Tiada Monsoon Cup Tahun Ini (2008)

Kuala Terengganu - Sukan perahu layar Monsoon Cup pada tahun ini mingkin tidak diadakan berikutan pihak syarikat yang menganjurkan sukan tersebut mahukan bayaran tambahan.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan demikian pada satu majlis bersama pihak media yang diadakan disebuah hotel disini semalam.

Beliau berkata pihak tersebut bertindak meminta tambahan bayaran kerana mereka mendakwa mengalami kerugian daripada siri penganjuran lalu .

Pada 6 jun lalu, Ahmad membuat penegasan dan mengakui Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang dianjurkan sejak tahun 2006 hanya memberi manfaat kepada segelintir golongan tertentu tetapi tidak kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata, di sebalik penganjuran kejohanan itu selama ini, rakyat tempatan hanya mampu menjadi penonton sedangkan orang luar yang mendapat faedah.


Utusan memetik Ahmad berkata, status penganjuran kejohanan itu masih samar kerana setakat ini, tiada rundingan baru diadakan antara T-Best Events dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu termasuk daripada segi persediaan penganjuran kejohanan kapal layar Piala Coronation yang diadakan sebelum Piala Monsun.


“Dalam taklimat yang diberikan T-Best Events kira-kira dua bulan lalu, kerajaan negeri dimaklumkan syarikat itu memerlukan suntikan dana berbelas juta ringgit kerana mengalami kerugian, namun sehingga kini tiada rundingan lanjut diadakan, senyap sahaja.


``Kalau tidak ada, tak adalah. Kita akan teruskan dengan acara sukan rakyat seperti perahu panjang yang telah dirancang untuk diadakan semasa Piala Monsun sebelum ini,'' katanya

Manakala agensi Bernama melaporkan Ahmad berkata penganjur sepatutnya sudah mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan itu

Bagaimanapun menurut Ahmad, sehingga kini, penganjur tidak memaklumkan persiapan mereka termasuk bagi mengadakan acara sampingan menjelang kejohanan berprestij itu yang memasuki edisi ketiga tahun ini.

“Tiga bulan lalu, penganjur ada berjumpa dengan saya berbincang mengenai Piala Monsun dan mereka minta kerajaan negeri menambah peruntukan berbelas juta untuk menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

“(Namun) selepas itu mereka diam dan setakat ini saya tidak tahu mengenai perkembangan kejohanan itu sama ada ia diadakan atau tidak,” katanya.

Ahmad berkata penganjur kejohanan itu meminta kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih tinggi tahun ini kerana mendakwa mengalami kerugian tahun lalu



Penubuhan Trengganu Inc , Anak syarikat Masih Rugi

Kuala Terengganu - Dakwaan Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh bahawa Terengganu Incorporated membawa keuntungan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu disangkal oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Januari lalu, Idris dilaporkan berkata nilai aset kebanyakan anak syarikat kerajaan negeri meningkat hampir 60 peratus pada tahun 2007 selepas penubuhan Terengganu Inc.

"Hampir keseluruhan GLC di bawah pengurusan Terengganu Incorporated telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi dan mula mencatatkan keuntungan berganda.
"Saya telah katakan apabila ditubuhkan Terengganu Incorporated dahulu kita mahu pastikan anak-anak syarikat kerajaan negeri ditadbir dengan baik oleh golongan profesional dengan amanah dan telus dan kini kita telah nampak hasilnya," kata Idris.

Kontra dengan kenyataan itu, agensi Bernama hari ini melaporkan, Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan prestasi beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang mengalami kerugian dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Bedah siasat akan dibuat terhadap syarikat berkenaan dan prestasinya akan sentiasa dipantau. Kami akan melihat sekiranya syarikat itu perlu disuntik dengan perubahan pengurusan,” katanya.

Beliau menggesa anak syarikat kerajaan Terengganu seperti Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), TDM Berhad, Golden Pharos dan anak-anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya membuat penilaian dan pembaharuan sesuai dengan cabaran globalisasi.

Ahmad berkata kerajaan negeri berharap perubahan pengurusan bagi beberapa syarikat yang ada kepentingan kerajaan itu akan memberi nafas baru dalam mengharungi hala tuju yang lebih fokus dan bermakna bagi penjanaan ekonomi negeri

Ulasan

Unknown berkata…
Salam,

Apa yang saya nampak beberapa tindakan bekas pimpinan kerajaan dahulu seumpama orang yang baru terkejut daripada lena yang panjang. Apa yang ingin ditonjol seoleh-olah ingin membuktikan bahawa Terengganu dan orang Terengganu sendiri bukanlah orang yang lekeh dan tertinggal sebagaimana persepsi bekas pemimpin itu sendiri. Berbagai slogan dan kata-kata perangsang dicatat sebagai pembakar semangat anak-anak Terengganu. Tidak cukup dengan itu, jutaan ringgit dicurahkan untuk projek dan program yang dikatakan sebagai "tidak pernah difikir/dilihat" oleh rakyat Terengganu. Maka terlihatlah oleh rakyat Terengganu apa yang sebenarnya selama ini tersarang dalam benak bekas pemimpin ini. Tidak dinafikan ada projek yang memberi manfaat namun tidak kurang juga yang dilihat tidak banyak manfaatnya, malah MB sekarang Dato' Seri Mohd Said sendiri dengan lantang menyebut beberapa projek terdahulu, termasuk kejohanan Moonsun Cup ini sebagai membazir. Saya bersetuju dengan pandangan ini, malah kejohanan ini sendiri bukanlah "the very much awaited event" oleh rakyat Terengganu. Kalau ada ruang kemungkinan sebolehnya kejohanan ini boleh dibatalkan terus.

Assuf