Minggu Yang Panas Di Liwat !

Tuduhan Liwat kali kedua – Pakatan Jahat Cuba Gugat Pakatan Rakyat

Kuala Terengganu - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dihempas badai dengan tuduhan liwat kali kedua. Pakatan jahat yang tidak mahu melihat permuafakatan Pakatan Rakyat (Pakatan) semakin bulat, cuba menconteng arang, menghitamkan wajah Anwar yang dilihat sebagai pemain utama pasukan Pakatan.

Pakatan jahat yang tidak mahu melihat permuafakatan Pakatan Rakyat (Pakatan) semakin bulat, cuba menconteng arang, menghitamkan wajah Anwar yang dilihat sebagai pemain utama pasukan Pakatan.

Gelombang Pakatan semakin menghempas, telah mengubah lanskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

Insiden yang di gelar ‘Tsunami Politik’ tersebut meranapkan empat negeri di pantai barat disamping Kelantan yang kekal ditangan PAS.

Situasi cemas UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi panik, apabila semakin hari semakin banyak, naik turun gelombang politik, yang tidak nampak akan reda walaupun selepas pantang 100 hari.

Dakwaan Anwar mnjelang 16 September nanti, teraju kerajaan pusat akan bertukar, telah di ‘jueh’ oleh awak-awak UMNO/BN dan usaha Anwar diperlekeh sebagai ‘angan-angan mat jenin’.

Namun pertaruhan Anwar itu semakin hampir menjadi realiti, apabila saban hari, satu demi satu teras BN tumbang, menyebabkan para pemimpinnya tidak lena tidur.

Buletin Online meninjau reaksi pemimpin PAS, PKR, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang awam bagi mengulas lanjut isu tuduhan liwat kali kedua keatas Anwar.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani menyifatkan tuduhan liwat terbaru terhadap Anwar akan ‘memakan’ diri sendiri.

Beliau berkata dakwaan yang sama pernah digunakan terhadap penasihat PKR itu sepuluh tahun yang lalu dan akhirnya mahkamah telah menolak kes tersebut.

“Tuduhan liwat kepada Anwar itu cetusan idea yang tidak relevan lagi dan akan ‘makan diri sendiri’ kerana kes yang sama pernah digunakan dan mahkamah telah menolaknya.

“Sebenarnya, pemimpin UMNO/ BN tersempit dan cukup bimbang dengan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Ke-12,” jelasnya ketika beliau dihubungi di rumahnya di Dungun, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mahu polis melakukan siasatan terperinci dan menyeluruh, bukan sahaja terhadap kes Anwar malah beberapa kes lain yang melibatkan para pemimpin UMNO/BN.

“Pemuda PAS mahu polis lakukan siasatan secara adil dan telus bukan sahaja terhadap Anwar bahkan terhadap para pemimpin UMNO dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

“Dato’ Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah juga kena disiasat dan beberapa pemimpin BN lain, termasuk bekas Menteri yang terlibat dengan kes cabul,” tegasnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata rakyat umumnya perlu faham tuduhan yang mengaibkan seumpama itu memerlukan kepada Undang-undang Islam.

Menurut beliau, perlaksanaan Undang-undang Islam amat berguna masa kini bagi menangani masalah tuduhan yang tidak berasas serta berbentuk fitnah.

“Rakyat kena fahamlah, ini masa yang sesuai digunakan Undang-undang Islam jika ada tuduhan dan dakwaan jijik seperti liwat, zina dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau berkata Islam memerlukan empat orang saksi yang melihat dan jika tuduhan liwat itu fitnah hukuman lebih berat dikenakan terhadap si pendakwa.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid berkata isu tuduhan liwat terhadap Anwar timbul ketika politik dalaman UMNO/BN sedang bergolak.

Umumnya, kata beliau, rakyat sedang mengikuti perkembangan politik tidak selesa kerajaan BN memerintah negara selepas pilihan raya baru-baru ini.

