Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.
Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.
ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.
Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.
Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.
Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.
Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.
Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.
Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.
Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.
Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.
Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.
Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.
Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?
Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??
KUALA TERENGGANU – Arahan Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dikesan sejak minggu lalu.
Sumber dalaman memberitahu Buletin Online, arahan tersebut memperincikan supaya Demonstrasi Anti ISA yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 1 Ogos semalam. Tidak dilihat ‘besar’.
Katanya kontingen polis negeri-negeri diarahkan supaya membuat sekatan-sekatan jalanraya dinegeri masing-masing bagi memastikan orang ramai yang ingin menyertai demonstrasi, tidak dibenarkan hadir.
Kata sumber itu, sekiranya Demonstrasi secara aman dibenarkan, pastinya demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan lebih 50,000 orang.
”Polis tidak akan bertindak tanpa arahan,”katanya menerangkan bagaimana tindakan melampau polis semalam adalah semuanya arahan dari Hishamuddin.
Demo Anti ISA - Tindakan Polis Yang paling Menjijikkan
Demonstrasi yang sepatutnya aman, bertukar menjadi kacau bilau dan huru hara, krana tindakan polis melepaskan pemedih mata dan menyembur air kimia.
Malah, komandan Polis Pencegah Rusuhan (FRU) yang bernama Zainy dengan jelas ketika memberi arahan kepada pasukannya dengan mengatakan “bersedia musuh dihadapan, bersedia….”katanya ketika dirakam berada di tengah-tengah persimpangan, berhadapan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dengan jelas dan lantang, seorang penjawat awam, penguatkuasa undang-undang yang bernama Zainy, yang duduk diatas trak FRU menganggap semua yang ada dihadapan mereka adalah musuh, umpama musuh Negara.(Gambar kanan - cota polis kena belakang seorang demonstran)
Umpama komunis, umpama penjenayah, umpama pengedar dadah, umpama pembunuh dan perogol bersiri. Sedangkan semua rakyat yang hadir adalah mereka yang membayar cukai, untuk digunakan oleh kerajaan membayar gaji Zainy dan kemudiannya, beliau menyuapkan rezeki tersebut kedalam mulut anak isterinya.
Antara rakaman penting yang dibuat oleh Buletin Online sepanjang demonstrasi semalam adalah saat-saat ketika Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat cuba ditangkap dengan kekasaran, Sivarasa Rasiah ditangkap tanpa sebarang sebab dan seorang tua berumur 61 tahun, yang mempunyai kesan jahitan didada, kesan pembedahan jantung, turut ditahan polis tanpa belah kasihan.
(Gambar - Zainy yang menuding kearah rakyat yang menjadi musuhnya)

KUALA TERENGGANU - Polis bertindak membabi buta, mengejar orang ramai umpama mengejar haiwan dan menangkap serta mengikat tangan sesiapa sahaja yang mereka mahu tangkap, tanpa sebarang alasan
Tangkapan mula dibuat seawal jam 10.00 pagi. Sesiapa sahaja yang dilihat samada memakai baju T berlogokan anti ISA atau yang berlambang parti atau sesiapa sahaja yang mereka mahu tangkap.
Seorang rakan media memberitahu, tiga orang pemuda telah ditahan sekitar jam 12.00 tengahari berhampiran stesyen LRT Masjid Jame’, tidak ada apa-apa kesalahan, namun kemudiannya polis meminta mereka memegang baju T berlogo anti ISA yang mereka rampas, dan ambar ketiga-tiga pemuda itu diambil.
(Gambar - Polis merempuh demonstrasi aman)

Ulasan