KP PAS Terengganu Nasihat Nik Nazmi

IMG_20140909_091235KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) yakin dan percaya, apa yang dilakukan oleh Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menyelesaikan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, tidak lari dari ‘kepompong’ batasan agama.




Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Abdul Hadi pada Jumaat 5 September lalu bukanlah berbentuk peripadi dan menghina Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah.
IMG_20140909_091319Sebaliknya, menurut Ketua DPPNT Ustaz Kamaruzaman Abdullah, kenyataan tersebut adalah ekoran dari rangkaian beberapa isu dari perkara yang berlaku sebelum ini.
“yang pertama sekali ia kita kena faham bahawasanya kenyataan Tuan Guru Presiden itu sebenarnya bertapak pada asas Islam,
“saya melihat bahawa perkara ini sebenarnya berlaku hasil daripada jalinan dan juga perkara-perkara sebelum ini berlaku yang menyebabkan terpaksa Tuan Guru Presiden mengeluarkan kenyataan seperti itu,”ujarnya.
Oleh itu, kata beliau, tidak wajar mana-mana pihak menghukum dengan keikhlasan beliau menyatakan pendirian sebagai seorang ulamak.
Kamaruzzaman menegaskan, kenyataan Ustaz Abdul Hadi adalah berdasarkan situasi politik semasa negara ini dan tidak menacubuli maa-mana prinsip Pakatan Rakyat.
“Jadi (kalau) kita nak menghukumkan apa yang disebut oleh Tuan Guru Presiden itu dengan dengan ucapan yang dikeluarkan itu sahaja memang tidak bertanggungjawab kerana memang (beliau) seorang ulamak yang (ber) tarafnya antarabangsa,
“apa yang berlaku sebenarnya dengan tasawwur politik Malaysia ini yang diasaskan kata rakyat tiga paksi yang utama, yang pertama ialah agama Islam sebagai agama persekutuan, yang keduanya ialah menjamin hak orng melayu ataupun (dan) yang ketiga ialah mengakui Raja Berperlembagaan,”Jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Isnin 8 September di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
IMG_20140909_091235Justeru, Pemuda PAS Terengganu Negeri melihat bahawasanya kenyataan Presiden PAS tidak salah dan tidak mencabuli prinsip Pakatan Rakyat (PR).
Kamaruzzaman menambah, ia adalah satu penegasan yang perlu dibuat oleh Presiden PAS untuk memberi mesej kepada parti-parti dalam PR supaya berhati-hati dalam menerajui politik Negara ini.
Oleh yang demikian, beliau menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkannya sebagai ‘berkata sesuatu yang tidak sepatutnya’.
Beliau menasihatkan Nik Nazmi yang baru dilantik menjawat jawatan tertinggi pemuda Keadilan itu, agar lebih memberikan penumpuan menyusun para pemudanya.
Kamaruzzaman Abdullah“kami pihak Pemuda (PAS) Negeri (Terengganu) mengharapkan supaya Nik Nazmi yang baru sahaja dilantik menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan supaya jangan terlampau rakus dengan jawatan (dan) sewenang-wenangnya boleh mengatakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diperkatakan,
“nasihat saya ialah cuba bentukkan dulu, jaga dulu anak buah Angkatan Pemuda Keadilan Pusat, satukan dulu fikrah anak-anak muda ini supaya memahami prinsip asas PR,”ujar Kamaruzzaman.
Nik Nazmi sebagaimana dilaporkan akhbar semalam, telah meminta Presiden PAS agar menarik balik kenyataan beliau berhubung kelayakan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Sebaliknya, Wan Azizah sendiri melalui kenyataan beliau lewat petang semalam, tidak marah terhadap kenyataan Ustaz Abdul Hadi, walaupun mengakui ‘sedikit terguris’.
Bahkan Wan Azizah, mengucapkan terima kasih kepada teguran Presiden PAS itu dan bantuan yang diberikan oleh beliau kepada Wan Azizah dan keluarganya, sejak Anwar dipecat dan dipenjarakan oleh kerajaan Umno

Ulasan