“Timbul tanda tanya, satu tuduhan liwat terhadap Anwar dalam senario politik ‘dalaman’ UMNO dan kerajaan Barisan Nasional yang bergolak dan tidak selesa sekarang.

“Isu liwat Anwar untuk mengalih perhatian terhadap beberapa isu besar seperti dakwaan Raja Petra tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantunya yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi UMNO/BN,” ujarnya.

Beliau berkata, PAS sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan tidak akan bertindak melulu hingga mencetuskan ketegangan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa berkata Pemuda KeADILan berdiri teguh dibelakang Anwar dan partinya sebagai sokongan moral.

Katanya, tuduhan liwat yang tidak berasas itu merupakan suatu konspirasi jahat bagi membunuh karier politik serta menjatuhkan maruah penasihat PKR tersebut.

“Kami (AMK) berdiri teguh dibelakang Dato’ Seri Anwar dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam menghadapi isu liwat kali kedua ini.

“Konspirasi jahat itu untuk membunuh karier politik dan menjatuhkan maruah Anwar kerana bimbangkan Pakatan Rakyat,” tegasnya ketika dihubungi di Kemaman, hari ini.

Katanya, pemimpin Umno dan Barisan Nasional tertekan dengan gelombang yang dibuat oleh penasihat PKR selepas PRU Ke-12 lalu.

Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad menyifatkan tuduhan liwat dibuat oleh seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan itu suatu perancangan jahat bagi menyekat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Katanya, tindakan melampau konspirasi itu boleh mencetuskan suasana tidak selesa yang bakal membawa kesan negatif terhadap politik negara.

“Kami (AMK) memberi sokongan padu dan berdiri teguh dibelakang Dato’ Seri Anwar dan sentiasa berada dalam siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bakal berlaku demi mempertahankan kebenaran,” jelasnya.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah berpendapat isu liwat tidak wajar ‘dimainkan’ lagi kerana bukan budaya orang Melayu Islam.

Katanya, kes tuduhan liwat pernah dibuat terhadap penasihat PKR itu sepuluh tahun lalu dan terbukti tidak benar sama sekali.

“Kita orang Melayu Islam bukan budaya kita dan tidak wajar sama sekali dijadikan isu kerana mencemarkan maruah bangsa Melayu sendiri.

“Kami (Mampat) tidak bersetuju dan mahukan polis segera melakukan siasatan terperinci secara telus dan adil terhadap semua pihak,” ujarnya.

Katanya, siasatan mestilah secara profesional dan bukan bertujuan konspirasi dengan sengaja ‘mereka cipta’ bagi mengenakan pertuduhan terhadap seseorang.

“Saya tidak percaya dan tuduhan liwat itu suatu konspirasi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan maruah, kredibeliti dan imej Dato’ Seri Anwar yang diwar-warkan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Kes liwat yang sama pernah dibuat pada tahun 1998 dan dibicarakan di mahkamah yang akhirnya ditolak,” kata Pengerusi Kelab Penyokong PAS Terengganu, Encik Ng Chai Hing.

Menurutnya, rakyat tidak lagi mempercayai tuduhan liwat terhadap penasihat PKR itu kerana memahami suasana politik dalam negara hari ini.





Anwar akan keluar dari Kedutaan Turki Segera - Keluar jam 6.45 pm

Beliau berkata jaminan keselamatan telah diberikan kepadanya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau menambah, dakwaan liwat terhadapnya adalah tindakbalas, ekoran rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

"Kita hampir menang. Minggu ini saya sepatutnya mengumumkan keputusan saya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil," katanya dari celah bumbung kereta.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

Beliau juga terus mengulangi keraguannya terhadap ketua polis negara dan peguam negara seperti kenyataan awalnya semalam.

Beliau menyatakan kebimbangan kerana kepimpinan polis yang beliau pertikaikan dimana beliau berkata beliau mempunyai bukti penglibatan Tan Sri Musa Hassan dan (Tan Sri Abdul) Gani Patail dalam kes beliau 10 tahun lalu.
"Penyiasatan yang berniat jahat, merekayasa cerita dan fakta seperti mana pernah berlaku dulu, bagaimana hakim, bagaimana polis yang menyiasat, bagaimana pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara dan peguam negara - ini masalahnya." Jelas Anwar menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama.

