Cakap Pak Lah ‘dok pakai’, Mercedes akan terus diguna pakai.

Kerajaan Terengganu akan terus mengguna pakai 14 buah Mercedes E 200 Kompresor untuk kegunaan Exco dan Pegawai Kanan, walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri.

Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu.

Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan.

Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’.

Justeru dengan keputusan kerajaan negeri itu menjadikan kenyataan Abdullah berkenaan kereta tersebut adalah hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri.






Menteri Besar Tak Tahu Pun Rapid Skill !

Nasib malang seratus orang pekerja yang diberhentikan oleh Rapid Skill Sdn Bhd, tidak akan dibela oleh kerajaan negeri kerana Rapid Skill adalah sebuah syarikat swasta.


Bahkan, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said tidak tahu menahu tentang syarikat Rapid Skill Sdn Bhd yang telah menutup operasi pengeluaran papan lapis di kilang Permint Plywood Sdn Bhd.

Ahmad juga menafikan bahawa ada wakil syarikat tersebut yang dating bertemu dengan beliau baru-baru ini sebagaimana yang didakwa.

“Syarikat apa? Rapid Skill syarikat apa? Tak ada, mana ada, siapa dia kata? tak pernah jumpa pun dengan saya, buan-bulan puasa ni, tak pernah jumpa pun dengan saya,

“saya tahu tahu, ni baru pertama kali saya dengar Rapid Skill, Permint Plywood dah tutup kemudian diambil alih, saya tak tahu”kata Ahmad dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta oleh pihak media untuk mengulas pemberhentian secara mengejut 100 orang pekerja sebagaimana yang disiarkan oleh Buletin Online semalam.


Dalam pertemuan Buletin Online dengan wakil pekerja yang diberhentikan kelmarin, mereka mendakwa memang ada kaitan antara Rapid Skill dan anak syarikat kerajaan negeri khususnya Permint Plywood dan syarikat induknya Golden Pharos Bhd.


Menurut wakil tersebut, Rapid Skill menyewa premis kilang Permint Plywood Sdn Bhd setelah kilang tersebut ditutup dua tahun yang lalu.


Sebelum itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah yang turut berada dalam sidang media tersebut telah menyatakan bahawa Rapid Skill adalah sebuah syarikat swasta.


Kenyataan beliau yang juga Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif kepada Golden Pharos Sdn Bhd, syarikat induk kepada Permint Plywood menunjukkan bahawa beliau tahu kewujudan Rapid Skill.


Melalui
laporan kewangan tahunan Golden Pharos 2007, anak syarikat Terengganu yang tersenarai di Bursa saham Kuala Lumpur itu menguasai Permint Plywood Sdn Bhd melalui Permint Timber Corporation Sdn Bhd.


Tahun Melawat Terengganu 2008 Gagal?

Kempen Tahun Melawat Terengganu 2008 hanya boleh di beri gred ‘C’ kerana kurangnya komunikasi diantara kerajaan negeri dengan sektor swasta yang mengakibatkan kurangnya strategi berkesan menjual Terengganu kepada pelancong.

Menurut Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani, walaupun ada pelbagai acara dan produk pelancongan, hanya sedikit usaha promosi dilakukan.

“Mesej tentang produk tersebut tidak jelas, pemasaran tidak kena pada sasaran,
”Piala Monsun lebih menonjol ketika ia dianjurkan,” katanya

Beliau berkata Terengganu sepatutnya mencontohi Sabah, Sarawak dan Melaka dalam usaha mempromosikan industri pelancongan.

”Kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama rapat dengan sector swasta bagi memacu pelancong kepada produk yang betul,”tambahnya

Pengarah Urusan Ping Anchorage, Alex Lee, sebuah syarikat pelancongan, berkongsi sentiment yang sama bahkan mengatakan tidak ada apa-apa yang istimewa tentang Tahun Melawat Terengganu 2008.


Sebagai perbandingan, program yang sama pada tahun 1997 adalah lebih baik dan menurutnya ia adalah kerana strategi marketing yang berkesan.

"Pengiklanan tahun ini tidak menarik walaupun acara yang dijalankan adalah baik. Sebagai contoh, Festival Gamelan Sedunia adalah acara yang baik, namun ia tidak dipromosi dengan cara yang betul,”kata Lee yang juga memberikan gred ‘C’ kepada usaha yang telah dilaksanakan.

Beliau berkata faktor kenaikan harga minyak dan pilihanraya umum pada bulan Mac lalu juga menyebabkan ia terjejas.

Ramai yang merasakan kerajaan negeri tidak tahu bagaimana mahu ‘menjual Terengganu’, begitu jua kerajaan tidak tahu apa yang diperlukan oleh pelancong asing dari negeri Terengganu.

Walaupun sudah enam bulan berlalu dan belum mencapai sebarang kejayaan, Exco Pelancongan, Seni dan Warisan Negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib masih yakin mencapai sasaran kedatang 3.5 juta pelancong.

Sehingga Jun 2008, seramai 1.9 juta pelancong dikatakan telah melawat Terengganu

- Terjemahan bebas, artikel asal dari The Star Online oleh Sean Agustiin


Ulasan