Kerajaan Gagal; 80% Sayur-Sayuran Negeri Terengganu Dari Luar!

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal menyediakan program dan kemudahan pertanian menyebabkan kira-kira 80% bekalan sayur-sayuran terpaksa di ‘import’ dari luar.
Timbalan Pengerusi Persatuan Pengeluar Sayur dan Buah-buahan Negeri Terengganu Haji Mohamad Said berkata, tidak ada program penanaman sayur-sayuran khusus yang dilaksanakan menyebabkan pengeluaran syuran dan buah-buahan sekitar 20% sahaja dari keperluan.


mohamad said“Boleh dikatakan 80% kita ‘import’ (masuk) untuk Terengganu ini. Tidak ada satu program yang berkesan untuk membantu ini, dan mutakhir ini (ada) Exco pertanian adalah membuat (pengumuman tentang) aktiviti “Jom Bertanam”.
“Ini (itu) lebih ke arah macam (program) Bumi Hijau……. (walaupun) mungkin berskala besar, tapi dari segi perlaksanaan itu tidak nampak berkesan lagi. 20% kita (import) termasuklah sayur-sayur dari tanah tinggi….kobis, tomato……,”jelasnya.
Oleh itu, bagi pihak NGO Pertanian yang aktif di negeri Terengganu, Haji Mohamad  [Gambar kanan] berharap kerajaan dapat mengadakan program khas yang memberikan penumpuan bagi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dengan mewujudkan lebih banyak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
“Kita…….. kalau boleh(minta kerajaan), adakan program yang khusus dengan tumpuan yang khusus, kita nak majukan sayur-sayuran ini, kita tak boleh ambil secara umum begitu.
“Pengeluaran sayuran ini (adalah) bermusim (dan) risiko tinggi. Taman Kekal Pengeluar Makanan (TKPM) Negeri Terengganu ini, ada 3 yang terbesar. Yang pertama, di Serating, belakang penjara Marang. Yang kedua, di Rhu Tapai (Merang) (dan ketiga) di Institut Pertanian dulu di Tok Dor (Jabi, Besut),”ujarnya.
Katanya, kawasan TKPM di Rhu Tapai tidak sesuai untuk tanaman sayur-sayuran dan hanya boleh ditanam dengan tembakau dan Roselle sahaja dan hanya kawasan TKPM Serating yang lebih sesuai dan lebih subur.
fertigasigagal“Macam di Rhu Tapai yang tak sesuai pertanian (sayuran), kita pilih juga (jadikan TKPM). Mungkin kos RM3 (atau) 4 juta dah habis di situ. Hasilnya kita tak dapat usahakan dengan terbaik. Petani yang masuk di situ, gagal. (ia adalah) satu program yang tidak diatur daripada awal,”ujar beliau yang juga mantan Timbalan Pengarah Pertanian negeri Terengganu.
Beliau juga kesal kerana program Fertigasi Mega untuk tanaman Melon dan kemudiannya sayur-sayuran, yang dibuat oleh kerajaan negeri telah gagal sama sekali.
Menurutnya, projek bernilai RM20 juta yang bermula pada tahun 2006 itu tidak berjaya, kerana campur tangan politik berikutan pemilihan peserta dan kawasan perlaksanaan, sebahagian besarnya ditentukan oleh wakil-wakil rakyat.
“Fetigasi itu mengeluaran Melon, sayuran kebanyakanya (kini) boleh dikatakan terbiar. 90% gagal, dengan belanja RM20 juta, kebanyakkan kawasan dipilih oleh Yang Berhormat….ahli-ahli……pesertanya hanya orang-orang tertentu sahaja dapat, yang betul-betul ada keyakinan dan minat tak dapat, yang tak minat dapat sebab 100% percuma……,
“ikut (menurut) kenyataan bekas Exco Pertanian dulu YB Ashaari, seratus peratus gagal….dua tahun lepas ada Seminar di UMT…..dia (sebut) dalam seminar itu,”jelasnya lagi

Ulasan