Sebelum itu peguam Sankara Nair dan Dr Wan Azizah tiba di kedutaan tersebut. Anwar dipercayai terus pulang kerumahnya di Bukit Segambut. – Sumber Malaysiakini

Berita Sebelumnya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meninggalkan Kedutaan Turki, di sini, jam 6 petang ini sebaik mendapat jaminan mengenai Anwar mahu jaminan keselamatan daripada Abdullah

Setakat ini Anwar masih berlindung di Kedutaan Turki bukan untuk mendapat suaka politik tapi menjadi tetamu kepada Duta Turli atas dasar kemanusiaan.

Sebelum itu, Anwar juga melalui peguamnya telah memfailkan saman terhadap Saiful Bukhari, yang membuat laporan menuduh ‘sodomi’ terhadap Anwar

Sekitar jam 1 tengah hari, seramai 50 wakil NGO dihalang oleh pengawal keselamatan di pintu gerbang utama bangunan Parlimen daripada memasuki kawasan perkarangannya.

Bagaimanapun, 10 minit kemudian, mereka dibenarkan masuk dan berada bersama Wan Azizah di Dewan Bankuet berkenaan untuk satu sidang akhbar itu.


Anwar Minta Kerajaan Jamin Keselamatan Diri & Keluarga

Saya tiba ke Kedutaan (Turki) awal pagi, berlepas dari Quality Inn (Hotel, Shah Alam) Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita! Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.
Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.





10,000 Hadir Rapat Umum Anwar Semalam

Seramai 10,000 orang hadir dalam rapat umum yang diadakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam semalam.

Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium itu pada jam 10 malam dan berucap kira-kira sejam.

Bagaimanapun Anwar tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan kerusi yang akan ditandingi dan pengumuman 4 ahli parlimen/wakil rakyat yang didakwa akan melompat parti.

Ia adalah kerana menurutnya, nama-nama akan diumumkan beberapa minggu lagi dengan mengambil kira suasana politik semasa dan atas alasan mahu menyelesaikan kes terbaru dihadapinya sekarang.

Beliau memberi jaminan keempat-empat wakil rakyat berkenaan akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, beliau akan turut menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung kes yang sedang dihadapinya.

Selain itu, dalam ucapannya Anwar juga menyentuh isu kesan kenaikan harga minyak, kerajaan tidak telus dan isu yang dihadapinya pada 1998.

Sebelum itu, jam 3 petang kelmarin, Anwar telah membuat laporan polis berhubung kes pemalsuan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, 10 tahun lepas, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Laporan polis itu turut mengaitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu pegawai penyiasat kes terbabit dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul GaniPatail yang pada masa itu Timbalan Pendakwa Raya Kanan.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM





LAPURAN POLIS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

1hb Julai, 2008

Saya, Anwar bin Ibrahim, (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 2008. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.

b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman

c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

ANWAR BIN IBRAHIM

1 Julai 2008

Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN?

Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi

“Once you compound a lie, you compounded the consequences”

tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.

Itulah yang mungkin berlaku dalam kes tuduhan terbaru terhadap DSAI.

Dikatakan Saiful Bukhari telah dibuang dari UNITEN - maknanya sudah tidak lagi menuntut di IPT.

Walhal, Najib membuat kenyataan (hari ini) bahawa Saiful ke pejabat TPM untuk mohon biasiswa tiga (3) bulan lalu.

Tiga bulan lalu Saiful tidak lagi menuntut di IPT.

Biasiswa apa yang hendak dipohon?

Kemudian, dalam laporan lain, Saiful yang dikatakan pernah menjawat Timbalan Presiden MPP di UNITEN, telah mempunyai biasiswa semasa di universiti. Biasiswa apa lagi yang hendak diminta?

