Penduduk Kampung Pulau Redang Kesal, Exco dan Adun BN Tidak Singgah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/P%20redang.jpgSETIU - Penduduk Kampung Baru Pulau Redang dekat sini merasa terkilan kerana dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak singgah dan melawat kampung walaupun sekejap, setelah hadir pada satu program di Taman Laut Pulau Redang Khamis lalu.

Wakil penduduk, Abdul Rahman Ali, 60, berkata, selaku Exco Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Terengganu yang baru, Datuk Mohd Jidin Shafie datang menjenguk kehidupan penduduk kampung sebaik selesai menghadiri program di Taman Laut.

Katanya, Adun Batu Rakit yang baru juga, Cikgu Bazlan Abd Rahman, boleh mengambil masa sekejap untuk minum teh bersama penduduk kampung, sebaliknya 'hilang' sebaik program yang dianjurkan leh Jabatan Pelancongan selesai.

"saya kesal, sepatutnya Datuk Mad Jidin marilah tengok kita.......selepas jadi (dilantik) Exco Pelancongan (sepatutnya) ambil peluang temu mata sekejap, tengok kita di kamung sini, begitu juga Adun Batu Rakit......... Cikgu Bazlan,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/P%20redang1.jpg"apa salahnya singgah sekejap........kalau tak ada masa nak naik ke kampung.......minum teh di kedai dekat jeti pun tak ada dah,"ujarnya ketika ditemui.

Sehubungan itu, seorang pengusaha bot pelancong, Yen Mohammad, 45, berharap Datuk Mohd Jidin dapat menyelesaikan beberapa isu berkait dengan Pulau Redang yang menjadi destinasi pelancong dunia.

Katanya, tidak ada kemudahan yang sesuai di kawasan berhampiran jeti Pulau Redang sebagai pintu masuk pelancong utama seperti kemudahan pusat penerangan dan pusat perniagaan barangan cenderahati.

"kebersihan tidak terjaga...........tandas pun tak ada, tak ada wajah sebagai pintu masuk utama pelancong dunia dekat jeti Pulau Redang, papan tanda yang dikatakan habis ratusan ribu ringgit pun tak siap-siap,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/P%20redang2.jpg"jadi, kita harap Exco Pelancongan baru Datuk Mad Jidin dapat memberikan fokus kepada Pulau Redang,"ujarnya.

Selain itu, beberapa buah lot kedai di kapung Pulau Redang milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu masih belum dibuka walau pun telah siap hampir dua taun yang lalu.

Beliau berkata, ia menjadi suatu pembaziran yang nyata selain menjadi 'serabut' mata memandang kerana di penuhi 'najis' kambing yang menjadikan premis tersebut sebagai 'kandang'.

"saya dengar lot kedai itu dah dibahagi kepada beberapa indvidu, tapi sampai sekarang tidak beroperasi, saya cadang supaya diberikan kepada orang lain sekiranya individu yang mendapatnya gagal untuk menjalankan operasi,"tegasnya.

Ulasan