30 Jun 2014

Tunaikan Tanggungjawab Menjaga Kebajikan Seawal Hari Pertama Ramadhan




KUALA TERENGGANU – Seramai 120 orang penduduk yang kurang bernasib baik, samada fakir atau miskin di kampug Geliga dan Kuala Kemaman Geliga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.

Haji Hanafiah Mat bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah memberilan sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak bagi meringankan bebanan penduduk terbabit pada bulan Ramadhan ini.

29 Jun 2014

Batalkan Lesen Pemilik Bot Dalang ‘Nelayan Asing’


 KUALA TERENGGANU – Masalah pencerobohan nelayan asing melalui bot-bot tempatan yang menjadi dalang, tidak dapat diselesaikan, walaupun mari penguatkuasa Maritim Malaysia mengadakan operasi dan menangkap nelayan terbabit.
Menurut Ahli Palimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, bot-bot yang menjadi dalang, samada disewakan kepada warga asing atau mengambil nelayan asing menjadi pekerja.

27 Jun 2014

‘Bulan Tarbiyah’ ; Didik Umat ‘Meniti’ Ramadhan Dengan Taqwa


MARANG – PAS Terengganu telah melancarkan satu program bagi memeriahkan lagi sambutan kehadiran bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, iaitu Ramadhan al-Mubarak.
Melalui Program ‘Ramadhan Bulan Tarbiyah’ aktiviti disusun sepanjang bulan yang ‘berkat’ tersebut bagi membantu seluruh ahli dan penyokong PAS mencapai objektif, lahir sebagai insan bertaqwa, seusai Ramdahan kelak.

NGO Sepakat Gerakkan Kebangkitan Rakyat


KUALA NERUS – Kesemua enam NGO yang terlibat dengan program ‘Forum Pentas Isu Rakyat’ sepakat menggerakkan kebangkitan bagi menuntut perubahan demi kepentingan rakyat.

Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Haji Ahmad Amzad Hashim menyfatkan program yang diadakan pada 26 Jun di pekan Batu Enam dekat sini, berjaya mengenengahkan isu berkaitan usahawan Melayu, tanah, pembangunan, royalti, pendidikan dan mahasiswa

26 Jun 2014

AP Kuala Nerus Luangkan Masa Bertemu Rakyat


KUALA NERUS – Pada 23 dan 25 Jun yang lalu, Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus menganjurkan program Jalinan Kasih : YB di Hati Rakyat di sekitar Kuala Nerus.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin B Aman Razali at-Takiri turut bersama menjayakannya.

25 Jun 2014

Mantan YDP Besut Meninggal Dunia


 

KUALA TERENGGANU – Selepas dua hari almarhum Ustaz Abu Bakar Chik meninggalkan kita, rakan seperjuangannya, mantan Yang DiPertua PAS Jerteh Ustaz Abdul Latif Muhamad pula menyambut panggilan Yang Maha Esa.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh telah meninggal dunia di Hospital Kota Bharu pada jam 3.30 pagi tadi.

23 Jun 2014

Pemergian Ustaz Abu Bakar Chik ; Kehilangan Besar Buat Gerakan Islam

 PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga Almarhum Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi ini.


“Sesungguhnya pemergian beliau adalah amat mengejutkan, merupakan suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti tetapi kepada dunia gerakan Islam seluruhnya.

22 Jun 2014

MTD Bukit Payong Tingkat Usaha Kukuh Kewangan


MARANG – Dalam setiap organisasi, kekuatan yang sangat penting dan ditekankan dengan serius ialah hal berkaitan kewangan kerana dengan kewangan yang kukuh, akan memastikan banyak program akan dapat dilaksanakan.

PAS juga tidak terkecuali dalam hal ini, selain daripada menerima sumbangan derma dari ahli-ahli dan juga golongan-golongan yang bersimpati dengan perjuangannya, PAS juga mempelbagaikan sumber kewangannya.

Cakna YB Tepoh Meriah






KUALA NERUS – Pusat Khidmat ADUN Tepoh dengan kerjasama Jawatankuasa UPU Padang Nenas telah berjaya menganjurkan Program YB Cakna Rakyat di Padang Bola, Kg Gong Datuk, Mengabang Telipot.
 
 
 

21 Jun 2014

Janji Bantuan Banjir RM1500 Belum Ditepati


 KEMAMAN – Mangsa banjir ‘luar biasa’ yang melanda daerah ini pada musim tengkujuh lalu menuntut bantuan kewangan RM1500 yang dijanjikan oleh kerajaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata, janji kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said masih belum ditepati.