Kemudian lagi, AgendaDaily pula melaporkan bahawa selepas diperiksa dengan pegawai di pejabat TPM, gambar tersebut dirakam pada Januari 2008. Mana satu yang betul?

Najib kata tiga bulan lalu - Mac 2008? Saiful mula bertugas dengan Anwar semenjak PRU2008 (Mac?). AgendaDaily kata Januari 2008! Mana yang betul?

Ini baru permulaan.

Kita tunggulah nanti - pelbagai helah, fakta, pembohongan, dakwaan, dan sebagainya - akan timbul.

Kita teliti kesemuanya.

Jangan pula jadi pindaan tarikh seperti dulu kerana Tivoli Villa belum siap atau tilam diusung lagi.

Apa-apa pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an,

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” - Surah An Nuur ayat 4

Sekian, IB






Riak Wajah Dalam Gambar, Tidak Munasabah Menteri tidak kenal Saiful

Kuala Terengganu - Penafian yang dibuat oleh beberapa orang Menteri Kabinet bahawa mereka tidak kenal Mohd Saiful Bukhari Azlan walaupun bergambar dengannya diragui oleh orang ramai.
Kelmarin Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said,menafikan mengenali Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri itu juga berkata, foto tersiar dalam satu blog di Internet yang memaparkan masing-masing bergambar bersama pemuda itu tidak kaitan dengan kes Anwar kerana gambar itu sebahagian daripada ribuan foto yang diambil bersama rakyat ketika bertugas.

Shahrir ketika ditemui di lobi Parlimen, berkata beliau tidak mengenali pemuda itu secara peribadi dan gagal mengingati tarikh sebenar gambar itu diambil.

"Sejujurnya saya tak kenal siapa dia, malah saya tidak mempunyai salinan gambar itu sekali gus menunjukkan yang saya tiada hubungan rapat dengannya. Saya harap polis akan menyiasat perkara ini,”kata Shahrir.

Namun kemudian, sebaliknya beliau berkata berdasarkan pakaian baju Melayu itu, beliau rasa ia mungkin diambil ketika Perhimpunan Agung Umno, akhir tahun lepas.

Azalina yang turut ditemui di lobi Parlimen juga menafikan mengenali Mohd Saiful dan tidak mengingati saat bergambar bersama pemuda itu dengan sekumpulan pelajar.

Azalina yang diasak wartawan yang menanyakan sama ada beliau mengenali pemuda itu secara peribadi dan tarikh gambar itu diambil, sekadar berkata:
"Saya tak tahu... sebab masa jadi menteri (Belia dan Sukan), banyak gambar diambil dan tak boleh ingat semuanya, tapi saya akan periksa dengan setiausaha akhbar saya dulu".

"Malah, saya tak tahu ia diambil pada majlis apa, sama ada di dalam ataupun luar negara. Saya juga tak kenal dia secara peribadi dan saya sendiri tak ingat sama ada pernah bercakap dengannya atau tidak. Ia hanya gambar saya bersama sekumpulan pelajar saja," katanya yang mengakui sudah melihat gambar itu.

Sehubungan dengan itu Buletin Online telah membuat tinjauan reaksi orang ramai berkaitan penafian di atas.

Seorang pesara kerajaan, Hj Mohamad Said, 62, mengatakan bukan semua orang boleh bergambar dengan menteri dan orang-orang besar.

Begitu sebaliknya, menurut beliau, tidak semudah itu menteri dan oang-orang besar UMNO mahu merakamkan foto dengan orang yang tidak dikenali.

“Takkan jumpa ditepi jalan, tiba-tiba ada orang nak ambil gambar, menteri setuju,

“mesti ada kawalan, sebab mungkin ada orang yang akan ambil kesempatan dengan gambar itu,” katanya ketika ditemui Buletin Online hari ini.

Seorang aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) , Encik Mohamad Fauzi Abu Samah berkata beliau telah melihat gambar-gambar tersebut dan meragui kenyataan yang dibuat oleh beberapa menteri yang menafikan mereka kenal Saiful.

