PAS Berubah Atau Kamu Yang Berubah?"

Oleh : Syakira & Hayati (Team KAMI Besut)

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, tiba di tapak HARAP-PGU 3.5, malam tadi untuk slot syarahan perdana bersama dua lagi pimpinan, iaitu Ustaz Nasharuddin Daud dan Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor.

Beliau memulakan syarahan dengan membaca ayat Allah dalam surah al-Ahzab 66-69 yang menjelaskan azab orang yang 'sesat' di akhirat.

Ustaz Dusuki  juga mengingatkan, benda yang kita sering tertinggal untuk sebut, iaitu tentang mati. "Ramai dalam kalangan kita mati dalam kesesatan". Ulamak menjelaskan maksud kesesatan itu buka hanya mengikut ajaran sesat. Tapi ulamak-ulamak berbincang maksud kesesatan itu adalah yang silap pegang dalam pegangan. Mati dalam keadaan tidak yakin dengan Islam.

Beliau yang tiba lewat sikit berikutan penerbangan yang terpaksa dilewatkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Beliau juga menjelaskan, "Dua nikmat besar yang Allah kurniakan kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang Allah tak bagi kepada orang lain. Kita jadi mulia apabila kita ikut apa yang Allah suruh.

"Islam itu adil dan cantik. Berilah peluang kepada Islam memerintah. Biar semua orang nampak keindahan Islam, maka akan ramai yang masuk ke dalam Islam,

"Kita tak takut PRU14, Allah kan tolong sesiapa yang tolong agama Nya. Empat negeri yang kita sasarkan pada PRU14, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Selangor," kata Ustaz Dusuki.

Ustaz membawa satu kisah si mana seorang berbangsa Dayak yang datang ke Himpunan RUU yang lepas.

Beliau menitiskan air mata apabila melihat sayangnya orang Islam kepada Islam dengan tidak berganjak walau selangkah apabila hujan lewat menimpa sewaktu orang Islam sedang solat di tapak himpunan.

Akhir sekali, sekali lagi ustaz menegaskan dengan penuh yakin, "Allah akan tolong sesiapa yang tolong agama Allah".

Ustaz Dusuki menjawab persoalan yang ramai menyatakan PAS sudah berubah sejak kematian Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz dengan berani menyatakan, "PAS berubah atau kamu yang berubah?" Memang mereka sudah buat 'onar' sewaktu tuan guru masih ada dengan penubuhan Pasma.

Ustaz juga menyatakan bahawa pemikiran politik suku, agama suku telah ditanam kukuh oleh penjajah dan pemikiran orang Islam setelah kejatuhan khilafah uthmaniyyah. Menjadikan ada lagi masyarakat sekarang berfikiran politik dan Islam adalah benda terasing dalam hidup.

Ulasan