Kalah PRU - PAS Terengganu tidak gagal, Islam Hadhari Kelirukan Rakyat


Hulu Terengganu - Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 dan juga kekalahan pada PRU ke-12 Mac lalu, kedua-duanya dilihat berpunca dari kekeliruan rakyat terhadap ‘jenama’ Islam Hadhari.

“Sebenarnya, kekeliruan pengundi di Terengganu. Dia (rakyat) keliru sedikit dengan apa yang UMNO hendak buat dan apa yang PAS hendak sampaikan.

“Saya tidak nampak itu kegagalan PAS kerana banyak program-program yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh sendiri banyak menggunakan ‘tagging’ Islam,”kata Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditemui selepas majlis ceramah di Pekan Manir, dekat sini semalam

Beliau berkata rakyat terutama di kalangan para pengundi keliru diantara apa yang UMNO hendak buat serta apa yang PAS hendak sampaikan. (Gambar - Nizar bersalaman dengan orang ramai selepas majlis ceramah)

“Dia (Idris) telah memberikan ‘tagging’ (label) Islam dan itu yang keliru. Bahkan, kita dapati Islam hadhari masih banyak ‘dimainkan’ di Terengganu.

Katanya, pihak kerajaan UMNO/BN Terengganu telah menyediakan peruntukkan bagi agenda Islam Hadhari.

“Kerajaan telah sediakan peruntukan untuk perkampungan Hadhari, Expo Hadhari. Terengganu yang banyak dan itu mengelirukan rakyat,” jelasnya

Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata PAS memerlukan sedikit perubahan dalam konteks penyampaian bagi mesej Islam itu sendiri.

Beliau menyarankan sekiranya penyampaian PAS boleh diubah dalam bentuk kontemporari (semasa) rakyat pasti boleh menerimanya.

“Itulah masalah PAS hari ini, sebab tidak boleh hendak membawa satu-satu isu dijadikan ia sebagai suatu kontemporari.
“Kita (PAS) lihat ianya sebagai ‘haram’ tidak boleh buat dan ‘halal’ boleh buat. Jika kita mengambil beberapa hujah yang ada bertolak ansur, saya rasa dia (rakyat) boleh terima,” ujarnya.

Menurut Ir Mohamad Nizar, beberapa tindakan yang dilakukan oleh PAS Terengganu itu nampak sahaja macam keras tetapi sebenarnya tidak keras dan sesuai dengan penghayatan Islam dikalangan masyarakat Terengganu.

Ketika diminta mengulas pendapat pihak-pihak tertentu terhadap dasar-dasar pemimpin PAS Terengganu yang dikatakan agak keras, beliau berkata, ianya ada kemungkinan tetapi tidak boleh dijadikan sebagai umum.

“Di Perak misalnya, kami (kerajaan) tidak memberikan permit ‘Jom Heboh’ dan itu nampak macam suatu tindakan yang keras tetapi bila kita buat tidak menjadi masalah.
“Rakyat boleh terima dan orang UMNO pun boleh terima dan sepatutnya, orang di Terengganu boleh terima dan bukan suatu isu kekerasan PAS,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis ceramah semalam adalah Timbalan Pesusruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib dan Ketua Penerangan Hj Muhyidin Abd Rashid


Penyokong UMNO Hina Institusi Raja – Arahan Lanjut Pendakwaan Ditunggu


Kuala Terengganu – Rakyat Terengganu khususnya kini menunggu hasil siasatan pihak polis terhadap laporan yang dibuat mengenai satu perhimpunan haram yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman pada 23 Mac 2008 lalu. Menurut surat yang ditandatangani oleh Superitendan Khairi Ahrasa bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Terengganu, beliau sukacitanya memaklumkan siasatan berkenaan perkara tersebut telah selesai dijalankan.(Gambar - sedutan perhimputan haram yang disiarkan oleh stesyen TV tempatan)

Dalam surat yang ditujukan kepada Muhammad Fauzi Abu Samah, Khairi turut menyatakan pihak beliau menunggu arahan lanjut berkaitan pendakwaan apabila kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Surat tersebut yang bernombor rujukan (PR) 35/26 bertarikh 16 Sptember adalah respon pihak polis terhadap surat yang dihantar oleh Fauzi kepada pihak polis pada 11 September 2008.

Pada 26 Mac lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis berhubung ‘perhimpunan haram’ para penyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata salah satu slogan kain rentang yang diangkat semasa perhimpunan haram tersebut telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan yang berbunyi ‘Kami Nak Idris, Natang’ yang bermaksud ‘Binatang’.

Perhimpunan haram yang telah di ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama adalah ekoran penentangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Surat respon Polis Terengganu telah disiarkan dalam laman rasmi MAMPAT sejak 12 Oktober lalu

Bacaan Berkaitan;
Selamat Hari Raya PDRM Kontingen Terengganu, Selamat Hari Raya BPR Terengganu!
UMNO hina Institusi Raja Berpelembagaan - MAMPAT buat laporan polis

Ulasan