Remaja Dikhuatiri Lemas Belum Ditemui

KEMAMAN – Seorang remaja, Che Ku Fadzli, 14 tahun, dikhuatiri lemas dalam kejadian sekitar pukul 5.30 petang kelmarin, belum ditemui.
Beliau sebelum hilang dilaporkan bermain air di pesisir pantai Teluk Kalong, Kijal.
“Fadzli bermain penutup kotak ikan (fiber) di tepi pantai dan ombak kuat tarik fadzli. Abang Fadzli sempat tarik tangan Fadzli tapi terlepas kerana ombak kuat.



IMG-20140916-WA0122“Kedua-dua beradik lemas sebelum penduduk kampung sempat selamatkan abangnya dengan bot,” kata datuknya.
Manakala ayahnya memberitahu, abang Fadzli, 16 tahun, baru dikeluarkan Hospital Besar Kemaman tengah hari tadi dan sedang berehat di rumah.
Misi mencari mangsa lemas oleh anggota penyelamat Bomba dan JPAM diteruskan hari ini. Keluarga mangsa dan penduduk Kampung Teluk Kalong masih menunggu fadzli ditemui sehingga sekarang.
Turut meninjau tempat kejadian YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Abd. Hamid dan Adun Chukai, YB Haji Hanafiah Mat setiba daripada bertugas di N01 Pengkalan Kubor, Kelantan

Ulasan