PAS Syukur Kerajaan Lupus Hutang Peneroka


KUALA TERENGGANU - PAS beryukur apabila kerajaan besetuju untuk menghapuskan sebahagian hutang peneroka, yang diperjuangkan parti itu sekian lama. 

Setiausaha PAS Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, seramai 112,638 keluarga peneroka sangat gembira dengan persetujuan kerajaan PN. 

"Sebelum ini mereka terpaksa membayar hutang yang banyak setiap bulan, pinjaman tanam semula, tunggakan pinjaman baja, hutang FGV dan pembangunan ladang.

"mewakili mereka, saya berharap kerajaan dapat melaksana segera inisiatif pelarasan pinjaman bersyarat yang telah dipersetujui ini," ujarnya ketika dihubungi.

Ekoran keputusan itu, kata beliau,  peneroka boleh menarik nafas lega kerana 80 peratus hutang akan dihapuskira. 

"Selepas ini mereka dapat hidup lebih selesa tanpa bebanan hutang yang tidak berkesudahan sebelum ini, yang mereka terpaksa tanggung setiap bulan." jelasnya.

Oleh itu, kata beliau, para peneroka boleh merancang kewangan mereka dengan lebih berhemah demi masa depan mereka dan generasi Felda.

"Terima kasih kepada kerajaan PN yang prihatin kepada nasib masa depan peneroka," tambah beliau.

Sementara itu, seorang peserta Felda Tenang Besut, Faridah bt Yaakob, 58,  turut menyatakan syukur dan memuji langkah kerajaan itu.

"Sudah 31 tahun saya jadi peneroka, saya dimaklumkan ada hutang, tapi tak tahu jumlahnya berapa,

"saya bimbang, kalau saya meninggal, siapa akan tanggung beban. Alhamdulillah, sekarang sangat lega," katanya.

Manakala Abdul Rahman Bin Rani, 67, dari Felda yang sama, menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan PN gagal.

" Sejak masuk Felda 36 tahun lalu, tak pernah kerajaan sebelum ini menyelesaikan masalah besar hutang peneroka,

"apa lagi yang tak molekny kerajaan PN ini? Harga kelapa sawit pun dah naik, masalah.Covid pun dia cakna, beri bantuan dan lain-lain," tegasnya.

Ulasan