Monsoon Cup tidak beri manfaat malah menyusahkan – Pengerusi PERKEDUY
Ditulis oleh WanKay
Saturday, 01 December 2007
Pulau Duyong, 30 Nov - Pengerusi PERKEDUY, Encik Muzafiq mendedahkan, pelbagai pembangunan yang dilakukan di Pulau Duyong tidak mendapat persetujuan penduduk dan tuan tanah yang terlibat bahkan pembangunan dibuat diibaratkan ‘merampas tanah’ rakyat, mengikut ‘sesuka hati’ mereka. “Sudah empat projek besar yang dilaksanakan, yang pertama Chalet dan Kelab Teluk Warisan, yang kedua rumah ‘apartment’, yang ketiga jalan baru dan keempat kompleks perniagaan. Semuanya penduduk kampung tak tahu” tegas Encik Muzafiq.
“Mereka langgar masuk dan buat dulu projek, sehingga kini kami di kelilingi oleh ‘tembok pembangunan’ yang melingkungi kampung ini. Pergerakan kami kini menjadi terhad, macam penduduk Palestin” sambung Encik Muzafiq.
Encik Muzafiq menjelaskan lagi, projek pembangunan kompleks perniagaan di sebelah kanan kampung dan pembinaan jalan disebelah kiri pulau telah meyebabkan kesusahan kepada para nelayan untuk ‘menambat’ bot mereka. Laluan bot-bot ke laut juga menjadi sempit dan cetek.
“’Monsoon Cup’ pun tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Pulau, malah menyusahkan penduduk. Orang luar menganggap penduduk Pulau telah senang tetapi sebaliknya” tambah Encik Muzafiq.
Semua ‘sub-contract’ dan pekerja bagi projek-projek yang telah dan sedang berjalan di Pulau Duyong adalah orang luar. Peniaga yang menjalankan perniagaan digerai-gerai ‘Monsoon Cup’ juga adalah dari luar. Penduduk Pulau tidak mampu membayar sewa gerai RM 600 selama lima hari. Kedai-kedai kecil atau warung yang dibuat diatas tanah kerajaan oleh penduduk Pulau diberikan notis supaya dirombak. Peluang pekerjaan dari pembangunan Pulau Duyong juga diberikan kepada orang luar.
“Hanya seorang sahaja penduduk Pulau yang bekerja di Kelab Teluk Warisan, dan 3 orang yang bekerja menjadi ‘jaga’.” menurut Encik Muzafiq lagi.
Penduduk Pulau Duyong kini didalam dilemma. Mereka tidak tahu apakah nasib dan masa depan mereka. Semua tanah-tanah walaupun milik sendiri kini telah dibekukan dari apa-apa urusan samada untuk menukar syarat atau memindah milik. Ini membimbangkan mereka dan menjadi igauan ngeri didalam pemikiran mereka. Mungkinkah pembekuan urusan tanah adalah satu isyarat bahawa mereka akan ‘dihambat’ keluar dari Pulau Duyong !
Saya dizalimi kerana perjuangkan penduduk Pulau – Bekas Timb Pengerusi UMNO
Ditulis oleh SM Noor
Saturday, 01 December 2007
Pulau Duyong, 30 Nov – Walaupun beliau dan rakan-rakanya masih ahli UMNO yang setia, namun oleh kerana tindakan mereka bangun memperjuangkan nasib penduduk Pulau Duyong menyebabkan mereka ditindas dan dizalimi
elbagai kesusahan yang sengaja dibuat oleh pihak wakil rakyat DUN Bukit Tunggal, Kerajaan Negeri dan UMNO sendiri keatas mereka, namun semua itu dianggap sebagai dugaan yang akan terus menguatkan tekad dan azam mereka untuk meneruskan perjuangan.
Bekas Timbalan Pengerusi Cawangan UMNO di Kampung Pulau Duyong Kecil, Encik Azam Mohammad, 40, mengatakan bahawa mereka tidak menentang kerajaan tetapi menentang wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini.
“Selain dari peluang kerja saya disekat, bantuan wang ehsan dan bantuan kebajikan anak saya yang kurang upaya di tarik” kata Encik Azam sambil menunjukkan anak, yang dalam dukungannya.
Menurut Encik Azman, beliau telah dijanjikan jawatan pegawai U-Best pada tahun 2005, namun begitu selepas majlis dialog berkaitan pembangunan Pulau Duyong diadakan, jawatan itu di tarikh balik. Dalam majlis tersebut beliau dan beberapa rakan lain telah bangun mempersoalkan projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Pulau Duyong.
“Selepas itulah kami berpakat menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong.(PERKEDUY) yang bertujuan untuk membela nasib dan masa depan penduduk” tambah Encik Azman.
“Bukan setakat itu sahaja, ahli-ahli PERKEDUY dan mereka-mereka yang bersimpati dengan kami juga ditindas dan dizalimi. Contohnya, Saudara Saado, tawaran rumah ‘apartment’ oleh PERMINT. Dengan tidak ada sebab tawaran tersebut ditangguhkan sebulan kemudian“ tegas beliau lagi.
