PAS UNTUK SEMUA:
PENGHAYATAN DAN TUNTUTAN
Mukaddimah
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
اَلحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَاْلَمِيْنَ اَلَّذِيْ شَرَّفَنَا بِخِدْمَةِ الإِسْلامِ وَالْمُسْلِمِيْنَ, وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ وَعَلَى آلِ بَيْتِهِ الطَّاْهِرِيْنَ الْمُطَهِّرِيْنِ وَأَصْحَاْبِهِ الْمُكَرَّمِيْنَ وَأَتْبَاْعِهِمْ المُخْلِصِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَِى يَوْمِ الدِّيْنَ.
Kita bersyukur ke hadhrat Allah S.W.T yang telah mengurniakan puasa bulan Ramadhan. Semoga dengan puasa ini kita bergerak setapak menjadi orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi mencapai darjat orang-orang yang bertaqwa. Sementara sepanjang bulan Syawal ini kita menyambut Idulfitri di samping mengingatkan peristiwa Ahzab di mana musuh-musuh Islam terus bersatu untuk menentang kebangkitan Islam. Ramadhan adalah ujian kerohanian; kita menyerahkan seluruh perasaan kepada Allah S.W.T dan Syawal adalah ujian rohani dan jasmani dengan kemewahan dan hiburan yang banyak, kita berdepan dengan musuh-musuh Allah S.W.T yang bersatu dari kalangan Yahudi, Nasara dan musyrikin. Marilah kita sama-sama mengingati peristiwa Ahzab yang telah termaktub di dalam al Quran, serta menyedari hakikat janji Allah kepada kita sekalian:
Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : “inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya (yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya itu ialah kemenangan sesudah mengalami kesukaran) kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. (Ayat 22 surah Al Ahzab).
Hari ini, pimpinan PAS Terengganu di semua peringkat berhimpun dalam Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu Kali Ke 12 dengan tujuan untuk bertemu dan berbincang cara-cara bagi memantapkan parti dan mencapai kemenangan di dalam pilihanraya yang akan datang. Di samping itu, kita tetap peka dengan perkembangan semasa menunggu perubahan politik dan kepimpinan negara berdasarkan kepada lanskap kesedaran ahli-ahli politik semua parti dan kesedaran masyarakat untuk melihat perubahan segera pemerintahan
Kita juga bersyukur ke hadhrat Allah S.W.T yang telah memenangkan kita dengan perjuangan Islam dan telah menjatuhkan pemimpin zalim Negeri Terengganu pada masa yang lalu.
Dalam perhimpunan ini, saya akan cuba untuk berbicara dengan saudara saudari sekalian enam perkara utama dalam memastikan PAS menjadi sebuah parti yang dominan dan mampu menggarap perjuangan ummah sehingga PAS dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dan nasional malah diterima umum oleh masyarakat antarabangsa.
Pertama; Sokongan politik orang Melayu kepada Islam, PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Kedua; Pencapaian PAS semenjak 25 tahun. Ketiga; Peranan kita. Keempat; PAS adalah untuk semua. Kelima; Komitmen PAS. Keenam; Tuntutan dan arahan.
Saudara saudari yang dirahmati dan diberkati Allah sekalian,
1.0 Sokongan politik orang Melayu kepada Islam, PAS dan Pakatan Rakyat (PR).
1.1 Islam adalah rahmat ke seluruh alam.
1.1.1 Marilah kita sama-sama kita melaksanakan tugas berdasarkan sirah perjuangan Rasulullah S.A.W yang menjadi rahmat kepada seluruh alam berdasarkan kepada nas Al Quran:
“Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (ayat 107 surah al Anbiyaa’).
Sabda baginda S.A.W:
إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ
“Sesungguhnya aku adalah rahmat yang memberi hidayat”. (Riwayat al Hakim di dalam Al Mustadrak).
Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja membawa rahmat kepada orang-orang Islam, tetapi turut menjadi rahmat kepada orang-orang bukan Islam. Ketika sahabat-sahabat R.A meminta supaya baginda S.A.W melaknat orang-orang kafir Quraisy, baginda S.A.W menjawab:
إِنِّيْ لَمْ أُبْعَثُ لَعَّاْنًا وَإِنَّمَاْ بُعِثْتُ رَحْمَةً
“Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai penglaknat akan tetapi aku diutus sebagai rahmat”. (Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih).
1.1.2 Sesungguhnya dunia telah mendapat rahmat apabila Islam membawa sistem yang menjamin kehidupan manusia[i]. Dalam hal ini As syahid Abdul Qadir Audah menulis: “… syariat Islam adalah merupakan suatu peraturan yang cukup sempurna untuk dijadikan panduan hidup oleh golongan bani Adam yang datang dan pergi silih berganti dari suatu zaman ke suatu zaman”[1].
Sebagai catatan, mari kita mengambil kata-kata Perdana Menteri
1.1.3 Agama Islam berkembang dengan pantas. Islam bukan sekadar bertapak di sebelah Timur; benua
Khusus mengenai
1.2 Sokongan Orang Melayu kepada PAS.
1.2.1 Sejarah telah menyaksikan pengaruh Islam ke atas alam Melayu yang pada mulanya di bawah pengaruh Hindu-Budha pada zaman Majapahit dan Langkasuka telah digantikan dengan tamadun Islam. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka Islam sudah pun menjadi hukum yang diamalkan[5].
Kemudian betapa penjajah kafir Kristian dari Eropah atau Budha dari
Di semenanjung Tanah Melayu, penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris tidak mampu mengkristiankan orang Melayu walaupun telah dicuba dengan pelbagai helah dan tipu daya melalui gereja-gereja, sekolah misionari dan terjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu[7].
