Muslimat Perlu Bertenang, Teruskan Gerak Kerja

IMG-20140909-WA0110 
KUALA TERENGGANU – Kepimpinan dan aktivis Muslimat PAS di negeri Terengganu disarankan agar sentiasa bertenang dan meneruskan kerja-kerja kebajikan serta kemasyarakatan.
Pengerusi Lujnah Kebajikan Muslimat negeri Terengganu Puan Zaiton Abas turut mencadangkan, agar muslimat mempelbagaikan program bagi menjadi ‘jambatan penghubung’ kepada orang ramai khususnya dikalangan kaum hawa.


“untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, kita perlu memikir diluar pemikiran biasa ‘diluar kotak’ bagi mempelbagaikan program dan pelbagai sasaran,
IMG-20140909-WA0112“bukan bertumpu kepada program-program biasa, perlu ubahsuai mengikut keperluan semasa,”ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu berkata, pihaknya akan menganjurkan satu program khusus bersama ‘primadona negara’ Datuk Sarimah Ahmad dalam masa terdekat.
Pendapat beliau turut dikongsi oleh isteri kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, To’ Puan Norillah Mohd Said.
Norillah berkata, Muslimat perlu istiqamah dalam gerak kerjanya, walaupun pelbagai situasi politik yang sedang melanda tanah air pada masa ini.
“membawa artis tersohor dan yang sudah bergelar ‘Datuk’ diharap dapat membuka ruang yang luas untuk kita mendekati semua golongan, bukan hanya kepada ahli dan penyokong PAS sahaja,
“(bahkan) terutama yang masih takut-takut untuk bersama PAS,”ujarnya ketika ditemui di kediamannya, selepas mengadakan sesi perbincangan bersama Muslimat Kuala Terengganu.
Di tanya tentang situasi terkini yang hangat di perkatakan, beliau dengan tenang menjawab “muslimat perlu bertenang, buat kerja seperti biasa dan ikut arahan pemimpin”.

Ulasan