Teguh Bersama Menyatukan Ummah


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kemerdekaan 

Pertama, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan nikmat dan peluang untuk kita semua kembali pada keadaan yang lebih baik setelah lebih dua (2) tahun kita semua diuji dengan wabak covid-19. Jika di imbas kembali, tempoh ini antara waktu yang mencabar buat rakyat dan juga kerajaan. Namun hasil kerjasama dan penyatuan rakyat dan kerajaan, ujian ini berjaya diharungi bersama.

Setelah beberapa insentif dari kerajaan, kita dapat perhatikan rata-rata rakyat telah mula bekerja seperti biasa, ekonomi juga kembali rancak dan pelabur pun telah mula masuk. 

Terengganu antara negeri yang pertumbuhan ekonominya berkembang positif setelah perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat, sebagaimana yang kerajaan negeri sasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2.0 hingga 2.2 peratus pada tahun lepas, 2021 dan 3.0 hingga 3.4 peratus pada tahun ini, 2022.  

Kejayaan mentadbir negeri dengan baik bukan sahaja terletak pada bahu orang politik yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lalu. Tapi kejayaan ini ia adalah hasil yang dinatijahkan setelah seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan parti politik diberi ruang untuk bekerjasama dengan kerajaan harini dalam memacu pembangunan sosioekonomi negeri.

Sejarah telah membuktikan, setelah penjajah tiba ke negara kita mereka berusaha memisahkan rakyat dengan kerajaan sediaada dan kita juga dipecahkan dengan dasar pecah dan perintah. Ulama seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan pejuang tanah air Mat Kilau yang melawan sistem penjajah dilabel pemberontak dan ada juga yang lain ditangkap dan dihukum. 

Usaha ini tidak lain melainkan untuk melihat perpecahan dan perbalahan sesama rakyat dan yang untung ialah penjajah dan mereka yang mempunyai agenda peribadi. Kesannya, sehingga hari ini usaha menyatukan ummah penuh dengan cabaran dan halangan.

18 daripada 20 manifesto PRU14 PAS Terengganu telah berjaya dilaksanakan dan baki dua (2) manifesto dijangka selesai sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Jika ditanya fomulanya pastilah Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) menjadi panduan sehingga semua rakyat tanpa mengira parti politik ialah rakyat kita. 

Adun dari BN juga diberikan peruntukan dan bukan pada pemerintahan ini sahaja tapi sejak pemerintahan PAS tahun 1999 kita amalkan budaya politik matang ini.

Akhir kata, ayuhlah kita teguh bersama menyatukan ummah sebagai tanda terima kasih kepada para pejuang terdahulu. Mereka yang telah pergi, tapi ingin melihat agama dan negara selamat dari sistem penjajah. Jika ditakdirkan pilihanraya pada tahun ini, PAS dan rakyat sedia teguh pertahan kerajaan yang ada. Jika sebaliknya, kita akan tetap sedia teguh pertahan kerajaan ini agar kekal di bawah pimpinan PAS. 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 65

ISLAM MENYATUKAN UMMAH


31 Ogos 2022

03 Safar 1444H

Yang benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain bin  Awang

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Ahli Dewan Negara


 #PASTerengganu #TeguhPertahan #TerengganuMajuBerkatSejahtera #IslamMenyatukanUmmah

Ulasan