PAS Pembangkang Yang Sangat Bertanggungjawab

>

Kuala Nerus - Parti Islam Se Malaysia (PAS) adalah parti politik pembangkang yang sangat bertanggungjawab, yang memberikan sumbangan kepada kestabilan politik negara dan negeri di Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali ketika berucap dalam majlis Berbuka Puasa di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Malaysia sedang menghadapi satu suasana yang dikatakan yang agak tidak menentu dari sudut politik, macam-macam analisis, macam-macam ulasan yang dibuat,

“tetapi saya yakin dan InsyaAllah (ia akan selesai), oleh kerana kita sendiri (PAS) sebagai pembangkang

yang sangat bertanggungjawab yang boleh memberi sumbangan kepada kestabilan politik negara dan negeri kita, “ujar beliau mengulas perkembangan politik tanahair masa kini.


Menurut beliau antara sumbangan yang diberikan oleh PAS adalah membangunkan pendidikan kepada generasi muda waktu ini.

“Pendidikan salah satu daripada perkara yang sangat asas dan sangat penting, dan biasanya pembangunan manusia dihubungkait dengan pembangunan pendidikan,
”Generasi pada waktu ini pada suatu ketika nanti merupakan orang-orang yang diletakkan di tengah-tengah masyarakat,

“generasi demi generasi akan muncul dan semua akan memainkan peranan,”kata beliau yang turut melancarkan dana pembangunan untuk institusi pendidikan tersebut.

Ketika mengulas pembangunan umat Islam, beliau berkata Islam adalah ugama yang paling pesat membangun dengan pertambahan penduduk Islam meningkat kepada 20% dari jumlah 7 bilion penduduk dunia.


Walaupun begitu menurutnya, umat Islam yang berjumlah 1.5 bilion menghadapi cabaran diseluruh dari sudut ekonomi dan pendidikan terutamanya di negera-negara Afrika.

”Dalam dunia Islam terutamanya sekali di benua Afrika kita umat Islam menghadapi kekurangan dari segi ekonomi dan pendidikan disebabkan perang yang tidak berhenti-henti termasuk perang saudara,”jelas beliau.

Menyorot kembali pembangunan PAS di negeri Terengganu, beliau berkata PAS telah mendirikan pelbagai bangunan dan PAS Besut adalah kawasan yang paling awal mendirikan bangunan sendiri.

Beliau yakin pembangunan yang dilaksanakan oleh PAS negeri Terengganu dapat dijayakan kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan dan muafakat pendokongnya.

”Inilah sebenarnya rahsia yang kita menjadi berjaya oleh kerana kita mengikut apa yang termampu kita buat, kita akan buat,

“antara bangunan yang paling awal dibuat adalah bangunan PAS Besut, tidak ada kewangan yang banyak, tapi buat dengan perbincangan dan berdasarkan keupayaan kita,”katanya.

”Sudah RM 700,000 duit yang telah digunakan, tidak ada satu sen pun duit kerajaan,”tambah beliau mengulas pembangunan masjid yang sedang dibina di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah.


Ijtima’ Perantau Sempena Idulfitri

Kuala Terengganu – Semua anak Terengganu yang merantau ke luar negeri Terengganu (Perantau) di jemput hadir ke program Ijtima’ sempena IdulFitri yang akan diadakan pada 4 Syawal di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

“Samada mereka yang bekerja atau yang masih belajar atau apa-apa jua yang mereka lakukan, sekiranya

pulang ke Terengganu untuk berhari raya, jemputlah ke program Ijtima’ tersebut,” kata Timbalan Pengarah Ijtima’, Mohd Ghazali Abu Bakar, atau yang lebih dikenali dengan panggilan Alga.


Menurut beliau
program Ijtima’ sempena IdulFitri ini adalah merupakan program tahunan PAS Terengganu yang bertujuan menghimpunkan Perantau anak Terengganu bagi merapatkan ukhuwwah dan silaturRahim disamping mengemaskinikan berita dan maklumat berkenaan diri masing-masing, keluarga serta hal ehwal semasa.

“ InsyaAllah, pada tahun ini, sekali lagi program Ijtima’ ini akan diadakan yang dianjurkan bersama oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dengan kerjasama PAS Negeri Terengganu dan juga Kelab Perantau Terengganu,”jelas Alga yang dihubungi Buletinonline dipejabatnya hari ini, Khamis, 29 September.

Beliau berkata program yang bermula jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 1.30 tengahari itu akan turut disertai oleh beberapa pimpinan PAS Terengganu dan Tetamu Kehormat yang hadir adalah Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tok Guru akan turut bersama kita dan semua Perantau, akan berucap dalam majlis perasmian, selain Pesuruhjaya Dato’ Mustafa Ali yang akan mengetuai saf kepimpinan PAS negeri dalam sesi ramah mesra,”jelas Alga lagi.

Adalah dijangkakan seramai 500 orang akan hadir dalam Ijtima’ sempena IdulFitri pada tahun ini memandangkan suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu dan juga isu-isu semasa yang tidak kurang panasnya di negeri Terengganu, tambah beliau.

Sehubungan dengan itu Setiausaha Ijtima’ Ustaz Mohd Nasir Abd Karim memaklumkan supaya semua Perantau yang berhajat untuk hadir digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi memudahkan pihak urusetia mengendalikan majlis.


Beliau berkata pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada dppnt@yahoo.com dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada beliau di nombor 013-9229 463 atau kepada saudara Alga di nombor 013-9332 304.


Bagi Perantau di Lembah Kelang boleh menghubungi Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong, di nombor 019-218 3070

Ulasan