“Dari riak wajah dalam gambar itu, nampaknya seperti telah kenal lama, lebih-lebih lagi gambar-gambar itu seperti dalam majlis tertentu,” kata Encik Fauzi

“Gambar Saiful dengan pembantu khas Timbalan Perdana Menteri, itu cukup rapat dan kelihatan ceria dan mesra,”tamabh Fauzi.

Manakala seorang doktor perubatan yang tidak mahu dikenali, bersetuju dengan pendapat Hj Mohamad dan Fauzi.
Beliau ragu dengan reaksi Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap gambar Saiful yang dirakam di pejabatnya.

“Bagaimana Saiful memohon biasiswa sedangkan dia telah diberhentikan dari Uniten, biasiswa apa kalau tak belajar?” soal beliau.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang mendakwa gambar Saiful bersama pembantu khasnya dirakam kira-kira tiga bulan lalu ketika datang sebagai seorang daripada pemimpin pelajar ke pejabat untuk berjumpa pegawai saya bagi memohon mendapatkan biasiswa kerajaan.

”Saya tidak kata saya tidak pergi ke Kondo itu,” kata Anwar selepas Tok Guru Nik Aziz Menziarahinya

Laporan NST kelmarin menyatakan pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk utama Kondominium Mewah di Damansara, pernah melihat kelibat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Kondo tersebut sekitar lebih kurang sebulan yang lalu.

Mengulas laporan akhbar media perdana itu, Anwar berkata dia tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondo tersebut.

“Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana,” kata Anwar di pejabatnya di Petaling Jaya selepas menghantar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menziarahinya petang tadi

Beliau berkata beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.

Mengulas laporan akhbar yang sama yang mendakwa bahawa para doctor Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menemui bukti ‘sodomi’ ke atas Saiful, Anwar menjawab itu masalah dia (Saiful), dia (sendiri) kena menerangkan masalah itu.

Walaupun begitu menurut agensi Bernama lewat kelmarin, Pengarah HKL telah menafikan yang pihaknya mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan rekod pemeriksaan Saiful.

Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Bangkok dan Hongkong.

Ada beberapa perkara yang dia perlu berunding dengan peguamnya dahulu kerana penyiasatan sedang berjalan. Apa yang saya boleh katakana adalah, tiada apa yang perlu dibimbangkan,”kata beliau.

Mengulas pertemuan antara beliau dan Tok Guru Nik Aziz, Anwar mengatakan Tok Guru melahirkan rasa prihatinan beliau terhadap tuduhan yang berlaku.

Tok Guru turut melahirkan rasa kesalnya dengan permainan taktik kotor yang berulang kali kedua dalam masa sepuluh tahun.

"Tok Guru kata kepada saya, supaya saya sabar menghadapinya,” kata Anwar.

Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Tok Guru Nik Aziz yang mengunjunginya ketika beliau berhadapan dengan dugaan tersebut.

Pertemuan antara beliau dan Tok Guru Nik Aziz berlangsung selama 45 minit.

Pertemuan itu yang turut dihadiri oleh pemandu Tok Guru dan beberapa orang pegawainya Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah


Bagai Letupan C4, P.Bala Mendedahkan Hubungan Najib dan Altantuya!

P Bala menambahkan kehangatan politik dan isu panas tanahair dengan mendakwa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan model Mongolia yang dibunuh, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Beliau mendedahkan Najib telah memberitahu sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda, bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah ‘menguruskan’ kes pembunuhan tersebut yang membabitkan Abdul Razak.

Beliau mendedahkan lanjut, polis dan pihak pendakwa telah ‘mengubah’ bukti yang dikemukakan oleh beliau, yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Pendedahan mengejutkan oleh P Balasubramaniam, Penyiasat Pensendirian Abdul Razak, telah dibuat melalui Akuan Berkanun/ Sersumpah (Statutory Declaration), telah didedahkan kepada umum bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pagi ini.

