Bermula Episod Baru



Mad Said cuba Menghilangkan ‘Trauma’ Idris dengan Kata-kata Manis


Kuala Terengganu, 2 April - Percaya atau tidak, Idris memang benar-benar sedih. Tragedi yang menimpa dirinya tidak perlu diungkapkan, namun sempat diulas oleh beberapa akhbar media perdana
“Sesekali orang dewasa menangis dan airmata mengalir dikalangan ADUN Terengganu, apabila mereka diberitahu Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan untuk memperakui Menteri Besar yang diperkenan istana.
Airmata yang keluar adalah bercampur antara kekecewaan terhadap keputusan tersebut dan kasihan kepada Idris Jusoh.

Idris telah tiga minggu melalui pelbagai penghinaan dan penderaan awam.
Idris kelihatan kaku, walaupun tabah diruang persekitaran yang penuh dengan emosi. Hampir kesemua wakil rakyat memberikan pendapat, sebahagiannya memohon penjelasan, sebahagian yang lain menyatakan kesedihan mereka.”
The Star 29 Mac, 2008.

“Usaha pemberita untuk menemuinya gagal kerana Idris enggan ditemu ramah. Beliau hanya melambaikan tangan ke arah para pemberita ketika keluar dari kediaman tersebut.
Sementara itu, di BESUT, Idris, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, berkata, beliau belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai kedudukannya.
“Tiada kenyataan untuk diberitahu hari ini, tunggulah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Has, Jerteh.
Kepulangan bekas Menteri Besar itu ke Besut disambut dengan kesedihan oleh para penyokong yang menunggu di rumahnya sejak pukul 3 petang.
Ribuan penyokong dan ahli UMNO Besut termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri menyambut kepulangan Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh itu.
Idris yang ditemani isteri tiba kira-kira pukul 5.50 petang dan orang ramai yang hadir mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau.
Ada di kalangan mereka yang tidak dapat menahan perasaan lalu menangis ketika memeluk Idris.
Pada satu ketika, Idris sendiri kelihatan sebak dan hampir menitiskan air mata dan kemudian meneruskan bersalaman dengan para penyokongnya.” Utusan 28 Mac 2004

”Idris Jusoh, terus membisu berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam, merestui pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Malah, beliau yang tiba di kediamannya di Kampung Tok Has di sini, kira-kira jam 6 petang ini tidak berucap, sekali pun lebih 10,000 penyokongnya dari daerah Besut dan Setiu berkumpul di rumahnya sejak selepas solat Jumaat.
Adun Jertih itu yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Kamariah Zakaria, hanya bersalaman dan bertanya khabar dengan penyokongnya, yang sesetengahnya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dengan cabaran yang terpaksa dilalui bekas Menteri Besar itu.

Idris yang ditemui pemberita berkata, beliau belum bersedia membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap.

"Saya akan ke Kuala Terengganu, Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut," katanya sambil menyatakan keinginan untuk berehat bersama keluarga dan ketika ini beliau belum ada sebarang perancangan.

Cubaan wartawan untuk mendapatkan ulasan Idris sebelum meninggalkan kediaman rasminya di Batu Burok juga gagal apabila beliau hanya melambaikan tangan sewaktu berlepas ke Jertih, jam 4.23 petang.

Sebuah lori juga kelihatan berada dalam kawasan kediaman itu, dipercayai untuk mengangkat barangan peribadi Idris untuk dihantar ke rumahnya di Jertih.”- Berita Harian
Begitulah cerita sedih yang dialami oleh Idris. Pada Majlis Angkat Sumpah Ahmad Said sebagai Menteri Besar diikuti Majlis Penyerahan Tugas Meneteri Besar, kesedihan tersebut terus cuba disembunyikan oleh Idris.

