Pilihlah Yang Bersih Untuk Kestabilan Malaysia

 

Krisis yang berlarutan perlu segera ditamatkan. Kesempatan inilah sewajarnya digunakan untuk menentukan kerajaan yang benar-benar mampu membawa Malaysia ke arah kestabilan selepas sesi penggal yang lalu Malaysia terpaksa melalui proses krisis kepimpinan dan ketidakstabilan kerajaan.

Tiga Perdana Menteri dalam tempoh penggal ke-14 adalah cukup mengambarkan keadaan politik negara waktu itu. Kini rakyat Malaysia yang layak memilih telah melaksanakan kewajipan mereka memilih parti dan pemimpin. 

Namum seperti diramalkan banyak pihak, kesukaran gabungan parti-parti yang bertanding mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan benar-benar berlaku.

Sehingga ke hari ini hari ke-5 selepas pengundian, parti-parti yang bertanding masih gagal membentuk kerjasama diantara mereka untuk menjadi kumpulan terbanyak bagi membentuk kerajaan. 

Lebih malang lagi, berlaku penimpuan yang serius, pengakuan yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi melalui surat yang tujukan kepada Yang Di-Pertuan Agung dan dibawa oleh Anwar Ibrahim untuk dipersembahkan kepada YDPA dipertikaikan oleh kompenan Barisan Nasional yang lain. 

Lebih malang MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah mereka mengusulkan 'Undi tidak percaya' terhadap Zahid berkaitan dengan penafian surat ini oleh Zahid, namum selepas bukti dikemukakan, Zahid terpaksa mengaku kesahihan surat itu dan benar bercanggah dengan keputusan Barisan Nasional yang telah dibuat untuk tidak menyokong mana-mana pihak samada PN atau PH.

Umum telah mengetahui keadaan Zahid yang terpalit dengan pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya. Rakyat juga tahu situasi yang dihadapi Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri yang disokong Zahid, jadi kedua-dua pemimpin ini wajar rehatkan dari arus politik negara.

Kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional kali ini adalah mesej jelas dari rakyat yang tidak mahukan kemelut pemimpin yang kotor dan mengugat kestabilan negara ditolak dari mengetuai kerajaan.

Namum apabila PH dan PN gagal mendapat majoriti mudah, ianya telah membawa kepada krisis pembentukan kerajaan. Pihak Istana Negara telah memgambil jalan berhati-hati dan berhermah dalam membuat keputusan getir memilih pembentukan kerajaan, berdasarkan perlembagaan dan kuasa yang ada pada YDPA. Raja-Raja Melayu juga diminta membuat keputusan bersama.

Semoga iannya akan menghasilkan satu keputusan yang boleh membawa pembentukan kerajaan yang benar-benar bersih dan stabil demi kelangsungan kemajuan kemakmuran Malaysia yang kita kasihi. Rakyat menanti dengan tenang dan sabar. Insha Allah.

Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi Kelab Aktivis Media Inspirasi
24hb November 2022

Ulasan