Tawaran PAS Terengganu




PAS/BA Kemuka Manifesto dengan Tawaran Menarik – 65% Calun Muka Baru

Marang, 20 Feb – PAS/BA Melancarkan Manifesto dan mengisytiharkan calun-calun yang akan bertanding untuk PRU 12, di satu Majlis yang dihadiri yang penuh bersemangat di perkarangan Masjid Rhusila dekat sini malam tadi

Manifesto PAS/BA Negeri Terengganu dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Mustafa Ali, manakala Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengemukakan manifesto PAS/BA Pusat, didalam ucapan masing-masing.

Pada PRU 12 kali PAS membuat pendekatan yang lebih mudah dengan membahagikan tumpuan utama manifesto yang bertemakan ‘ Negeri Berdaulat, Rakyat Sejahtera’ kepada lima bahagian iaitu tawaran PAS/BA kepada Rakyat Umum; Belia, Wanita dan Pelajar; Bukan Islam, Peniaga dan Penjaja, Kakitangan Awam; Petani dan Nelayan.(Foto: Dato' Tengku Hasan - muka baru bagi DUN Ladang)

Antara yang menarik didalam tawaran PAS/BA Terengganu kepada rakyat umum adalah memberikan ‘parking’ percuma di Bandaraya Kuala Terengganu dan Bandar-bandar lain, pada setiap Jumaat dan Sabtu dan juga Takaful Kafalah, iaitu memberikan kepada keluarga semua warga tua, tidak mengira ugama dan bangsa saguhati berbentuk kewangan, sekiranya mereka meninggal dunia.

Selain itu, PAS/BA akan memastikan setiap keluarga mempunyai tanah tempat tinggal dan akan mengganti semula tanah yang telah diberikan semasa pemerintahan PAS/BA yang lalu, tetapi telah dirampas oleh kerajaan UMNO/BN.(Foto: Dr Azman muka baru bagi DUN Jabi)

PAS/BA juga menawarkan lapan perkara kepada golongan Belia, Wanita dan Pelajar. Antara yang menarik adalah kerajaan PAS/BA InsyaAllah akan melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) bagi mewakili dan membawa suara wanita, sekiranya tiada wakil wanita didalam DUN Negeri Terengganu.

Selain itu kerajaan PAS/BA InsyaAllah, didalam meningkat kehidupan belia yang sihat dan berbudaya, akan menubuhkan Akademi Hiburan Alternatif serta mengujudkan Tabung belia sejahtera, yang akan membantu para belia didalam membantu para belia didalam meningkatkan aktiviti ekonomi, dan juga membantu para belia yang akan mendirikan rumahtangga(namun menghadapi masalah kewangan.

Dato’ Mustafa Ali kemudiannya memperkenalkan calun-calun PAS/BA yang akan bertanding didalam PRU 12, pada 8hb Mac depan. Seramai sebelas muka baru dikemukan bagi kerusi DUN dan tiga bagi kerusi Parlimn serta tujuh kerusi untuk Parti Keadlian Rakyat(PKR) yang kesemuanya menjadikan 21 orang (65%) adalah muka-muka baru yang baru pertama kali menyertai pilihanraya pada PRU 12 kali ini

Senarai Penuh Calon PAS/BA Terengganu Pada P/raya Umum Ke-12

Marang, 21 Feb
- PAS/BA Terengganu mengumumkan senarai calon-calonnya untuk bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri dan Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac.
Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu mengumumkan nama-nama calon itu pada sidang akhbar di Perkarangan Masjid Rhusila, Marang, selepas Majlis Ceramah dekat sini. Beriku adalah senarai penuh nama-nama Calun PAS/BA

KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI:


N.01 Kuala Besut - Nik Muhammad Zawawi Salleh

N.02 Kota Putera -
Mohd. Md Amin (PKR)

N.03 Jertih - Muhammad Hassan Salleh

N.04 Hulu Besut - Mat Zin Hassan

N.05 Jabi - Dr Azman Ibrahim

N.06 Permaisuri - Wan Rahim Wan Hamzah (PKR)

N.07 Langkap - Tengku Ahmad Tengku Hussain

N.08 Batu Rakit - Samshudin Abdul Wahab

N.09 Tepoh - Abu Bakar Abdullah

N.10 Teluk Pasu - Ridzuan Hashim

N.11 Seberang Takir -
Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad (PKR)

N.12 Bukit Tunggal - Dr Alias Razak

N.13 Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut

N.14 Bandar - Dr Abdul Manaf Che Mat (PKR)

N.15 Ladang - Datuk Tengku Hassan Tengku Omar

N.16 Batu Burok - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

N.17 Alor Limbat - Datuk Mustapha Ali

N.18 Bukit Payong - Mohd Nor Hamzah

N.19 Rhu Rendang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang

N.20 Pengkalan Berangan - Mohd Deraman

N.21 Telemong – Engku Abu Bakar Engku Mohamad (PKR)

N.22 Manir - Datuk Harun Taib

N.23 Kuala Berang - Muhyiddin Abdul Rashid

N.24 Ajil - Mohd Razki Alias

N.25 Bukit Besi - Nordin Othman

N.26 Rantau Abang - Azman Shapawi Abdul Rani

N.27 Sura - Wan Hassan Mohd Ramli

N.28 Paka - Satiful Bahri Mamat

N.29 Kemasik - Mohamad Mahadi Nawi

N.30 Kijal - Hazli Jusoh

N.31 Cukai - Hanafiah Mat

N.32 Air Puteh - Ismail Harun

PARLIMEN

P.033 Besut - Datuk Hussin Awang

P.034 Setiu - Mohd Pauzi Muda

P.035 Kuala Nerus - Mohd Shukrimun Shamsuddin

P.036 Kuala Terengganu - Mohamad Sabu

P.037 Marang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang

P.038 Hulu Terengganu - Kamaruzaman Abdullah

P.039 Dungun - Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin (PKR)

P.040 Kemaman - Fariz Musa (PKR)

Ulasan