Melihat kesedihan Idris itulah Ahmad telah memeluk Idris.
Dan Ahmad cuba menghiburkan Idris, menghilangkan ‘trauma’ Idris yang menderita selama 36 hari dengan kata-kata manis. Antara 10 kenyataan Ahmad;

1. Idris pemimpin hebat yang berjaya mencorakkan negeri ini dalam pelbagai bidang.
2. Banyak pembaharuan telah dilaksanakan oleh Idris, yang sudah
3. Idris akan di kenang oleh penduduk Terengganu.
4. Idris sentiasa mendahului dalam beberapa bidang.
5. Idris ialah pemimpin anak watan yang hebat dan telah mencorakkan Terengganu,
6. Jasa beliau akan dikenang sampai bila-bila.
7. Idris banyak berjasa sepanjang menerajui negeri ini dalam tempoh empat tahun lepas.
8. Saya kagum dengan Datuk Seri Idris.
9. Idris jadi Presiden Persatuan Mahasiswa USM dan saya hanya menjadi setiausaha
10. Idris merupakan pelajar cemerlang USM dan saya hanya pelajar biasa

Namun, mampukah Mad Said mengubati luka Deris ?




Dah Jadi MB Nanti Jangan ajak orang Gocoh !

Marang, 29 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kijal, Ahmad Said, diingatkan supaya jangan mengajak sesiapa dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Terengganu untuk bertumbuk atau bergaduh, selepas bergelar YAB Menteri Besar(MB) Terengganu nanti.(Foto:Ustaz Azizan menerima watikah pelantikan dari Sultan Kedah)

Perkara tersebut diberi ingatan oleh ADUN Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut didalam ceramah perdana yang diadakan di perkarangan Masjid Rusila, sempena kedatangan sulung Menteri Besar Kedah ke negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian kerana beberapa kali sewaktu sidang DUN sedang berjalan pada penggal lalu, Ahmad Said mengajak beliau untuk bergaduh dan bertumbuk.


“Saya harap bakal MB tak ajak wakil rakyat ‘bergocoh’ lagi bila dah jadi MB nanti” katanya sebagai Pengerusi kepada majlis yang diadakan semalam.


Sementara itu, YAB Ustaz Azizan Razak , Menteri Besar Kedah memaklumkan kepada hadirin beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Kedah.


Beliau berkata kerajaan baru Kedah berjalan dengan lancar dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pegawai Tadbir Negeri Kedah(KCS)


Beliau berkata beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh pembangkang negeri Kedah, UMNO/BN,
antaranya menyebarkan berita palsu dan hasutan.

Beliau berkata masalah perjalanan kelas Tabika adalah antara khabar angin yang sengaja dimainkan oleh pembangkang menyebabkan beberapa tadika telah mengusung barang-barang keluar dari bangunan kelas pra-ekolah tersebut.


“Saya keluarkan kenyataan, jangan pindah, jangan pergi kemana-mana, duduklah disitu dan teruskan pengajian budak-budak” kata Ustaz Azizan.


Selain itu, beliau berkata pelaburan masuk kembali ke negeri Kedah terutamanya ke Kawasan Perindustrian Taman Teknologi Tinggi Kulim(Kulim Hi-Tech Tenchnology Park)


Beliau berkata pada awal kemenangan PAS, beberapa pengusaha di Kulim High-Tech yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang bercadang untuk keluar dari premis masing-masing.


Beliau berkata mereka berbuat demikian kerana pihak pembangkang telah menyebarkan maklumat bahawa kerajaan baru Kedah akan mengubah polisi pelaburan di tapak industri tersebut.


Beliau berkata walaubagaimana pun, setelah diberi penerangan para pengusaha tersebut tidak meneruskan niat mereka.


Sementara itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan sekiranya satu kaum tidak mahu mengambil tanggungjawab memperjuangkan Islam, Allah akan gantikan dengan kaum yang lain.


Beliau berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional kerana PAS telah mengalami pahit sewaktu dalam kerajaan campuran pada tahun 1974.


Beliau berkata kerjasama PAS dalam Barisan Alternatif dengan Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah disokong oleh Parti Tindakan demokratik(DAP).


Beliau berkata walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di Perak, DAP telah memberikan sokongan dan persetujuan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wakil rakyat PAS.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Ustaz Harun Taib, kedua-duanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu selain Tuan Haji Yahaya Ali, Seriausaha Perhubungan PAS Terengganu.


Seramai lebih 20,000 orang hadir ke majlis ceramah semalam untuk mendengar ucapan sulung Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah.





Ulasan