KT Central ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat
- Penduduk Tuntut Janji Menteri Besar
KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam
Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.
Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan sebenarnya KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.
Beliau yang tidak mahu dikenali, melahirkan rasa sedih dan terkilan atas tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
”Kami, penduduk Kampung Pak Bang sangat terkilan kerana kampung kami terlibat dengan projek miniputrajaya yang akan menggunakan tanah seluruh penduduk,
”hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tanah baru untuk kediaman kami,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Menurutnya, projek Pembangunan Bukit Besar melibatkan kampungnya serta kampung sekitar yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pasar Besar Mydin dan Giant, di belakang Bukit Besar.
Beliau yang mewakili penduduk terbabit, turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri menangani urusan pengambilan tanah.
”Disebabkan pengambilan tersebut, kami tidak berpuas hati kerana tanah kami tidak boleh bertukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah pembangunan bagi tempoh yang lama,
”selain itu, tanah kami dinilai dengan harga RM6 sekaki iaitu (nilaian tanah pada) 20 tahun yang lalu,” tambahnya yang mempersoalkan, harga tersebut terlalu murah kerana Kuala Terengganu kini ‘berstatus’ sebuah bandaraya.

Katanya, dengan harga tanah yang begitu murah, beliau dan para penduduk terbabit tidak mampu untuk membeli tanah-tanah tapak rumah (tanah lot) lain di sekitar bandaraya ini.
Beliau menggesa supaya Ahmad Said selaku Menteri Besar dapat mengotakan janjinya sebagaimana yang telah dipersetujui dalam satu majlis dialog yang diadakan bersama dengan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
”Ahmad Said perlu ‘amanah’ dengan janji untuk menggantikan tanah-tanah kami sewaktu berdailog dengan penduduk kampung tahun lepas,
”pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa menjadi saksi, jangan hanya ‘omong kosong’ sahaja,”jelasnya.
Kini, katanya, penduduk bertambah bimbang kerana ada diantara mereka yang sudah terlibat dengan kerja-kerja pengambilan tanah berkenaan.
Namun begitu, beliau berkata, masih tidak ada ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan tindakan pihak berkuasa untuk memberi ganti tanah mereka yang akan di’rampas’.
Justeru, katanya, penduduk kampung sedia keluar ke ‘jalanraya’ untuk meluahkan perasaan dan berdemonstrasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.
”Kami berasa teraniaya, mana kata-kata”RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, jikalau tiada sebarang tindakan dibuat, kami akan membuat demonstrasi untuk menuntut hak kami!,”tegasnya

Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!
Pulau Duyong, KUALA TERENGGANU – Para penduduk di sini terutamanya golongan muda menggesa pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan perlu terhadap sebuah bangunan ‘indah’ yang kini terbiar.
Bangunan tersebut yang telah siap dibina pada tahun lalu, dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit, kini hanya menjadi tempat lepak ‘kambing-kambing’ yang berkeliaran di pulau itu.
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Muzafiq Affyulzaifuzan berkata Pengarah Piala Monsun, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh selaku bekas Exco berkaitan, perlu memberikan penjelasan.
”apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut ? dan mengapakah ia dibiarkan begitu sahaja ? Selepas dibina dengan begitu molek dan habis wang jutaan ringgit,
”Wan Hisham perlu jelaskan, selaku bekas Exco Infrastruktur dan Pengarah Piala Monsun,”katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, pada 5 Disember, 2007, Wan Hisham selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, mengeluarkan satu kenyataan yang berkaitan dengan bangunan terbabit.
Katanya, bangunan itu di katakan akan menjadi pusat ‘Akademi Pelayaran’ sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan.
Beliau yang juga penduduk tempatan merasa dukacita dan menganggap ia satu pembaziran yang nyata yang dilakukan oleh karajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Rakannya, Saado Mohd Nor, yang juga penduduk kampung tersebut, turut berkongsi pendapat yang sama.
Saado, seorang pekerja swasta berkata, ketika pembinaan tersebut dibuat, para penduduk kampung khususnya golongan nelayan mengalami pelbagai kesusahan.
”Asalnya,tapak bangunan itu, adalah jeti nelayan dan pengkalan kepada bot-bot serta penambang,
”mereka (nelayan) dihambat oleh pemaju, yang tidak membenarkan bot-bot ditambat dikawasan itu,”jelasnya.
Menurutnya, sehingga kini tidak ada jeti baru yang dibina oleh pihak kerajaan untuk kemudahan nelayan bagi menggantikan kawasan yang telah dibina bangunan tersebut.
Justeru itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan mendirikan bangunan itu hanyalah untuk menyusahkan penduduk Pulau Duyong, sekiranya tiada penjelasan yang diberikan.
Tinjauan Buletinonline berhubung ‘bangunan terbiar’ itu telah mendapati jawapan yang berbeza-beza diberikan oleh penduduk sekitar.
Ada diantara mereka yang memaklumkan, bangunan tersebut terbiar kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said enggan memberikan kelulusan dan menandatangani tuntutan perbelajaan oleh pihak pemaju.
”Ia ada kaitan dengan perbalahan antara kumpulan Menteri Besar sekarang, dengan bekas Menteri Besar,”kata seorang penduduk
Tidak Pernah Berlaku Sejak 40 Tahun Lalu
Chukai, KEMAMAN – Satu kejadian yang ‘agak aneh’, yang tidak pernah berlaku telah dialami oleh sebahagian besar penduduk di kampung Geliga, dekat sini sejak kelmarin.
Hujan lebat yang tidak berhenti-henti pada hari Jumaat lepas menyebabkan air bertakung dan meneggelamkan hampir keseluruhan kampung tersebut.
Seorang penduduk warga emas, Mat Min, 72, yang lebih dikenali sebagai Pok Mi berkata sejak beliau tinggal di situ belum pernah dilanda kejadian ‘banjir kilat’ seumpama itu.

”Sudah 40 tahun saya tinggal dikampung ini, tidak pernah air naik, tidak pernah banjir, baru ini lah terjadi begini,”katanya ketika di temui wartawan Buletinonline.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat, menyifatkan banjir yang melanda kampung terbabit adalah sesuatu yang ‘serius’ yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, sepanjang pengetahuan beliau, kampung Geliga adalah kawasan yang agak tinggi dan tidak mudah dinaiki air.
Beliau yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk berkata, kejadian itu berlaku mungkin kerana tanah di kawasan tersebut tidak lagi dapat menyerap air hujan.
”Selepas hujan pada gelombang pertama dan kedua musim tengkujuh, hujan sangat lebat baru-baru ini, tanah kawasan tersebut mungkin tidak menyerap air lagi, menyebabkan air bertakung,”jelasnya.
Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci tentang kejadian itu dan mengambil tindakan perlu supaya ia tidak berulang.
”Saya mencadangkan supaya dibina longkang bawah tanah, yang tertutup namun dapat menyerap air hujan, sekiranya turun berlebihan,
”kita (kerajaan PAS) pernah membuat longkang bawah tanah dihadapan sebuah pusat beli belah ditengah-tengah Bandar Chukai, untuk mengelakkan banjir, hasilnya, banjir kilat tidak berulang,”ujar beliau yang juga bekas Ahli majlis Perbandaran Kemaman.
Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan apa-apa cadangan kerajaan supaya para penduduk dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

.
Ulasan