Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN - Agenda jahat Pakatan Harapan (PH) terserlah apabila cuba mengalih tumpuan rakyat terhadap usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tindakan dilakukan pembangkang itu, amat tidak wajar di waktu rakyat sangat terkesan pada ketika ini.
“Saya telah buat arahan agar tidak bertindak balas dengan usaha terbaharu menaikkan bendera hitam pula setelah bendera putih telah mereka ‘hijack’.
“Apa yang penting adalah mempopularkan dan menghebahkan kepada rakyat tentang usaha dibuat oleh kerajaan kita ini melalui PEMULIH agar nasib rakyat terbela,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Liqa’Fikri PAS Kawasan Dungun, yang diadakan secara atas talian, pada Sabtu 3 Julai.
Jelasnya, PAS mengambil pendekatan membuktikan kepada rakyat melalui gerak kerja bukan semata-mata berpolitik.
“Dengan setiap penyelesaian masalah rakyat, segala fitnah telah dapat dijawab dalam keadaan rakyat sangat marah kepada ahli politik.
“Kerana rakyat hari ini hendak tengok apabila mereka bangun pagi telah ada makanan, dalam teori Maslow perkara paling penting ditekankan adalah keperluan makanan (fisiologi) dipenuhi terlebih dahulu sebelum membicarakan perkara yang lain,”katanya.
Terdahulu, melalui PEMULIH kerajaan PN telah memperuntukkan RM 300,000 kepada setiap ahli parlimen termasuk pembangkang.
Bagi menyediakan bakul makanan untuk membantu rakyat dalam kesusahan ekoran pandemic Covid-19.
Ulasan