Malah tercetus penentangan-penentangan berterusan oleh pahlawan-pahlawan Melayu di zaman British seperti Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh. Roh jihad yang ada pada diri orang Melayu sesungguhnya tidak luntur sampailah ke zaman merdeka.
Kemuncak penentangan orang-orang Melayu terhadap Inggeris berlaku dengan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945 pimpinan Doktor Burhanuddin Al Helmy bersama dengan parti-parti yang dianggap berhaluan kiri oleh Inggeris. Apabila Inggeris menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 UMNO/PEKEMBAR ditubuhkan bagi menentang gagasan tersebut. Kemudian ditubuhkan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang kemudian diharamkan oleh penjajah Inggeris.
1.2.2 Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS) ditubuhkan tahun 1951 untuk menjadi mata rantai perjuangan dan jihad sebelumnya. Wadah ini lahir dalam suasana untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan, dalam suatu konteks yang berbeza dengan UMNO. Sesungguhnya penubuhan PAS membawa era baru perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan.
Dalam menggarap sokongan masyarakat, PAS telah menyertai pilihanraya umum pada Julai 1955. Pada ketika ini Tanah Melayu belum lagi merdeka. Parti ini mendapat sokongan besar masyarakat Melayu terutama di kalangan para ulama. Selepas itu penjajah Inggeris merasakan penentangan dan jihad berterusan. Lantas mereka memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
PAS dengan penuh sabar dan bijaksana menghadapi pilihanraya semenjak merdeka hingga ke hari ini. Segala macam tekanan dan ancaman dilakukan ke atasnya oleh kerajaan Perikatan dahulu dan Barisan Nasional mahu pun daripada UMNO. Lihatlah peristiwa-peristiwa bagaimana ganasnya Pemuda Tahan lasak sepanjang kempen pilihanraya 1969, bagaimana Kelantan dimagerankan tahun 1978, peristiwa Memali 1985, peristiwa Lubuk Merbau 1986. Lihatlah bagaimana pemerintah BN memperalatkan seluruh kekuatan kerajaan dan media
1.2.3 PAS telah banyak mengemukakan penyelesaian samada dalam masa pemerintahannya secara bersendirian atau pun dalam zaman kerajaan campuran (1970 – 1974) dan Barisan Nasional (1974 – 1978). Kehadiran PAS dalam arena politik menjelaskan kepada masyarakat kesungguhannya untuk memimpin negara dan rakyat dengan dengan suatu dasar yang adil dan kesediaan bertolak ansur dengan semua pihak. Penyertaan PAS dalam kerajaan PR di negeri-negeri menjelaskan lagi kenyataan ini.
Alhamdulillah, hari ini PAS telah diterima sebagai sebuah parti yang aman dan mengemukakan dasar perjuangan yang selesa untuk semua pihak.
1.3 Sokongan rakyat kepada BA/PR
1.3.1 PRU ke 12 juga telah menyaksikan bagaimana sokongan rakyat berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu satu gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan selepas pilihanraya. Sokongan ini adalah satu anjakan baru di dalam politik tanahair. Mudah-mudahan kita memperolehi sokongan baru daripada masyarakat berbilang kaum ini. Kepada orang-orang melayu mereka patut ingat bahawa Allah S.W.T mungkin menggantikan mereka yang asalnya beragama Islam tetapi apabila mereka meninggalkan Islam, mereka digantikan dengan golongan yang lain. Seperti yang telah dijelaskan di dalam al Quran di dalam surah al Maidah:
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya…” (ayat 54 surah al Maidah).
1.3.2 Di bawah ini saya perturunkan statistik mengenai sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat kepada parti-parti berdasarkan kepada bilangan wakil-wakil rakyat Islam dan bukan Islam di peringkat Parlimen.
Analisa Statistik Ahli Parlimen Islam dan Lain-lain
PARTI | ISLAM | LAIN-LAIN |
BN | 90 | 50 |
PKR | 20 | 11 |
DAP | - | 28 |
PAS | 22 | - |
BEBAS | 1 | - |
JUMLAH | 133 | 89 |
Jumlah Ahli Parlimen Islam dalam BN (UMNO dan Lain-lain) = 90
Jumlah Ahli Parlimen Islam dalam PR = 42
Jumlah Ahli Parlimen Bukan Islam dalam BN = 50
Jumlah Ahli Parlimen Bukan Islam dalam PR = 39
Statistik ini menunjukkan kepada kesimpulan; iaitu Islam boleh dilaksanakan sekiranya wakil-wakil rakyat menghendakinya kerana jumlah mereka yang beragama Islam adalah majoriti. Lebih-lebih lagi sekiranya negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mendapat pertambahan kawasan Parlimen di dalam pilihanraya yang akan datang. PAS mesti berada di tengah-tengah masyarakat dan memimpin mereka dalam pelbagai bidang kehidupan. Sikap mengasingkan diri daripada masyarakat tidak memberi keuntungan sama sekali.
2.0 Pencapaian PAS semenjak 25 tahun
Semenjak suku abad yang lalu PAS telah masuk ke dalam era kepimpinan ulama’, menjadikannya sebuah gerakan
2.1 Menegakkan matlamat hidup di atas jalan siratol mustaqim, jalan yang lurus dan tidak terpesong. Sebagaimana yang kita bacakan di dalam setiap rakaat solat:
“ Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat” (ayat 6-7 surah al Fatihah).
2.2 Melahirkan satu bentuk gerakan politik Islam di negara ini yang mantap sehingga Islam dilihat sebagai satu kuasa politik yang boleh menyelesaikan masalah umat manusia secara umum dan menyelesaikan masalah masyarakat plural di negara ini secara khusus menerusi aspek-aspek berikut:
2.2.1 Penubuhan Syura Ulama PAS (1985).
2.2.2 Pembangunan organisasi dan institusi-institusi (1985), (PASTI, AMAL dan lain-lain).
2.2.3 Memasyarakatkan PAS (1987) (Pusat Khidmat Masyarakat).
2.2.4 Memperkemaskan perlembagaan.
2.2.5 Engagement dengan masyarakat bukan melayu (CCC dan Kelab Penyokong PAS).
2.2.6 Kemenangan Kelantan (1990) dan Terengganu (1999), gerakan tajdid, memperkenalkan Undang-undang Jenayah Syariah kepada masyarakat.
