Impak Awal Lombong Silika; 200 Ekar Kebun Sawit Akan Musnah


SETIU – Seramai kira-kira 30 orang warga Kampung Bari dekat sini akan kehilangan kebun kelapa sawit yang mereka usahakan, apabila kerajaan negeri memulakan usaha melombong pasir silika.
Menurut seorang penduduk, Hassan Basari Omar, 50, hampir 200 ekar kebun kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil itu akan ‘terkorban’ kerana memberi laluan kepada projek yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 7 September lalu.


Screenshot (187)Apa yang lebih menghampakan, kata beliau, kerajaan negeri tidak bercadang untuk memberikan sebarang saguhati terhadap pemusnahan tersebut.
“pegawai (dari) pejabat beritahu, kerajaan tak bayar tapi terpulang kepada syarikat yang usahakan lombong (pasir silika)…….kerajaan tak ambil tanggungjawab,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau kesal dengan sikap ‘acuh tak acuh’ pegawai yang seolah-olah tidak mahu melayan aduan orang ramai terhadap perkara tersebut.
Oleh itu, beliau berharap, Menteri Besar yang baharu, yang berjanji akan membawa ‘Transformasi Politik Baru’ kepada negeri Terengganu dapat mengambil ‘cakne’ kesusahan rakyat.
lombong silika hassan basari“walaupun sebahagian besar adalah tanah rentahan yang masih belum ada hak milik, tapi kita harap Datuk Razif ada sedikit belas ihsan kepada orang kampung sini,
“mereka buat usaha gunakan tenaga dan ‘pitih’ sendiri untuk bangunkan kebun…….jadi kerajaan kena pertimbangkan lah atas perikemanusiaan,”jelasnya.
Beliau turut bimbang kesan alam sekitar yang akan menimpa ekoran perlaksanaan usaha melombong silika tersebut.
Antaranya, beliau dimaklumkan, satu pembinaan jeti akan dibuat di pantai Kampung Bari bagi mengangkut pasir untuk dimasukkan ke dalam kapal, sebelum diekspot.
“kita bimbang……nelayan juga turut terjejas…….bila buat jeti, bimbang akan jadi macam pembinaan lapangan terbang, akibatnya hakisan pantai,”katanya lagi.

Ulasan