Menteri Lawan Menteri - Teruknya UMNO/ Barisan Nasional

Sehari selepas membuat kenyataan beliau tidak mengarahkan penahanan dan penahanan wartawan Sin Chew di luar pengetahuannya, tiba-tiba Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet.

Beliau berkata demikian memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.

“Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.

“Kalau seorang ahli Kabinet melaksanakan tugasnya, yang lagi satu mengkritiknya secara terbuka, saya tak tahu ke mana kita dan saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kenyataannya kepada pemberita hari ini, Zaid yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dalam penahanan terbaru itu memberitahu, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan bagi mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.

Zaid juga sama sekali tidak menerima alasan Syed Hamid untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit iaitu dilakukan selepas polis mendapat cukup bukti bertujuan mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Naib Presiden MCA, Fong Chan On juga mengkritik penjelasan tidak masuk akal Syed Hamid yang mengatakan penahanan wartawan Sin Chew mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam kelmarin kerana pihak polis mahu melindungi keselamatannya yang terancam




Ulasan