2.2.7 Kemenangan dengan mendapat kerusi dalam Dun-dun di semua negeri di Malaysia Semenanjung kecuali Melaka.
2.2.8 Mempertegaskan dasar Islam sebagai Addin untuk diterima oleh Pakatan Rakyat.
2.3 Menyertai pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat pelaksanaan Islam. Kita telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin di setiap negeri sebagai persediaan untuk memerintah di peringkat negeri dan pusat.
2.4 Menghadapi tribulasi dan meneruskan perjuangan dengan sabar. Sehingga hari ini PAS telah melahirkan mereka yang berjuang dengan penuh komitmen (مرابطون) di dalam pelbagai bidang bagi menegakkan syariat Islam dan menuntut keredhaan Allah S.A.W. Dibawah ini disenaraikan perjalanan yang dilalui oleh PAS dalam meniti perjuangannya:
TAHUN | PERISTIWA | CATATAN |
1955 | Menyertai pilihanraya umum | Menang satu kerusi di Perak |
1959 | PRU kali 1 selepas merdeka. PAS perintah Terengganu (2 tahun 4 bulan) | Kerajaan PAS jatuh akibat perpecahan dalam parti dan konspirasi Perikatan |
1964 | PRU ke 2. PAS perintah Kelantan (18 tahun) | PAS membuktikan kemampuannya |
1969 | PRU ke 3 – Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei | UMNO dan PAS bersama menyelesaikannya |
1970 | Kerajaan campuran | Usaha Islamisasi oleh PAS |
1974 | PAS menyertai Barisan Nasional – PRU ke 4. | Tekanan terhadap PAS dari dalam kerajaan |
1978 | Mageran di Kelantan – PRU ke 5 | Konspirasi UMNO – Penubuhan Berjasa dan PAS mengalami kekalahan teruk. |
1980 | PAS membuat pemulihan | Strategi BN menggunakan isu kafir mengkafir |
1982 | PRU ke 6 - PAS menambah kerusi | Tekanan terhadap PAS dan di ikuti dengan Operasi Lalang 1984 |
1986 | PRU ke 7 – Peristiwa Memali | Usaha BN menghapuskan pengaruh PAS. Kesedaran baru terhadap kezaliman UMNO |
1987 | PAS memperkenalkan dasar memasyarakatkan PAS | Bagi menghadapi fitnah UMNO melalui isu kafir mengkafir |
1988 | Perpecahan Umno – UMNO Baru | Kerjasama PAS dengan Semangat 46 |
1990 | PRU ke 8 – PAS perintah Kelantan | BN berusaha mengharamkan nama PAS |
1995 | PRU ke 9 | PAS membuat pemulihan |
1998 | Anwar ditahan | Reformasi |
1999 | PRU ke 10 – PAS/BA memerintah Terengganu | Kerajaan Pusat dengan permintaan UMNO Terengganu telah merampas royalti minyak dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas negeri Terengganu (mulai tahun 2000) |
2004 | PRU ke 11 – Pas/BA kehilangan Kerajaan Terengganu akibat pengundi hantu | Kerajaan Terengganu pimpinan Idris Jusoh melakukan kezaliman yang belum pernah disaksikan sebelum ini |
2008 | PRU ke 12 | Rakyat marah kepada BN - PR memerintah 5 negeri – BN membuat perubahan strategi (prihatin terhadap rakyat). Sikap pengundi Melayu tidak berubah. |
2.5 Menghindarkan sikap isti’jal. Iaitu sikap ketergesaan untuk melihat kemenangan sehingga mendedahkan jemaah kepada pukulan merbahaya dari penentang-penentangnya di dalam dan di luar negeri. Sikap inilah yg sering diperingatkan kepada kita oleh junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dalam banyak keterangan sunnah. Di antaranya penegasan Rasulullah S.A.W kepada Khabbab Ibnu Al Art R.A, dan jaminan kemenangan Islam yg akan berlaku apabila sikap sabar dan tidak isti’jal itu menguasai perasaan dan tindakan pendukung-pendukung Islam[iii].
وَاللهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ حََتَّى يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مَنْ صَنْعَاْءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لا يَخَاْفُ إِلا اللهَ وَالذِّّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَأَنْتُمْ تَسْتَعْجِلُوْنَ
“Demi Allah sesungguhnya Dia (Allah) akan menyempurnakan urusan ini sehingga orang dapat mengembara dari Sana’a ke Hadhramaut, tiada yang ditakuti melainkan Allah dan mungkin takut kepada serigala yang akan memakan kambingnya, tetapi kamu tergesa-gesa” (Riwayat Muslim di dalam Sahih)[9].
Sebagai mulahazah, kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak diselewengkan oleh apa-apa keadaan sekali pun, kerana sesungguhnya musuh-musuh kita dari kalangan Ahlul Kitab sentiasa mendorong supaya kita tergelincir daripada jalan yang lurus. Allah S.W.T menegaskan:
“Katakanlah: "Hai ahli kitab, Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?". Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan” (ayat 99 surah Ali Imran).
2.6 Meneruskan pergerakan untuk menuntut keampunan dan syurga Allah (الفوز العظيم) serta kemenangan politik atau pembukaan yang dekat (فتح قريب) dengan cara terus beristiqamah dalam beriman kepada Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W serta berjuang di jalannya dengan harta dan jiwa raga seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam ayat 10 hingga 11 surah as Saff.