Bala telah diupah oleh oleh Razak untuk mengendalikan Altantuya yang datang tanpa diduga telah datang ke Malaysia untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan Abdul Razak.

Bala diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya (Abdul Razak) dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Tidak lama kemudian, selepas Altantuya sampai di Malaysia, dia telah dibunuh di suatu tempat terpencil di Shah Alam, Selangor.

Bala juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".

Bala berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya sepanjang tujuh hari siasatan terhadapnya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Bala lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.
Oleh sebab beliau sekarang Timbalan Perdana Menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.
Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.
Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya (Abdul Razak) berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

Dalam akuan berkanunnya, Bala juga berkata beliau pernah berbual dengan Altantuya di luar pagar rumah Abdul Razak pada 19 Oktober tahun itu semasa bertugas mengawal rumah majikannya itu.

Dalam perbualan mereka, penyiasat itu mendakwa wanita itu memberitahunya:

Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.
Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.
Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.
Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.
Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.

Oleh kerana niatnya untuk bertemu Abdul Razak masih tidak kesampaian, Altantuya meminta Balasubramaniam menguruskan pertemuannya dengan Najib.

Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman - yang turut diedarkan di sidang media tersebut tengah hari ini. Akuan berkanun tersebut difailkan pada 1 Julai.

Bala yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Bekas anggota Cawangan Khas ini, yang bertugas selama 17 tahun bersama pasukan polis, disoal siasat lebih kurang 10 jam selama tujuh hari ditahan





Najib Menafikan Hubungan Dengan Altantuya Tapi Mengaku Bertemu Saful !!??

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak sekali lagi menafikan hubungan dengan model Mongolia yang di bunuh kejam tetapi mengakui bertemu Saiful beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis keatas Anwar.

Walaupun pendedahan akuan bersumpah yang kedua oleh penyiasat persendirian Razak Baginda, P Balasubramaniam dengan jelas hari ini mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya, namun Najib terus menafikannya.

Sebelum ini Raja Petra membuat akuan bersumpah mendakwa Rosmah, isteri Najib ada ditempat kejadian ketika Altantuya di bunuh.

Pada waktu yang sama, tiba-tiba hari ini Najib mengakui bahawa dia ada berjumpa denganSaiful Bukhari Azlan, si pengadu yang menuduh Anwar, beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis.

”Dia datang ke rumah saya sebab dia perlukan bantuan saya kerana dia sangat trauma. Itu saja,”Najib memberitahu wartawan di Parlimen.

“Saya tidak menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis,”tambah Najib yang sebelumnya menyatakan tidak ada konspirasi dalam tuduh keatas Anwar, sebagaimana yang di dakwa oleh Penasihat PKR itu.


Bala Dipaksa Tarik Balik Akuan Berkanun !?

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang membuat kejutan dengan akuan berkanun mendedahkan penglibatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik akuan berkanunnya

P Bala hari ini telah mengadakan sidang akhbar dengan peguam lain.(Gambar - Berbeza ! penampilan hari ini yang tidak terurus dan gambar sidang media kelmarin)

Dalam akuan berkanunnya 1hb Julai yang di dedahkan semalam, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Hari ini dalam satu sidang, Balasubramaniam berkata beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut dan Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.

Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.

"Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama," katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib

Akhbar-akhbar media perdana melaporkan sidang media semlam dan akuan berkanun yang didedahkan adalah kerana paksaan, namun laporan akhbar tersebut telah dinafikan oleh peguam yang mngendalikan akuan berkanun tersebut Americk Singh .

Dalam Sidang Akhbar Parti Keadulan Rakyat (PKR) lewat petang ini yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden Sivarasa Rasiah bersama Americk Singh Sidhu peguam yang mewakili Balasubramaniam semalam, telah menyatakan bahawa P Bala mungkin telah dipaksa menarik balik akuan berkanun sebelum ini.

Laporan NTV7 jam 7.00 petang ini telah mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu

Ulasan