20 Jun 2014

Rakyat Tolak Pembangunan ‘ala – Dubai’ Pasar Kedai Payang

MARANG – Rakyat negeri Terengganu sebulat suara menolak pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang ‘ala -Dubai’ yang dicadangkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional dibawah pimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

‘Demam Piala Dunia’; Pemuda Diminta Terus Amalkan Cara Hidup Sihat

kamaruzzaman yaman3SANAA, Yaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke negara Yaman bagi meningkatkan kerjasama pendidikan dengan beberapa Institusi Pendidikan Tinggi di negara tersebut.

18 Jun 2014

NGO Tegur ADUN Bandar


serah memorandum cukai pintu
KUALA TERENGGANU – ‘Kempen Bantahan Kenaikan Cukai Pintu’ telah digerakkan di segenap penjuru, seluruh 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang termasuk dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

17 Jun 2014

‘Cakna YB’; Program Bebas, Interaktif dan Berkesan


IMG_4399KUALA NERUS – Majlis Tindakan Dun Bukit Tunggal Sekali lagi dalam rangka kerjanya yang kedua menganjurkan Program Yang Berhormat (YB) Cakna Rakyat di daerah mengundi (Unit Peti Undi – UPU) Pengkalan Arang.



15 Jun 2014

‘Fitnah Muflis’ ; Raja Bahrin Timbang Ambil Tindakan Undang-undang


Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sedang meneliti fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit.

Katanya, beliau sedang mendapatkan pandangan dari pihak perundangan untuk mengambil tindakan susulan.

14 Jun 2014

Keluarga Paling Ramai Ahli Diberi Anugerah

_DSC2740MARANG – Ahli PAS Ismail Mohd dari DUN Alor Limbat, Ustaz Hassan Mohd Amin dari DUN Bukit Payong, Jusoh bin Ali dari Ru Rendang dan Hassan bin Harun dari Pengkalan Berangan, masing-masing memenangi anugerah Keluarga Paling Ramai.


Mereka menerima penghargaan tersebut pada Majlis Penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan, sempena Himpunan Himpunan Keluargaku Ahli PAS Kawsan Marang (HiKAP) pada Sabtu 13 Jun di Dewan Tok Guru, Rusila, dekat sini.

12 Jun 2014

Kontraktor Longgok Sampah Atas Jeti!

sampah pulau redangKUALA TERENGGANU – Penduduk Pulau Redang kesal dengan sikap sambil lewa syarikat kontraktor pemungut sampah, yang tidak mengangkut bahan buangan dan sisa pepejal terus ke jeti Merang.

Sebaliknya, sampah yang dikutip dilonggokkan di atas jeti di pulau tersebut dan diniarkan selama dua atau tiga hari, sebelum diangkut ke daratan.

10 Jun 2014

Ahmad Razif Perlu Cuci ‘Bekas Tangan Kotor’ Ahmad Said

jambatan kemaman runtuh 1KEMAMAN – PAS menyambut baik azam Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan mahu sebarang pembangunan yang hendak dilaksanakan, perlulah menepati kehendak dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

08 Jun 2014

Pengunjung Mahu Keunikan Pasar Payang Dikekalkan

Oleh Kamaliza Kamaruddin
PENARIK BECAKUALA TERENGGANU – Pasar Besar Kedai Payang di sini, yang dilanda pelbagai kontroversi berhubung cadangan pembangunan semula, terus menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang musim cuti persekolahan ini.

07 Jun 2014

Jawatakuasa Membantah Cukai Pintu Akan Terus ‘Dihidupkan’

20140604_111737KUALA TERENGGANU – Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) Haji Yahaya Ali mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai, berikutan penganjuran Himpunan Membantah Kenaika Cukai Pintu pada Rabu 4 Mei lalu.

7,000 Penduduk Bertarung Nyawa Setiap

Lebih 7,000 penduduk Felda Neram 1 bertarung nyawa setiap hari akibat terpaksa melalui jalan utama yang rosak selepas dilanda banjir besar akhir tahun lalu.

06 Jun 2014

Pemimpin Umno ‘Rakus’ Belanjakan Harta Benda Rakyat

KUALA NERUS – Rakyat negeri Terengganu perlu sedar, sesungguhnya pemimpin Umno begitu rakus membelanjakan harta benda yang bukan menjadi hak milik mereka.

‘Waja’ Didik Remaja Dalami Ilmu Fardhu Kifayah

Oleh : Raihanah Zakaria
IMG-20140604-WA0138KUALA NERUS – Anak-anak muda yang bersama dengan PAS dididik mendalami ilmu fardhu kifayah secara amaliah dalam program yang dinamakan sebagai ‘Program Adam dan Hawa (PERAMAH)’.

