Video Lucah Dikalangan Pelajar – Kesan Pendidikan Mengutamakan Bahasa dan Budaya Asing


Marang – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan akses yang tidak terkawal keatas bahan lucah di internet menyumbang kepada pengedaran klip video yang tidak senonoh itu.

Beliau merasa kesal kerana kerajaan tidak mengawal dan mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh keatas penyalahgunaan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang ada pada hari ini.

“Ia (satu) penyalahgunaan kemajuan IT yang ada pada hari ini, gejala yang tidak betul dalam menghayati ilmu pendididikan,
”kita tidak mempunyai undang-undang kawalan yang betul-betul boleh membasmi kemungkaran ini ”kata beliau dirumahnya di Kampung Rhusila hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar perdana mendedahkan pengedaran video lucah yang melibatkan pelajar sekolah menengah, yang dikatakan berasal dari negeri di Pantai Timur.

Beliau berkata amalan mengambil gambar lucah adalah bukan dari budaya tempatan tetapi ia datang dari budaya asing, kesan dari sistem pendidikan yang mengutamakan bahasa, budaya dan nilai asing.

”Untuk memperkasakan rakyat melalui pendidikan mesti dengan bahasa ibunda, mengilmukan masyarakat dengan bahasa kebangsaan dan ibunda,
”ini kerajaan duduk tekan dalam bahasa Inggeris,(kesannya) sekarang bahasa Inggeris bukan untuk ilmu, “untuk lihat internet lucah, untuk belajar bagaimana buat video lucah,”katanya.

Keruntuhan Akhlak Bertukar Jadi Pembunuh Psiko - Gadis rendam bayi dalam baldi

Kuala Terengganu – Keruntuhan akhlak dan moral dinegeri Terengganu kini sudah terlalu serius sehingga melibatkan kejadian jenayah bunuh yang zalim mengerikan dan tiada perikemanusiaan hampir sama dengan pembunuh-pembunuh ‘gila’ (psiko) di Negara Barat.


Seorang gadis muda berumur 21 tahun yang telah melakukan perbuatan terkutuk lalu mengandung mengaku mengaku bersalin seorang diri di dalam bilik air di rumah sewanya di Jalan Tekukur antara jam 3 hingga 4 pagi pada hari kejadian.

Sinar Harian memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, hasil soal siasat gadis (gambar) tersebut juga memberitahu dia memotong tali pusat bayi berkenaan sebelum merendamnya di dalam sebuah baldi berisi air.

“Dia merendam bayi itu bagi mengelak daripada menangis dan membuat bising hingga mengejutkan rakan serumah kerana mereka semua tidak tahu suspek mengandung serta bersalin,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Fauzi, gadis berumur 21 tahun itu kemudiannya memasukkan bayi malang itu ke dalam sebuah beg dan membuangnya di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) kira-kira jam 6 pagi dengan menggunakan motosikal yang dipinjam daripada rakan serumah.

Beliau memberitahu, perbuatan gadis yang bekerja sebagai kerani itu terbongkar apabila orang awam membuat laporan polis ekoran melihat perlakuannya mencurigakan

Berita Lanjut;
Kerani direman berhubung penemuan mayat bayi di Masjid Terapung


Kerajaan Mesti Berlaku Adil Memberi Bantuan Kepada Mangsa Bencana.

Setiu - Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah menggesa kerajaan negeri mestilah bersifat adil dan menyalurkan segera bantuan kepada 22 mangsa ribut dan hujan batu di Kampong Pak Ba dekat sini, tanpa mengira fahaman politik.


Beliau yang ditemui berkata demikian dalam mengulas aduan mangsa-mangsa bencana tersebut yang masih belum menerima apa-apa bantuan dari pihak kerajaan.


Katanya rakyat mempunyai hak serta pilihan dalam negara demokrasi dan kerajaan perlu menunaikan tanggungjawab dengan adil dan telus.


“Dalam masalah bencana kerajaan tidak boleh pilih ‘bulu’ kerana hak rakyat untuk berparti atau tidak dalam negara demokrasi,”ujar beliau.

Pada 21 September lalu Kampung Pak Ba telah dilanda ribut dan hujan batu menyebabkan 22 buah rumah penduduk rosak teruk terutama di bahagian atap.

Tinjauan Buletinonline mendapati keseluruhan atap rumah 22 orang mangsa bocor akibat bencana tersebut dan perlu diganti dengan yang baru.

Seorang mangsa bencana, Encik Ahmad Amit, 50, berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.00 petang pada hari tersebut.


Menceritakan detik kejadian tersebut Ahmad berkata, hujan lebat beserta angin, kilat yang membawa bersama ketulan-ketulan ais batu sebesar duit 20 sen menembusi atap-atap zink di setiap buah rumah mangsa.


“Saya tidak pernah lihat sebelum ini kejadian hujan batu berlaku di kampung ini yang menimpa dan merosakkan bumbung rumah kami.

“semua 100 keping atap zink rumah saya bocor dan perlu disalin baru,”kata Ahmad ketika ditemui dirumahnya.


Menurutnya lagi laporan telah dibuat kepada pihak Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) namun sehingga kini sudah hampir sebulan berlalu, beliau belum menerima apa-apa bantuan.


Sorang mangsa bencana yang sama, Encik Abdullah Ibrahim, 64, turut sama mendakwa belum menerima apa-apa bantuan kerajaan.


Katanya bencana hujan batu itu telah merosakkan sebahagian besar atap rumahnya dan perlu diperbaiki segera.


“Saya belum dapat apa-apa bantuan atap lagi walau pun sudah hampir satu bulan kejadian hujan batu melanda kampung ini,” ujarnya.


Beliau menyatakan kekesalan kerana menurutnya, kerajaan hanya mengutama penyokong kuat parti UMNO dan pilih kasih dalam memberikan bantuan.


Menurutnya mangsa ribut yang dianggap penyokong kuat parti tersebut telah pun menerima bantuan.


Seorang tukang rumah, Encik Ibrahim Yaakob, 44, memerlukan tidak kurang RM3,000 bagi menggantikan atap-atap rumahnya yang rosak hampir keseluruhan akibat ditimpa hujan batu.


Katanya, bantuan kerajaan negeri terlalu lambat dan mangsa-mangsa yang terlibat tidak dapat tidur jika hujan berlaku pada malam hari.


“Saya tidak tahu ke mana hendak mengadu lagi. Rumah-rumah kami yang belum menerima bantuan atap menghadapi masalah jika hujan.

“Jika hujan dimalam hari kami anak-beranak tidak dapat tidur kerana seluruh penjuru rumah basah akibat kebocoran atap zink,” jelasnya dengan nada hiba.


Katanya, kerajaan negeri tidak wajar melambat-lambatkan bantuan kepada penduduk yang dilanda bencana ini.

Untuk rekod, pada bulan Ogos 2008 lalu, kerajaan Terengganu telah memperuntukkan sejumlah RM6.4 juta bagi bantuan menyalin atap zink dan nipah rumah penduduk di seluruh negeri ini.

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan oleh kerajaan negeri sebanyak RM200,000.00 bagi maksud bantuan berkaitan.

Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga bekas Exco Kebajikan Kerajaan PAS berkata semasa pemerintahan PAS, bantuan diberi secara adil tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata Tabung Darul Iman yang diasaskan pada zaman pemerintahan PAS khusus untuk memberi bantuan kepada segera kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, ribut dan kemalangan di lautan.

Ulasan