Penduduk Pulau Duyong juga sentiasa diugut oleh ‘ejen-ejen’ pembangunan. Bukan sahaja pihak JKKK, Penyelaras DUN, malah sehingga kini polis dari cawangan khas masih berkeliaran. JKKK dan Penyelaras DUN menggunakan ‘wang ihsan’ sebagai senjata mereka untuk menekan penduduk kampong manakala pihak cawangan khas mengugut akan mengambil tindakan, menurut Encik Azman.
Liputan Khas Piala Monsun - ‘Apartment’ untuk sewa selama-lamanya !
Ditulis oleh WartawanBuletinonline
Friday, 30 November 2007
Pulau Duyong, 29 Nov – Sebanyak 120 unit ‘apartment’ Kos mampu Milik yang dibangunkan di Pulau Duyong ditawarkan kepada penduduk Pulau Duyong hanyalah untuk ‘di sewa selama-lamanya.’
Begitulah syarat-syarat yang telah dikemukan oleh PERMINT didalam tawaran rumah tersebut kepada penduduk Pulau Duyong. Walaupun pada mulanya, ramai anak-anak Pulau Duyong yang tidak mempunyai rumah ingin memohon, akhirnya niat mereka terbatal kerana syarat tersebut.
Ini adalah bercanggah dengan kenyataan para pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa rumah tersebut dijual dengan kos rendah kepada penduduk Pulau Duyong, dan menjadi milik kepada pembeli tersebut
SELAMATKAN PULAU DUYONG – PEKEDUY
Ditulis oleh SM Noor
Friday, 30 November 2007
Pulau Duyong, 29 Nov – Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong (PEKEDUY) menyeru kepada semua pihak didalam dan diluar negeri Terengganu, memberikan sokongan dan dokongan kepada Pekeduy untuk menyelamatkan penduduk dan alam sekitar Pulau Duyong dari kesan pembangunan melampau yang sedang melanda Pulau Duyong.
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pekeduy ketika ditemui oleh Buletinonline hari ini benar-benar memohon jasa baik masyarakat umum untuk bersama-sama mereka, memperjuangkan nasib rakyat Pulau Duyong yang semakin terhimpit akibat ‘pembangunan haram’ yang sedang rancak berlaku sekarang.
“Kami terhimpit disemua sudut kehidupan. Tanah air kami, mata pencarian kami dan generasi kami sedang bergelut” ujar Pengerusi Pekeduy, En. Mozafiq.
“Tanah-tanah kami yang kami miliki secara sah dan juga rentahan datuk nenek moyang kami, bepuluh-puluh tahun lamanya sedang dirampas oleh korporat. Bot-bot nelayan kami dihalang laluannya untuk keluar mencari rezeki. Tempat kami mengail sejak kami kanak-kanak kini menjadi kawasan larangan” tambah Timbalan Pengerusi En. Azman Mohamad.
Keluhan mereka telah berkali-kali mereka suarakan kepada pihak media, namun hanya sekali dua media arus perdana menyiarkannya. Mereka telah menghantar surat kepada pihak-pihak yang berkenaan, berbincang dan berdailog dengan wakil rakyat dan kerajaan negeri, namun akhirnya mereka telah dilabelkan sebagai penghalang pembangunan dan menjadi pembangkang.
“Kami tidak menghalang pembangunan, buatlah seratus tingkat bangunan sekalipun di atas Pulau Duyong, tetapi berilah jaminan kepada kami dan generasi akan datang bahawa pembangunan ini mengambil kira masa depan kehidupan penduduk Pulau Duyong” ujar Encik Azman lagi.
"Kami juga adalah terdiri dari ahli-ahli dan penyokong UMNO sejati, No. keahlian UMNO saya adalah 280 dan saya adalah bekas Timbalan Ketua Cawangan UMNO yang disingkirkan semata-mata kerana mahu membela nasib penduduk" tambah beliau
Namun, telah tiga tahun berlalu dan dua kali Monsun cup persoalan mereka belum terjawab. Sejak dari ura-ura pembangunan mahu dilaksanakan, sehinggalah terbina Kelab Teluk Warisan, Chalet dan ‘apartment’, pihak kerajaan masih tidak memberikan apa-apa jawapan, berhubunga apakah nasib dan masa depan mereka nanti.
“Samada dari Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Exco, wakil rakyat dan yang lain-lain, semua kami dah jumpa, tetapi semuanya tidak dapat menjawab persoalan tentang nasib dan masa depan penduduk Pulau Duyong” jelas Encik Mozafiq.
“Kemanakah orang kampung akan pergi, adalah penempatan akan disusun semula atau penduduk Pulau akan dihambat keluar, tidak ada kepastian. Kami hanya diberitahu, bahawa penduduk kampung tidak akan dimaklumkan tentang projek-projek pembangunan kerana bangkangan penduduk kampong” celah En. Saado, Ahli Jawatankuasa Pekeduy.
Buletinonline juga merasa amat terkejut kerana diberitahu bahawa semua projek-projek baru yang sedang berlangsung tidak ada apa-apa papan kenyataan dan makluman. Pemaju membuat projek sesuka hati, dimana sahaja yang mereka berasa suka untuk bangunkan
Pembangunan sebanyak 120 'apartment' yang telah siap, tidak terdapat nombor kelulusan pelan projek berpandukan apa yang tercatat didalm papan tanda projek rumah tersebut, menunjukkan kerja-kerja pembangunan adalah kerja-kerja 'haram'.

Ulasan