PAS Anjur Karnival Pertanian Pada 25 – 27 September 2014


KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Lajnah Asas Tani akan menganjurkan program Karnival Petani, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2014, pada 25 sehingga 27 September ini.
Pengarah Karnival Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program yang julung-julung kali ini akan berlangsung di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung Kuala Berang, Hulu Terengganu.


IMG-20140911-WA0044Beliau berkata, tujuan program ini adalah untuk menghimpunkan warga Terengganu yang terlibat dalam sektor pertanian.
“(ia) satu himpunan besar sebagai menghargai sumbangan besar mereka dalam membangunkan negara am nya dan negeri Terengganu khasnya,
“di samping mendekatkan diri mereka kepada PAS yang tidak pernah jemu utk membela dan memperjuang nasib mereka,”ujarnya.
Katanya, Karnival ini mengambarkan kesediaan PAS bersama masyarakat seluruhnya termasuk golongan petani sesuai dengan slogan ‘PAS For All’.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Asas Tani Negeri Terengganu memaklumkan, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan merasmikan karnival tersebut pada jam 3 petang Jumaat, 25 September.
“Sempena majlis perasmian itu, Presiden PAS akan dilancarkan laman web Lajnah Asas Tani negeri disamping pelancaran NGO celik tani serta Tabung Bantuan Tani,
“yang akan berperanan untuk membela nasib warga tani khususnya penanam padi yang dihantui dengan pelbagai masalah seperti harga padi yang rendah, baja subsidi yang kurang bermutu, dan lain lain,”
saharizukirnain (2)“manakala penubuhan Tabung Bantuan Tani adalah untuk membantu warga tani miskin dan kesusahan, apabila ditimpa musibah dan bencana serta membantu baik pulih kerosakan kecil ‘infrstruktur’ pertanian yang diabaikan oleh pihak berkuasa,”katanya.
Sempena program itu juga, kata beliau, satu anugerah ‘Usahawan Tani Mithali Terengganu’ akan disampaikan, selain anak-anak muda berpeluang bertemu mata dan beramah mesra bersama pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus.
Turut menceriakan Karnival selama tiga hari itu adalah Pertandingan Memancing, Forum Perdana, Santai Bersama Selebriti, Pertandingan Produk Pertanian, dan lain-lain lagi.
Beliau yang juga mantan Timbalan Exco Pertanian negeri Terengganu menjemput seluruh rakyatagar hadir beramai-ramai memeriahkan program ‘mega’ tersebut.

Ulasan