05 Jun 2014

Ribuan Rakyat Bantah Kenaikan Cukai Pintu

demo cukai pintu2aKUALA TERENGGANU – Ribuan rakyat khususnya penduduk di bawah jajahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengadakan himpunan aman bagi menyerahkan memorandum rakyat kepada kerajaan negeri.

Himpunan Bantah Cukai Pintu; Muslimat Turun Dari Segenap Penjuru

IMG-20140604-WA0021Oleh; Najmiah Kassim dan Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS dari segenap penjuru bandaraya Kuala Terengganu turun beramai-ramai menyertai Himpunan Aman Membantah Kenaikan Cukai Pintu yang diadakan dihadapan Wisma Darul Iman.

04 Jun 2014

PAS Optimis Kembali Memerintah Terengganu Pada PRU14

satiful1Realitinya, hari ini PAS Terengganu adalah pembangkang yang terkuat dengan 17 kerusi Barisan Nasional dan 15 kerusi Pakatan Rakyat. Sasaran PAS untuk PRU14 adalah memerintah negeri Terengganu. Landskap politik di Terengganu 98 peratus adalah orang Melayu. Namun, sokongan pengundi bukan Melayu terutama kaum Tionghua pada PRU13, lalu tidak mustahil PAS-Pakatan Rakyat akan kembali memerintah negeri ini.

Memorandum Rakyat Membantah Cukai Pintu Diserahkan

serah memorandum cukai pintu1KUALA TERENGGANU – Mewakili lebih 150,000 pengundi dan lebih 300, 000 warga bndaraya Kuala Terengganu, Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu telah menyerahkan memorandum rakyat kepada kerajaan neger Terengganu.

03 Jun 2014

Bukan Hanya ‘Hudud’ ; Semua Faktor Kekalahan Saling Berkait

prk teluk intan1KUALA TERENGGANU – Kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan memerlukan analisis lebih lanjut, bagi mengkaji faktor sebenar perubahan pola pengundi di kawasan itu.

Demo Diteruskan – Rakyat Tidak Dapat Terima Kenaikan Cukai Pintu

demo diteruskan1KUALA TERENGGANU – Himpunan aman membantah kenaikan cukai pintu yang dijadualkan berlangsung esok, Rabu 4 Jun di hadapan Wisma Darul Iman akan diteruskan sebagaimana yang dirancang.

Ada Kalanya Kebaikan Perlu Dizahirkan

Oleh : Dr Azman Ibrahim
Semalam Usrah PAS Dun Jabi di Cawangan Gong Pasir, Kerandang. Di situ bertemu dengan seorang sahabat yang baru balik dari majlis tahlil di Kubur Kerandang. Simati ialah arwah ibu tua, Fatimah Ali berusia lebih 90 tahun dari Kampung Bukit Tempurung, Kerandang yang telah saya ziarahi pada paginya serta telah disampaikan sumbangan Khairat Kematian PAS Dun Jabi berjumlah RM1,000.

02 Jun 2014

Cukai Pintu; Himpunan Kerana Kerajaan Gagal Menangani Bantahan Rakyat

himpunan bantah cukai pintu1
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Cukai Pintu yang diaggotai oleh kalangan wakil rakyat, wakil parti, dan wakil-wakil daripada NGO, telah bersetuju untuk mengadakan demostrasi secara aman menyatakan bantahan pada jam 10 pagi, hari Rabu, 4hb Jun di Wisma Darul Iman.

Sabri Serah Memorandum; Bukti Umno Tidak Yakin, Kain Rentang Adalah Bohong!

mat kerak cukai pintuKUALA TERENGGANU – Setelah Umno Kuala Terengganu menaikkan berpuluh-puluh kain rentang mengucapkan terima kasih kerana keputusan kerajaan ‘Kaji dan Tanggguh’ Cukai Pintu, tiba-tiba Ketua Bahagiannya muncul menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.

Ustaz Hadi Semakin Sihat, Ucap Terima Kasih Atas Doa Rakyat Malaysia

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik serta berdoa agar Allah memberikannya kesejahteraan untuk terus memikul amanah.

01 Jun 2014

Institut Itqanul Muluk Menjunjung Kasih Titah Sultan Mizan

tmp_IMG_20140601_112645-200406826KUALA NERUS – Institut Itqan al-Muluk menjunjung kasih kepada titah sultan Mizan Zainal Abidin yang mahukan kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa.

Kesihatan Presiden PAS Semakin Baik

Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keadaan Presiden PAS Datuk Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau sudah boleh duduk diatas kerusi dan bercakap.