3.0 Peranan kita.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat darjat manusia lebih daripada makhluk yang lain. Dengan tujuan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah dan khilafah bagi memakmurkan alam ini mengikut arahan Tuhannya. Manusia diberikan persediaan dan kemampuan untuk menjalankan khidmat kemanusiaan. Allah menetapkan dasar kesatuan kemanusiaan sebagai satu dasar yang fitrah dan peraturan yang tetap. Al Quran menjelaskan bahawa mereka ini adalah umat yang satu dan hidup di dalam keluarga manusiawi yang satu[10].
Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berperanan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Iaitu menyediakan sumber-sumber untuk menguatkan diri dan jamaah agar kita dapat menjalankan khidmat untuk menegakkan kesejahteraan (السلم). Marilah kita sama-sama membaca firman Allah:
“Dan siapkanlah kekuatan (senjata) sebaik mungkin yang kamu sanggup untuk menghadapi mereka (musuh-musuh yang memerangi kamu). Dan kuda yang ditambat (dipelihara) untuk berperang, kamu dapat menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang lain selain dari mereka (musuh kamu) yang tidak kamu kenali, tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu korbankan pada jalan Allah, nescaya kamu akan memperolehi balasan yang cukup dan kamu tidak akan dianiaya” (ayat 60 surah Al Anfal).
Ayat ini menuntut kita melakukan semampu mungkin persediaaan dalam membentuk kekuatan bagi menghadapi musuh Allah dan musuh umat Islam kerana mereka sentiasa merancang untuk merosakkan aqidah, menggugat keamanan dan kesejahteraan tanahair melalui pelbagai kaedah politik, budaya mahu pun ketenteraan. Rasulullah S.A.W telah mengingatkan anda semua dengan sabdaNya:
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
“Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab ke atas orang bawahannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru, kita semua bertanggungjawab melaksanakan tindakan-tindakan berikut:
3.1 Mengukuhkan organisasi parti
Setiap organ PAS daripada peringkat cawangan, seterusnya kawasan dan perhubungan, masing-masing bertanggungjawab bagi memartabatkan PAS di dalam masyarakat.
3.1.1 Cawangan PAS berperanan mencari ahli melalui pendekatan secara fardhiyyah dan jamaiyyah. Sesungguhnya di peringkat cawanganlah berpusatnya gerakan memasyarakatkan PAS melalui usaha-usaha memakmurkan institusi-institusi masyarakat seperti masjid, surau dan madrasah, meningkatkan persaudaraan Islam di kalangan anggota kariah, menggalakkan gerak kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar, bantu membantu di antara satu sama lain, serta menyerlahkan syiar Islam di mana-mana sahaja di dalam masyarakat. Cawangan PAS sebagai nukleus kepada semua pergerakan.
3.1.2 Kawasan-kawasan pula berperanan melonjakkan keupayaan politik PAS di dalam kawasan dan DUN melalui perancangan strategik politik pilihanraya. Perancangan yang mengambil kira keupayaan setiap Dun untuk menang melalui penambahan undi secara yang terancang. Bidang-bidang pergerakan kawasan berdasarkan kepada lajnah-lanjah selalunya tidak banyak berfungsi untuk menggarap pengaruh, memandangkan keadaan ini maka lajnah-lajnah di kawasan patutlah dikaji sebaik-baiknya supaya ada pergerakannya selari dengan keperluan dan kehendak masyarakat.
3.1.3 Di peringkat perhubungan, perancangan induk penguasaan negeri dilakukan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan calon, pergerakan musuh, kaedah penerangan dan saraf serta pelbagai sumber kekuatan dalam bidang kewangan, peralatan-peralatan, bahan-bahan audio visual, penerbitan dan lain-lain.
3.1.4 Sayap-sayap parti (Dewan-dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat) masing-masing mempunyai peranan yang sangat berpengaruh dan signifikan dalam meningkatkan jati diri parti serta peranan mendidik pemimpin masa hadapan.
3.2 Menguruskan institusi-institusi
3.2.1 Islam telah meletakkan institusi masjid sebagai tonggak utama pembangunan masyarakat. Kerana itu Rasulullah S.A.W mendirikan masjid Quba’ apabila sampai di pinggir Madinah dan seterusnya mendirikan masjid Nabawi di tempat persinggahannya di perkarangan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Masjid menjadi pusat peribadatan dan kemasyarakatan.
3.2.2 Rasulullah S.A.W juga menginstitusikan konsep persaudaraan Islam sehingga menjadikan antara Muhajirin dan Ansar sebagai satu institusi keluarga yang tidak boleh dipisahkan maka benarlah firman Allah S.W.T:
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (ayat 10 surah Al Hujurat)
3.2.3 Kemudian Rasulullah S.A.W memproklamirkan Perlembagaan Madinah. Maka dengan menginstitusikan atau melembagakan undang-undang ini sempurnalah ketiga-tiga tonggak masyarakat dan negara Islam yang pertama dalam sejarah tamadun manusia.
Dengan perkataan lain, setiap bidang kehidupan perlu dibangunkan dan dipimpin oleh pekerja Islam melalui rangkaian kerja di bawah penyeliaan jamaah secara langsung, seperti penguasaan dan pengurusan ke atas masjid/surau, madrasah, markaz tarbiah, PASTI dan Unit Amal atau penguasaan secara tidak langsung melalui NGOs yang mendukung perjuangan parti seperti badan-badan amal, profesional, sosioekonomi, media massa dan lain-lain.
Saudara-saudari yang dirahmati dan diberkati Allah sekalian.
