Ribuan menghantar pulang murabbi ummah

KUALA TERENGGANU – Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik, Manir dekat sini bermula seawal jam 7 pagi untuk menghantar pulang ‘sang murabbi’ al-Marhum Tuan Guru Datuk Harun Taib pulang menemui penciptanya Allah SWT.

ustaz harun meninggal2[Gambar atas - Kedua-dua anak lelaki al-Marhum Ustaz Harun, Hamdi (kiri) dan hilmi (kanan) mengusung jenazah ayahandanya menuju tanah perkuburan]
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.10 tengah malam Sabtu 25 Januari setelah dimasukkan ke hospital Sultanah Nurzahirah, sehari sebelumnya.


ustaz harun meninggal3Antara pemimpin yang hadir mendirikan solat jenazah yang diimamkan ole Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ahli Jawayankuasa Kerja PAS YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Datuk Husin Awang serta lain-lain pimpinan peringkat negeri dan nasional.

ustaz harun meninggal4Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub yang tiba sejurus selepas jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir serta rombongannya, hadir bersama tokoh Maal Hijrah Terengganu Ustaz Zulkifli al-Bakri dan pulang lebih awal sebaik ketibaan Presiden PAS sebelum solat jenazah.

Ulasan