulis, “ begitulah luahan kekesalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau seperti tidak percaya dengan penolakan kesemua soalan-soalan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini.

Dan penolakan soalan-soalan ini pada pendapat beliau, sebagai bukti kerajaan tidak mengambil berat tentang permasalahan rakyat.

Kesemua 12 soalan beliau yang ditolak itu adalah hasil dari perbincangan beliau dengan rakyat, agar ianya bukan soalan yang terkeluar dari kehendak dan keinginan rakyat.

Oleh itu beliau menyimpulkan bahawa penolakan soalan itu adalah penolakan kepada kehendak rakyat negeri Terengganu.

Bahkan beliau turut memberikan contoh, iaitu usul mengenai banjir yang memusnahkan banyak harta benda di Kemaman dan Dungun baru-baru ini, turut ditolak oleh Speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Usul bagi membincangkan hal berkenaan banjir yang luar biasa berlaku di Kemaman dan Dungun itu telah dibawakan oleh Adun Rantau Abang YB Haji Alias Harun untuk dibincangkan tetapi ditolak oleh Speaker
“Sidang Dun adalah medan terbaik bagi wakil-wakil rakyat mencari kata sepakat dalam menentukan contohnya, jumlah bantuan bagi mangsa banjir.

Ianya (Sidang Dun) seperti yang diusulkan, boleh digunakan bagi memutuskan untuk menubuhkan platform khas bagi mengkaji punca banjir dan pelan perancangan yang teratur dimasa akan datang.

Tetapi jika kesemua soalan dan usul untuk kepentingan rakyat ditolak maka bagi saya ini menunjukkan kerajaan tidak perihatin kepada rakyat,” jelas beliau.

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membahaskan bajet 2014 sedang berlangsung selama empat hari bermula 9 Disember dan akan berkahir pada 12 Disember 2013.

04 Disember 2013

Banjir di Kemaman Luar Jangka, Lebih Teruk Dari Tahun Lalu






Lihat berita http://www.buletinonline.net/v7/index.php/banjir-di-kemaman-luar-jangka-lebih-teruk-dari-tahun-lalu/