16 September 2014

Sistem Tempat Letak Kereta Menyusahkan Pengguna


KUALA TERENGGANU – PAS perihatin terhadap masalah yangg dihadapi oleh rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal dikawasan majis bandaraya Kuala Terengganu.
“Kita memberi penekanan pada sistem letak kereta ( parking ) yang tidak sistematik dan menyusahkan pengguna jalanraya.
“Tambahan lagi keadaan pertumbuhan Bandar Kuala Terengganu yang sedang disusun atur dengan bangunan baru menyebabkan Bandar semakin sempit,”kata Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid bin Endut.


Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang soalan yang akan dikemukan beliau kepada sidang DUN yang akan datang.
“perkara itu amat menyulitkan pengguna terutama sewaktu ingin menghantar pengguna bas ekspres,”tambah beliaui.
Oleh itu, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam mengharapkan pihak dewan bandaraya mengkaji semula sistem parking di negeri tersebut.
Dalam perkembangan yang lain beliau berkata PAS mempunyai peluang untuk merampas kembali Dun Pengkalan Kubor dari Umno dan Barisan Nasional. Beliau menyatakan PAS Terengganu telah membuat persediaan sebaik mungkin dan menghantar jentera pakar untuk membantu memenangkan PAS di PRK Pengkalan Kubor.
“ Kita yakin kekuatan PAS di bawah pengarah Pilihanraya YB Arifin Deraman akan dapat merealisasikan cita-cita kita merampas kembali Dun Pengkalan kubor”, tegasnya.
Oleh itu dia menyeru semua ahli PAS memberi sokongan dari segi tenaga dan material dalam membantu memenangkan PAS.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...