3.3 Mengukuhkan persiapan tarbiah
3.3.1 Tarbiah menjadi agenda yang penting. Kerana parti ini berlandaskan aqidah Islam dan perjuangannya pula berlandaskan Islam yang syumul. Membezakannya dengan kumpulan Islam yang lain dan sangat jauh bezanya dengan kumpulan yang berasaskan sekular. Tarbiah Islam yang dibawa oleh PAS adalah kesinambungan daripada harakah Islamiyyah yang berterusan di sepanjang zaman. Wawasannya berpanjangan daripada dunia hingga akhirat[11]. Rasulullah S.A.W telah bersabda:
ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بَهِنَّ حَلاوَةَ الإِيِمَاْنِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَََََحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاْهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِيْ الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِيْ النَّارِ (أخرجه البخاري ومسلم وأبو داود والنسائي)
“Tiga golongan yang terdapat pada diri mereka kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan RasulNya paling dikasihi berbanding selain daripada kedua-duanya, seseorang yang menyintai seorang yang lain yang mana dia tidak menyintainya melainkan kerana Allah dan seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasaie).
Hadis yang istimewa ini menerangkan perkara-perkara yang paling penting dalam hubungan seseorang mukmin dengan Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W, kemudian hubungan sesama orang-orang mukmin seterusnya kebencian kepada kekufuran dan neraka Allah S.W.T. Sifat-sifat ini menjadi daya penggerak dan daya didik. Berpunca daripada noktah atau landasan ini, seluruh perasaan seseorang tertumpu untuk melakukan perubahan bahkan ia menjadi trek pergerakan perasaan dan keperibadian[12].
3.3.2 Sifat-sifat yang mesti ada pada seorang petugas Islam ialah seperti yang diterangkan oleh As Syahid Imam Hasan Al Banna mengenai 10 rukun baiah yang mesti diamalkan. Rukun-rukun ini ialah: faham, ikhlas, amal, jihad, pengorbanan, taat, teguh menghadapi cabaran dengan hanya bergantung kepada Allah S.W.T, penyerahan diri, persaudaraan dan kepercayaan kepada pemimpin[13].
3.3.3 Maka kaedah melahirkan insan yang mulia ini ialah dengan cara mendalami ilmu, menghadiri usrah atau seminar, bersama dengan para alim ulama’, amat digalakkan dan patut diusahakan oleh setiap pendukung jamaah. Di ikuti pula dengan latihan-latihan untuk mengikuti qudwah hasanah daripada Rasulullah S.A.W. walaupun di dalam perkara-perkara yang berat pada sisi orang awam. Pendukung PAS hendaklah melaksanakan tugas amar maaruf nahi mungkar sebagai cara mereka membenci kekufuran dan api neraka. Bukankah menegakkan pemerintahan Islam adalah maaruf yang besar dan meninggalkan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam adalah mungkar yang besar.
Perhatian:
Di sini saya suka membuat peringatan khusus, bahawa usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan gerak kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur sesama ahli dan budaya saling nasihat menasihati, mewujudkan sifat tolong menolong di antara ahli jamaah dan kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah[14].
3.4 Memperkasakan persiapan gerakan
3.4.1 Memperkasakan kepimpinan
Telah menjadi sunnah perjuangan bahawa kepimpinan dan institusi adalah sumber kekuatan yang menentukan kalah menang. Rasulullah SAW adalah pemimpin agung yang telah melahirkan para sahabat dan para tabi’in dan pengikut-pengikut tabi’in yang menjadi contoh sepanjang zaman. Islam berkembang melalui kepimpinan dan gerakan yang mereka lakukan dengan pengorbanan jiwa raga dan harta benda. Tanpa pengorbanan mereka, Islam tidak akan sampai kepada kita pada hari ini. Maka menjadi kewajipan kita untuk menjadi pemimpin masyarakat dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negara malah di peringkat dunia sekalipun.
Janganlah apabila Allah menyebut perkataan khalifah, perkataan iman, perkataan wali, perkataan syura, perkataan sof dan perkataan lain yang menunjukkan kewajipan pemimpin, kita abaikan perkataan itu sedangkan kita adalah orang-orang yang bertanggungjawab untuk melakukannya. Sesungguhnya pemimpin adalah penggerak utama, perancang dan pembuat keputusan. Pemimpin mesti jelas tentang matlamat dan halatuju perjuangan serta tepat memilih strategi. Bertindak melaksanakan keputusan yang telah dibuat serta menjadi qudwah hasanah kepada orang lain.
3.4.2 Memperkasakan pengurusan
Marilah kita menghayati sejarah perkembangan Islam di Madinah, dalam masa 10 tahun sahaja Islam telah tersebar luas ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab. Kabilah-kabilah Arab telah memeluk Islam atau sekurang-kurangnya mengiktiraf kekuasaan Rsulullah S.A.W. Apabila baginda wafat pada tahun 630 Masihi, Islam telah bersedia untuk mengembangkan syiarnya ke seluruh dunia. Bagaimanakah hal ini boleh dicapai?. Jawapannya terletak pada “organisasi kerajaan pimpinan Rasulullah S.A.W”; sebarang pergerakan yang mahu berjaya mestilah memiliki sokongan daripada sebuah organisasi serta perancangan yang tersusun rapi, di samping kebenaran dan ketahanan[15].
Sesungguhnya, Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu memerlukan kepimpinan saudara saudari, di dalam menguruskan parti di semua peringkat organisasi. Kerana pada ketika ini, terdapat kelemahan yang ketara terutamanya di peringkat cawangan.
3.4.3 Memperkasakan gerak kerja.
Penyakit yang ada di dalam pergerakan kita ialah tidak merasai kesegeraan (urgent) untuk membuat persediaan menghadapi pilihanraya. Gerak kerja sebenar di peringkat kawasan atau di peringkat DUN jarang dilakukan melainkan setelah hampir dengan pilihanraya. Fenomena ini berlaku bukannya kerana kurang keinginan untuk menyertai pilihanraya tetapi kerana kurangnya inisiatif dan inovasi untuk merekacipta gerak kerja yang sepatutnya dilakukan. Tenaga-tenaga sukarela yang bekerja secara berjadual menguruskan kerja politik di peringkat ini hampir tidak ada.
