Tanah Banggol Donas; Biarlah Kerajaan Rugi Sedikit, Asal Rakyat Selesa dan Untung


20140805_114822 (1024x576)KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu menggesa pihak kerajaan agar mengkaji semula Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Ke Kampung Tok Kong ke Bukit Guntong serta mengalih jajaran yang melibatkan rumah penduduk di Kampung Banggol Donas.
Timbalan Pesuruhjaya ( I ) YB Dr Alias Razak berkata ia sesuai dengan kenyataan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman yang mahu membangunkan negeri Terengganu dengan ‘transformasi baru’ dan hanya meneruskan projek yang memberi manfaat kepada rakyat.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menegaskan, jajaran terbabit yang melibatkan perobohan rumah penduduk serta ‘penghapusan’ kampung tradisi Banggol Donas bukan sahaja tidak memberi manfaat, bahkan menyusahkan kehidupan rakyat.
20140805_114307 (1024x576)“saya menyeru kerajaan khususnya Menteri Besar yang bersungguh dengan kenyataan mahu meneruskan projek yang hanya memberi manfaat kepada rakyat dan mahu melaksanakan ‘transformasi’ kepada negeri ini,
“dan mahu menubuhkan Majlis Perundingan Rakyat agar mengkaji semula projek jalan (yang melibatkan) Kampung Banggol Donas,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian ketika mengulas surat arahan Pejabat Tanah Kuala Terengganu bertarikh 2 Julai lalu, yang mengarahkan agar penduduk Kampung Banggol Donas mengosongkan tanah dan rumah mereka pada semalam, Selasa 5 Ogos.
Dr Alias selaku Pengerusi Lujnah Tanah PAS Terengganu menyifatkan, surat tersebut adalah satu bentuk ugutan kepada rakyat apabila pihak berkuasa pejabat tanah menyatakan akan mengambil tindakan penguatkuasaan pada bila-bila masa, sekiranya penduduk terbabit enggan berpindah.
20140805_115306 (3)Sedangkan kata beliau, kes tersebut dalam proses perbicaraan di mahkamah dan masih belum selesai secara muktamad.
“saya dimaklumkan kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan, telah ditetapkan akan bicara pada 27 Ogos akan dating,
“jadi ia belum selesai………tidak wajarlah pihak Pejabat Tanah hantar surat arahan supaya penduduk terbabit supaya keluar, sedangkan tanah itu masih menjadi milik mereka,”jelasnya.
Beliau kesal kerana kes yang membaitkan penduduk kampong dan rakyat negeri Terengganu itu tidak dapat diselesaikan secara baik oleh pihak kerajaan dan terpaksa diheret begitu lama dan memakan kos dan masa yang banyak.
Katanya, penduduk terbabit sejak tahun 2008 lagi telah mengemukakan cadangan supaya pembinaan jalan itu dibuat melalui jajaran lain yang tidak melibatkan rumah dan tanah penduduk.
Oleh itu, beliau berharap, dengan pelantikan Menteri Besar yang baru, jajaran sebagaimana dicadangkan penduduk diambil kira semula.
“tidak ada ruginya kerana bahagian tersebut belum dibina, tidak rugi ubah jajaran, lencongkan ke kawasan kosong di sebelah masjid,
“ia memang menjadi polisi pembangunan sesebuah jalan baru yang mahu dibina supaya tidak kena atas rumah dan tanah rakyat,
“dan tak rugi pun kalau Meneteri Besar baru lencongkan jalan, biarlah kerajaan ‘rugi sedikit’ tetapi memberi keselesaan dan keuntungan kepada rakyat,”katanya.

Ulasan