Tok Guru Hargai Kunjungan Kit Siang – Kerjasama Dengan DAP Di Teruskan

Kuala Terengganu - Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghargai kesudian Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi beliau sempena sambutan Idul Fitri dirumahnya kelmarin.

Beliau berkata dengan kunjungan Kit Siang itu bermakna kerjasama antara PAS dan DAP di teruskan, khususnya untuk sidang parlimen,

Menurut beliau secara organisasi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat mempunyai satu forum dimana penyelarasan berkaitan dibuat yang dipanggil sebagai Majlis Presiden.

”Majlis Presiden terus berjalan dan sering bermesyuarat, yang terakhir di Parlimen, cuma bulan puasa sahaja tidak diadakan mesyuarat,”kata beliau yang ditemui selepas Majlis Perasmian Ijima’ Idul Fitri bagi Perantau yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, dekat sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan-timbalan Pesuruh Jaya, Dato’ Ustaz Harun Taib, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Dato’ Wan Mutalib Embong serta lain-lain anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

Kehadiran HINDRAF Tanpa Kekecohan Tidak Biadap – Presiden PAS


Kuala Terengganu - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru berpendapat kehadiran HINDRAF dalam majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri,
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada

Rabu lalu (1 Syawal) tidak biadap kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa kekacauan.

”Saya rasa tidak biadap, tidak biadap, itu biasa dalam amalan demokrasi, itu satu perubahan zaman Perdana Menteri ini.

”Dia (polis) boleh halang, tak benarkan masuk, mengapa dia orang buka (benarkan), ada polis yang jaga daripada awal,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut yang dianggap biadap oleh penyokong UMNO kerana kehadiran para penyokong HINDRAF ke majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dengan membawa ‘banner’ umpama demonstrasi.

Beliau yang ditemui pihak media selepas Majlis Ijtima’ Idul Fitri di Kuala Ibai dekat sini turut menyifatkan kehadiran pemimpin dan penyokong HINDRAF dengan cara demikian adalah satu cara menunjukkan perasaan mereka dan patut dipandang secara positif.

“Cumanya cara majlis hari raya, dia orang tak boleh jumpa Perdana Menteri, itu masa yang dia boleh jumpa,

bawa ‘banner’ itu semangat dia (HINDRAF) mungkin dia orang terasa kerana keluarga dia, sahabat dia yang kena tahan, itu satu perubahan dalam amalan demokrasi dan sepatutnya dipandang secara positif.
“Saya tak nampak dia orang (HINDRAF) buat kecoh, angkat bendera (tapi) tak ada bertumbuk tak ada apa, itu satu benda yang baiklah,”tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap semua pimpinan politik bersama-sama memikul tanggungjawab menghadapi ‘bencana’ politik ekonomi dunia yang berlaku hari ini.

“Kita tidak boleh memandang ringan terhadap krisis kewangan yang berlaku di Amerika,

“sudah tentu ada kesan kerana kebanyakkan negara dunia ditakluk oleh penjajahan ekonomi Amerika (melalui) penguasaan dollar,

“sudah tiba masanya Malaysia membebaskan diri daripada bergantung kepada Amerika,”katanya

Beliau turut menyarankan supaya usaha mengalihkan pelaburan Malaysia kepada negara-negara Asia Barat dan negara-negara Eropah di pertingkatkan agar pergantungan ekonomi tidak hanya kepada satu pihak sahaja.

Ulasan