3.4.4 Menyemarakkan infaq.
Musuh-musuh Allah tetap menghalang perjuangan ini dan menghalang sumber-sumber kekuatan kumpulan Islam untuk berjuang. FirmanNya:
“Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah). padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami”. (ayat 7 surah al Munafiqun).
Lantaran itu, umat Islam hendaklah sedar tentang tanggungjawab infaq dan jihad harta. Sebagaimana perlunya istiqamah di dalam beriman, begitulah perlunya istiqamah di dalam infaq pada jalan Allah.
3.4.5 Menghapuskan ketakutan untuk mengubah kuasa politik (political fear).
Tugas berkenaan ini adalah agenda utama kita di peringkat kawasan, dun dan cawangan. Ia hendaklah dilakukan secara berstrategik melalui pendekatan prihatin dan kejeliraan pemimpin dengan masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan dan keceriaan. Sukacita diingatkan agar wakil-wakil rakyat, bekas-bekas wakil rakyat dan individu-invidu yang pernah menjadi calon kita, berperanan semaksima mungkin bersama jentera-jentera parti di peringkat masing-masing.
3.5 Peranan dalam pemerintahan.
Sepanjang PAS memerintah Kelantan terutama selepas 1990 di bawah era kepimpinan ulama’ dan Terengganu 1999 – 2004, asas-asas permerintahan Islam telah dibina di kedua-dua buah negeri ini. Ia merangkumi dasar politik, pentadbiran, undang-undang, kebajikan rakyat dan hubungan antara kaum. Alhamdulillah tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa kedua-dua kerajaan ini memberikan keadilan dan kebajikan kepada rakyat .
Hari ini PAS bersama PR berusaha memberikan sebaik-baik perkhidmatan di negeri-negeri yang dipimpinnya (Kelantan, Kedah dan Perak) dan bersama-sama di negeri-negeri lain (Selangor dan Pulau Pinang) untuk melaksanakan suatu pemerintahan yang adil dan saksama untuk semua rakyat jelata; membahagi kekayaan negeri dengan adil dan berusaha untuk menghindari penyalahgunaan kuasa dan melakukan penyelewengan. Sememangnya PAS menghadapi kekangan dalam menguruskan negeri-negeri berkenaan akibat daripada dasar kerajaan pusat atau pun masalah-masalah dalaman PR itu sendiri.
4.0 PAS Untuk Semua
4.1 Agama Islam adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat. Ia menjadi pengangan atau konsep perjuangan PAS. PAS berharap agar Islam diterima dan dianuti oleh setiap individu; jika mereka tidak menerima dan menganutnya, ia tidak menjadi masalah kepada Pas asalkan mereka tidak mengkhianati Islam atau orang Islam serta mereka menerima Islam sebagai agama yang benar untuk orang Islam. Inilah perjuangan Pas di dalam ucapan dan amalan politik mereka semenjak daripada awal penubuhan.
4.2 PAS akan terus memperjuangkan keadilan untuk rakyat melalui demokrasi seperti di Malaysia. Ia boleh menyampaikan seseorang kepada kuasa memerintah sesebuah negeri atau wilayah. Malahan dunia bangga dengan istilah demokrasi kerana ia menjadi senjata keramat menjatuh dan mengangkat seseorang ke atas tahta. Sesiapa yang menentang demokrasi secara automatik menjadi komunis dan sesiapa yang menentang pilihanraya menjadi pengganas. Kerana itu kita akan terus memperjuangkan demokrasi demi mencari pengaruh dan sokongan orang ramai dalam masyarakat berbilang kaum ini dengan pelbagai cara dan kaedah serta strategi yang mantap dalam memenangi pilihanraya ke 13 nanti.
4.3 Krisis moral dalam kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan penyakit sosial di kalangan generasi muda sangat dibimbangi oleh golongan pendidik dan ibu bapa. Dengan peningkatan pelbagai jenis jenayah berat di negara ini, pemerhati-pemerhati membuat kesimpulan bahawa kerajaan yang ada hari tidak mampu membina generasi masa hadapan yang gemilang.
4.4 Kita yakin dengan permasalahan global yang begitu kritikal akibat daripada dasar globalisasi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan gabungan konspirasi Yahudi dibelakangnya, telah menyedarkan masyarakat antarabangsa bahawa keamanan tidak mampu dibawa oleh order baru dunia (New World Order), tetapi boleh dibina melalui sistem pemerintahan Islam dan order Islam yang adil (Just World Order). Kita berharap gerakan-gerakan Islam yang ada di seluruh dunia dapat merawat penyakit perbezaan pendapat yang membawa kepada perpecahan melalui persaudaraan dan taqrib serta pembebasan daripada assobiyah perkauman dan kenegaraan bagi menghadapi ancaman globalisasi[16]. Di Malaysia, PAS akan memainkan peranannya dalam penyatuan orang-orang Melayu untuk pembangunan umat dan kemenangan Islam di negara ini. Ambillah hikmat daripada firman Allah:
“Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah (berpecah belah), nescaya kamu akan lemah, maka kamu takut, dan hilanglah kekuatan kamu, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”. (ayat 46 surah al Anfal).
4.5 Isu ekonomi yang tidak diuruskan sewajarnya. Lihatlah;
4.5.1 Isu kenaikan/penurunan harga minyak, menampakkan kerajaan Barisan Nasional tidak serius membaiki kehidupan masyarakat bahkan pemimpin-pemimpin mereka sangat berkepentingan demi mengaut keuntungan daripada pelbagai krisis ekonomi yang ada dalam negara ini.
