KUALA TERENGGANU - Pembaikian yang dilakukakn ke atas Bazar Warisan tidak berkesudahan, semenjak sejurus ia siap dibina dan dibuka pada Julai 2008 sehingga kini, bangunan 'Gajah Putih' itu telah beberapa kali diperbaiki.
Kerajaan negeri dilaporkan, telah membaik pulih dan menambah beberapa infrastruktur sedia ada di Bazar Warisan bertujuan memenuhi kehendak peniaga yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan itu.
Selain meningkatkan kemudahan untuk para peniaga, pembaikian dibuat keatas bangunan yang bernilai RM18.4 juta itu kerana telah berlaku kerosakan infrastruktur, seperti atap bocor, tangga dan penghadang kaki lima rosak.
Muka hadapan dan akses untuk masuk ke Bazar tersebut telah beberapa kali dirombak.
Tinjauan Buletinonline baru-baru ini mendapati, yang terbaru kelihatan, tangga di bahagian pintu masuk utama telah dipecahkan dan kelihatan diperbaiki.
Selain itu kerja-kerja pengindahan persekitaran juga telah dilakukan secara berperingkat bertujuan menaikkan kembali imej bazar itu di mata pelancong.
Ramai pelancong yang mengakui, Bazaar Warisan, yang dibina pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idiris Jusoh, sememangnya bangunan yang cukup cantik dan tersergam indah.
Namun, ia tidak membawa makna yang besar dari sudut perniagaan dan komersil.
Entah apa malang nasibnya, sehingga kini, sudah dua tahun ia dibuka kepada orang ramai, tetapi pelancong dan pelanggan tempatan serta luar negara 'masih segan' untuk singgah masuk membeli belah ke bangunan itu.
Ia berbeza dengan pasar besar Kedai Payang.
Walaupun laluan kaki lima agak sempit dan sesetengah bahagian jualan agak sesak, namun ia tetep menjadi pilihan untuk dikunjungi.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said pada Februari lalu berkata segelintir peniaga di bazar itu merungut gerai jualan mereka merosot kerana tiada sambutan pelanggan.
Oleh yang demikian beliau berkata Bazar Warisan yang akan dibaikpulih bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul.
“Selain itu, mereka yang dipindahkan dari Pasar Besar Kedai Payang juga tidak selesa berniaga kerana beberapa infrastuktur, termasuk penghadang kaki lima rosak dan bumbung kedai bocor.
“Kerajaan negeri mengakui perkara itu berlaku di bazar yang mula dibuka awal tahun lalu. Semua aduan peniaga dipandang serius dan kita akan mengatasinya secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di bazaar tersebut 2 Februari lalu.
Namun demikian, penjelasan kerajaan negeri berkaitan Bazaar Warisan agak pelik dan luar biasa.
Pada Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Yang Kedua Belas (Sidang DUN) 8 dan 9 Ogos lalu, satu soalan bertulis dikemukakan oleh ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.
Wan Hassan meminta kerajaan negeri menyenaraikan kerja-kerja pembaikian yang telah dilakukan keatas Bazaar Warisan dan jumlah kos setiap pembaikian tersebut.
Jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah seperti lampiran yang dipaparkan!
Catatan Setahun Lalu:
Setahun berlalu, Bazar Warisan Terus Sepi dan Menyedihkan

Ulasan