08 Mei 2013

Ada Seorang Wakil Rakyat Umno-BN Terengganu Beri Rasuah Dalam PRU-13

MARANG - Kesan perlaksanaan pilihanaya ynag tidak adil dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional begitu cemas sehingga menggunakan 'bahasa-bahasa perkauman'.

Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali berkata terdapat pelbagai kesalahan yang belaku dalam PRU-13 dan antaranya beliau berkata, beliau dimaklumkan ada seorang wakil rakyat Umno-BN yang memberi rasuah sewaktu berkempen.

Tanah SRI Darul Bayan; Mahkamah Putuskan Keputusan MMKN Terengganu Tidak Sah

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/sidang%20media%20darul%20bayan.jpgKUALA TERENGGANU - Dakwaan pihak Sekolah Rendah Islam (SRI) Darul Bayan, seseungguhnya kerajaan Umno-BN zalim kerana membenarkan lima orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung (JKKK) adalah benar, apabila mahkamah pada hari ini menyebelahi tuntutannya.

Mudir SRI Darul Bayan Ustaz Che Wan Mustafa Che Wan Kaman berkata pada awal 2012, pihak kerajaan negeri telah memaklumkan  sebahagian daripada tanah yang kita dapat pada tahun 2002 telah diserahkan kepada lima orang JKKK terdiri daripada Pengerusi JKKK Kampung Limbong,  isteri Naib Pengerusi JKKK dan tiga orang ahli JKKKK Kampung Limbong.

PRU-13; PAS - BN Terengganu Hanya Berbeza 1.5 Peratus

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/pc%20dewan%20harian.jpgKUALA TERENGGANU - PAS Terengganu berjaya meningkatkan pencapaian hampir seratus peratus pada Pilihanraya Umum (PRU) Kali Ke-13 berbanding keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, dengan pertambahan 6 kerusi peingkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 2 kerusi parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata pencapaian PAS Terengganu pada pilihan raya umum kali ini boleh dibanggakan meski pun gagal menguasai kerajaan negeri.

Terima Kasih Anak-anak Muda Terengganu!

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/terima%20kasih%20anak%20muda.jpgKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) mengucapkan terima kasih kepada sokongan anak-anak muda negeri Terengganu yang telah menaruh keyakinan dan memilih calon-calon muda DPPNT untuk membawa suara anak muda ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Noor Hamzah, turut merakam ucapan terima kasih kepada 'Duta Pemuda' Ustaz Azhar Idrus, kerana memberi sentuhan yang membawa perubahan kepada anak-anak muda pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13)

07 Mei 2013

Personaliti TV, Kebajikan dan Kekuatan Parti Menyumbang Kemenangan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/takiri.pngKUALA NERUS - Setiausha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri mengucapkan terima kasih kepada semua warga parlimen Kuala Nerus yang telah menyokong dan mengundi beliau dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad lalu, sehingga beliau mejaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Batuk Mohd Nasir ibrahim Fikri

"Pertamanya saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kuala Nerus yang menyokong saya hingga dinobatkan ahli parlimen Kuala Nerus.

Ustaz Hishamuddin Ajak Warga ILMAM Kenang Jasa Petugas PAS

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/Keraian%20ILMAM.jpgKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh yang baru diisytiharkan kemenangannya, Ustaz Hshamuddin Abdul Karim berkata, lebih sukar untuk mempertahankan kemenangan daripada mencari kemenangan.

Beliau berikrar akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, bagi membuktikan keupayaan untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali menyeru semua lepada Universiti al-Azhar menjadi penyumbang kepada kejayaan pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) kelak.

06 Mei 2013

Pakatan Rakyat Terengganu Menang 15 Kerusi Dun, 4 Parlimen

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/Kuala%20terengganu.jpgKUALA TERENGGANU – PAS Terengganu memenangi 14 kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun)  dan berjaya menambah dua lagi kerusi Parlimen kepada 4 kerusi, manakala kerusi Dun Bandar Kuala Terengganu dimenangi calon PKR, Azan Ismail

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan tersebut diRusila pada kira-kira jam 10.40 malam, Ahad 5 Mei.

05 Mei 2013

PAS Lapor Polis Kes Membabitkan Pengundian Pada Hari Mengundi PRU-13

Khttp://buletinonline.net/images/stories/aberita20/PC%20Hari%20Mengundi.jpgUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menerima aduan beberapa kes berhubung masalah pengundian dan empat daripadanya telah pun dibuat laporan polis sepanjang proses pembuangan undi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13), sehingga jam 2 petang hari ini Ahad 5 Mei.

Tiga daripada empat kes terbabit melibatkan isu dakwat kekal yang didakwa luntur sebaik sahaja dicuci, manakala satu lagi kes melibatkan seorang pengundi, Nik Ameran Muhammad yang gagal mengundi akibat namanya telah pun dipotong kerana ditandakan sebagai beliau telah pun mengundi, sedang ia adalah sebaliknya.

Dakwat Hilang Setelah DiBasuh, Tak Sampai 10 Minit Selepas Mengundi

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/amzad%20hashim.jpgKUALA TERENGGANU - Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Terengganu telah mendapat aduan ramai pengundi yang hilang kesan dakwat yang didakwa kekal oleh kerajaan dan SPR, apabila mereka membasuh tangan walaupun deangan air biasa selepas mereka membuang undi.

Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu Haji Amzad Hashim [Gambar kiri] ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu Ustaz Mohd Soud Said juga berkata dakwat yang dicalit ditangannya hilang apabila dicucui dengan air.