KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu memberi
sokongan penuh kepada kerajaan Brunei dalam melaksanakaan undang-undang
Islam bermula pada April depan.
Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, komitmen dan kesungguhan Negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan hukum Allah itu adalah alterative terbaik bagi menyelesaikan masalah sosial yang melanda dunia masakini.
“Yang pertama, kita memberi sokongan penuh kepada kerajaan Brunei. Terdapat komitmen dan kesungguhan dan perbincangan kita kesediaan pihak kerajaan Brunei untuk melaksanakannya dan sudah mewartakannya tinggal lagi saat perlaksanaan yang diberi kepada tiga fasa ini iaitu selepas 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan.
“Dan kita merasakan itu tempoh yang sesuai dan kita harap apa yang dilakukan oleh kerajaan Brunei ini sebagai satu komitmen, bukan hanya tanggungjawab kepada Allah tapi sebagai alternatif terbaik terhadap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini,”ujarnya
Menurutnya, tinjauan yang dibuat selepas mengadakan lawatan ke Negara itu, Brunei akan menjadi lebih aman selepas perlaksanaan undang-undang tersebut.
Beliau berkata, kadar jenayah Brunei menunjukkan penurunan mendadak selepas pewartaan kanuan jenayah syariah itu.
“permasalahan sosial di Brunei masih lagi di tahap rendah dan mengikut respon dari masyarakat, mereka menjangkakan bahawa Brunei akan menjadi lebih aman dan kadar jenayah yang kita dapat selepas pewartaan sudah semakin menurun,”jelasnya.
Beliau berkata demikian sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud sekembalinya beliau bersama rombongan seamai 22 orang dari lawatan ke Brunei.sejak 23 Februari lalu.
Seramai sepuluh orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Parlimen PAS dari negeri Terengganu mengadakan lawatan bagi meninjau persiapan Negara Brunei melaksanakan hokum Hudud dan Qisas bermula Ahad 23hb hingga Khamis 26 Februari.
Hasil tinjauan tersebut juga mendapati, rakyat Brunei kesuluruhannya mereka amat berbangga dan menanti-nantikan perlaksanaan undang-undang tersebut sudah sekian lama.
Menurutnya, beliau dimaklumkan, hasrat Sultan Brunei mahukan negaranya melaksanakan undang-undang Islam itu bermula sejak tahun 1996.
Oleh itu beliau berharap, langkah kerajaan Brunei itu akan menjadi meomentum mengembalikan kedaulatan Islam di Rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia.
“Yang kedua, kita mengharapkan ianya sebagai satu momentum kepada perlaksanaan syariah di Asia Tenggara ini, untuk kembali semula kepada apa yang membebaskan kita daripada era penjajahan.
“Sebab sedia maklum rantau Asia Tenggara ini sudah melaksanaan syariah Islam sejak dari peringkat awal dahulu di bawah kerajaan Islam termasuk di Melaka dan sebagainya sehinggalah ke era penjajahan,
“Hari ini kita sudah merdeka lebih daripada separuh abad, sudah sewajarnya kita kembali semula kepada akar umbi kekuatan umat Islam itu,”tegas beliau.
Beliau yang juga ADUN Paka berkata, kerajaan negeri Terengganu sepatutnya Terengganu juga melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang sudah mewartakan pada tahun 2002.
“Sepatutnya, Terengganu juga perlu berusaha untuk melaksanakannya apatah lagi kita sudah mewartakan pada tahun 2002 dan kita sudah mendapat sokongan penuh,
“dan ianya berkait dengan kerajaan negeri Terengganu yang melibatkan undang undang syariah…….sepatutnya tiada alasan lagi untuk Terengganu,
“Apatah lagi dari segi sumber dan kewangan Terengganu sendiri daripada hasil minyak yang lebih kurang macam Brunei, kita rasa sepatutnya lebih mendahului,”ujar beliau.
Justeru beliau mendesak kerajaan supaya membebaskan rakyat dari dosa akibat memenjarakan hukum syariah yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan.
“kita (PAS) mendesak pihak kerajaan beri (tunjuk) kesungguhan, menggunakan bajet khas dan membuat latihan ke arah pelaksanaan dan membuat persediaan yang terbaik ke arah melaksanakan hukum syariah.
“Kita tidak mahu hukum syariah itu terpenjara di dalam bilik kebal dan hanya dalam catatan pewartaan tetapi tidak dilaksanakan. Ini merupakan satu dosa yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN,”tegasnya.

Ulasan