09 Januari 2011

Kerajaan Terengganu Gagal Makmurkan Masjid

CHUKAI - Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya mengambil upah untuk membina masjid-masjid yang banyak, namun gagal samasekali untuk memakmurkan masjid-masjid tersebut.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, sebelum ini, telah didedahkan oleh pihak media, berlaku di banyak masjid, lebih banyak tiang dari jamaah, ketika menunaikan solat setiap waktu.

Selain itu, kata beliau, masjid kin, bukan tempat yang aman lagi, bahkan menjadi kawasan panas melakukan maksiat dan ramai yang tidak segan silu sehingga menjadikan kawasan masjid tempat persembuyian aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Masjid tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai untuk menunaikan ibadat, tetapi masjid 'seolah-olah'nya tepat berlindung perbuatan maksiat dan dadah,"ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, kegagalan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) sebagai badan yang bertanggungjawab memakmurkan seluruh masjid dan surau, adalah satu 'indikator' menunjukkan kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri sendiri.

Katanya, apa yang berlaku kepada sebuah masjid dalam daerah Kemaman sebagaimana didedahkan media baru-baru ini, amat memalukan rakyat Terengganu, seolah-olah tidak ada pihak yang bertanggungjawab keatas perjalanan masjid.

"Sampai 3, 4 tahun, pihak masjid hantar permohonan kepada JHEAT, minta dilantik pegawai tambahan, sejak tahun 2008 sehingga sekarang tidak dilantik, mengapa?,"soal Haji Hanafiah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD), PAS Chukai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan sebuah media tempatan, bahawa ketiadaan 'bilal' bagi sebuah masjid dalam daerah Kemaman menyebabkan urusan umat Islam untuk menunaikan ibadah tidak berjalan lancar.

Lebih malang lagi, beliau berkata, sepatutnya pihak JHEAT mengambil 'teguran' tersebut sebagai suatu 'nasihat yang baik' dan pengajaran untuk meningkatkan perkhidmatan.

Namun sebaliknya, kata Hanafiah, Iman dan bilal masjid berkenaan pula dipanggil 'menghadap' ke pejabat Kadhi daerah dan mereka dipersalahkan kerana berita 'benar' yang tersiar.

"Ia jelas menunjukkan kegagalan Pesuruhjaya JHEAT dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri dalam melaksanakan amanahnya,"tambah Hanafiah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/masjidjamektiadabilal.gif

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...