4.5.2 Kemelesetan sedang menjangkiti sistem ekonomi dan kewangan di mana pemimpin dan pakar ekonomi dunia telah memberi amaran supaya bersedia menghadapi zaman susah termasuk negara-negara Asia Tenggara. Namun pemimpin UMNO/BN yang sombong dan bongkak terus mendabik dada dan
4.5.3 Rasuah dan penyelewengan adalah satu barah dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara, di mana berjuta-juta ringgit yang sepatutnya disampaikan melalui perkhidmatan dan pembangunan kepada rakyat bawahan, telah hilang ditengah jalan. Skandal rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh kepimpinan negara telah merebak kepada seluruh struktur masyarakat, hatta pemberian subsidi dan bantuan di peringkat paling bawah dalam masyarakat kampung, dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan.
4.5.4 Dalam riuh rendah peralihan kuasa politik, pemimpin UMNO/BN terus mengamalkan kronisme dan nepotisme yang mana skandal terbaru pembelian helikopter dan pengambilalihan sebuah bank di Indonesia telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit.
4.6 Politik yang tamakkan kuasa telah meletakkan akhlak dan moral pimpinan kerajaan UMNO/BN seolah-olah golongan manusia yang tidak bertamadun. Perlumbaan merebut kuasa dan kekayaan telah mengabaikan kehidupan generasi muda. Mereka menjadi golongan yang lemah, hanyut dan hilang identiti. Peningkatan pelbagai jenis jenayah; rompak, culik, samun, rogol dan bunuh menjadi rutin berita setiap hari di dada-dada media. Tidak ada lagi tempat yang selamat di kota-kota besar. Sehingga kini berpuluh-puluh anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, diculik, dirogol dan dibunuh atau hilang begitu saja tanpa berita.
4.7 Kita yakin PAS mampu mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat dan ummah ke arah membangun sebuah negara yang adil dan generasi yang bermaruah pada masa hadapan. Justeru, PAS akan terus menggunakan kaedah bermuzakarah atau engagement untuk mendekati semua pihak, sesuai dengan keputusan muktamar kali ke 53 (2007)[17]. InsyaAllah dengan cara ini, dasar-dasar PAS dapat disampaikan kepada mereka. Firman Allah S.W.T:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (ayat 69 surah al Ankabut).
PAS akan terus menjadi komponen terpenting dalam PR yang mendasari usaha-usaha untuk memerintah
4.8 PAS merupakan sebuah parti yang aman. Sejarah menyaksikan, dalam kes peristiwa berdarah rusuhan kaum tahun 1969, negeri-negeri yang menjadi kubu kuat PAS seperti Kelantan dan Terengganu tidak wujud sebarang rusuhan kaum.
Saudara saudari yang dirahmati dan diberkati Allah sekalian,
5.0 Komitmen PAS.
Setelah memerintah selama empat tahun selepas PRU ke 12, kerajaan BA Terengganu telah melakukan pelbagai tindakan sebagai merealisasi ikrarnya di dalam manifesto. Termasuklah di dalam perkara memartabatkan negeri Terengganu sebagai Darul Iman melalui pewartaan pindaaan baru ke atas Undang-undang Tubuh negeri yang meletakkan al Quran, as Sunnah, Ijma’ dan Qias sebagai rujukan tertinggi; mengadakan enekmen-enekmen baru bagi menyempurnakan perjalanan mahkamah syariah; mewartakan undang-undang jenayah syariyyah (hudud, qisas dan takzir); menganugerahkan tanah untuk tapak perumahan, pertanian dan perusahaan; mewujudkan pelan-pelan induk untuk pelbagai jenis pembangunan fizikal dan pembangunan insan; memperkasakan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan; meningkatkan peranan badan-badan berkanun dan yayasan-yayasan; menjalankan polisi pentadbiran mesra pegawai dan rakyat serta perkara-perkara lain yang terlalu banyak untuk dihitung. Semuanya untuk menjadikan kita beribadat kepada Allah melalui pemerintahan negeri.
Maka hari ini kita sekali lagi berhimpun dan membuat komitmen untuk menyelesaikan tugas-tugas dan tanggungjawab membangunkan negeri Terengganu sekiranya kita mendapat kuasa melalui PRU ke 13 akan datang. Sesungguhnya PAS Terengganu sangat komited dan bertanggungjawab untuk:
5.1 Mengembalikan Terengganu kepada pemerintahan Islam seperti yang tercatat di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu (إتقان الملوك في تعديل السلوك) pindaan 2003.
5.2 Mengembalikan royalti minyak kepada negeri dan rakyat Terengganu serta membahagikan hasil dan kekayaan negeri dengan adil dan saksama.
5.3 Memberi tempat tinggal dan kawasan-kawasan untuk pertanian dan perusahaan kepada rakyat. Menyelesaikan masalah jenayah dan moral yang makin meruncing. Membasmi pembaziran dan menyediakan peluang pekerjaan untuk anak negeri.
5.4 Memperuntukkan jaminan sosial kepada generasi tua dan mereka yang berhajat serta jaminan untuk pendidikan anak-anak.
5.5 Merancang pembangunan negeri, bandar-bandar dan daerah-daerah luar bandar agar kehidupan masyarakat menjadi maju dan mendapat keberkatan ilahi.
5.6 Membina kerjasama pemimpin, pegawai dan rakyat untuk berganding bahu dan bantu membantu dalam melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar.
5.7 Menggalakkan dan memperakui peranan semua pihak termasuk NGOs.
5.8 Memberikan peluang kepada pembangunan generasi muda dan bidang-bidang yang boleh meningkatkan kempimpinan dan kemajuan hidup mereka.
6.0 Tuntutan dan arahan
Maka di dalam perhimpunan ini, saya bagi pihak semua pemimpin PAS negeri Terengganu dengan rendah diri dan penuh tanggungjawab mempertegaskan tuntutan dan arahan berikut:
6.1 Memantapkan stuktur organisasi dan menyusun semula (restructure) kepimpinan di semua peringkat.
6.2 Menambahkan bilangan ahli dan cawangan melalui program pengisian aqidah dalam perjuangan dan memperlengkapkan keupayaan kepimpinan cawangan dengan kemahiran mengurus, mentadbir dan melaksanakan program-program atau aktiviti-aktiviti.
6.3 Kempen daftar pemilih hendaklah digerakkan secara habis-habisan. Sokongan kewangan serta petugas yang berkesan diwujudkan dari sekarang hingga pilihan raya akan datang.
6.4 Berusaha bersungguh-sungguh meleburkan kongkongan UMNO/BN dengan meningkatkan imej Islam dan meningkatkan daya tarikan agar PAS diterima dengan sebaik-baiknya.
6.5 Mempertingkatkan hubungan dan muzakarah (engagement) pemimpin PAS disemua peringkat dengan pelbagai lapisan masyarakat melalui peranan institusi-institusi masyarakat, NGOs dan penggerak masyarakat.
6.6 Menyemarakkan roh jihad dan pengorbanan bagi meningkatkan persediaan dalam semua aspek keperluan menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.
6.7 Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan media dan melatih pemimpin sehingga ke peringkat kawasan dalam menggunakan media sebagai alat membina persepsi masyarakat (PAS For All).
Sekiranya kita semua serius dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tuntutan dan arahan di atas, kita mempunyai harapan besar untuk memerintah Terengganu dalam PRU ke 13 yang akan datang insyaAllah.
Penutup
Sesungguhnya PAS telah mula diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Inilah hasil perjuangan lebih setengah abad semenjak penubuhan PAS pada tahun 1951. Kemenangan mutakhir dalam pilihanraya ke 12 melangkaui sempadan demografi politik Melayu sehingga PAS berjaya memperolehi semua kerusi di negeri-negeri Semenanjung kecuali Melaka. Kemenangan-kemenangan ini memberi impak baru kepada usaha menyemarakkan kemenangan PAS di masa hadapan.
Masyarakat telah menyaksikan PAS adalah sebuah parti Islam yang mempunyai dasar dan perjuangannya yang tersendiri iaitu perjuangan Islam untuk kesejahteraan sejagat. Di negara ini orang Melayu adalah orang Islam. Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Perlembagaan negara memperakui orang Melayu itu mestilah beragama Islam[19]. Selama 50 tahun percaturan PAS dan UMNO bertarung di
Tahun P’Raya | Bil. Undi PAS | Peratus (%) | Bil Undi UMNO | Peratus (%) | Beza Bil. Undi | Peratus Undi PAS Perlu Untuk 51% |
2008 | 196281 | 44 | 240165 | 56 | (43884) | 6 |
2004 | 171156 | 43 | 222101 | 57 | (50945) | 7 |
1999 | 180239 | 58 | 128912 | 42 | 51327 | ( - 7) |
1995 | 120952 | 43 | 150837 | 56 | (29885) | 7 |
Statistik di atas menunjukkan PAS telah memperolehi undi tertinggi pada tahun 1999 iaitu 58% dan yang paling rendah pada tahun 1995, iaitu tidak kurang daripada 43%. Pada dasarnya PAS akan memegang tampuk pemerintahan sekiranya memperolehi undi melebihi 50%.
Sebenarnya bukanlah perkara yang mustahil untuk PAS melonjak kepada paras 51%. Dalam statistik diatas juga menunjukkan PAS hanya perlu pertambahan undi sebanyak 7% bagi memperolehi majoriti kepada paras 51%. Di sini menunjukkan terdapat sekitar 10% undi Melayu yang begitu apologitik atau merasa bersalah jika tidak menyokong UMNO. Kita seharusnya bertanya bagaimana UMNO mengekalkan pengaruhnya dalam masyarakat melayu. Sekiranya kita dapat mengalihkan sokongan mereka sebanyak 5% lagi, maka PAS akan memerintah semula Negeri Terengganu.
Apakah dengan jumlah ahli PAS di Terengganu seramai 67 000 orang dan 640 cawangan PAS tidak mampu untuk menggerakkan suatu gelombang perubahan? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh saudara-saudari dalam Ijtima’ pada hari ini.
Sesungguhnya keupayaan PAS untuk bersaing dengan UMNO dalam merebut kerusi-kerusi berkenaan bergantung kepada sejauh mana kemampuan mengemukakan alternatif Islam yang meyakinkan. Di samping kesungguhan untuk membantu dan memberi kebajikan kepada masyarakat. InsyaALlah kita terus beristiqamah dan beriltizam dalam meneruskan perjuangan ini.
Marilah sama-sama kita memohon pertolongan Allah S.W.T dengan doa dan perancangan serta mujahadah yang sebenar-benarnya.
Sekian, terima kasih.
والله أعلم بالصواب وإليه المرجع والمئاب والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[i] Sistem Perundangan Islam telah menyebarkan keadilan di seluruh dunia. Ilmu Sains Islam telah menjadi tulang belakang kepada kemajuan teknologi Barat. Sistem Ekonomi Islam yang mengharamkan riba dan menggunakan emas sebagai pengukur nilai yang mampu menstabilkan ekonomi antarabangsa. Kini dunia mengakui sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan semata-mata harus diganti dengan satu sistem yang lebih adil dan dapat menjamin keselamatan jangka panjang. Mereka mula mengakui dan menerima kenyataan hanya sistem ekonomi dan kewangan Islam dapat menyelamatkan kemelut ekonomi dan kewangan yang melanda. Sistem hidup Islam tidak menjauhkan manusia daripada dunia tetapi meletakkan dunia pada satu kedudukan yang boleh membawa manusia pada tempat yang tinggi.
[ii] Terutama penjajah-penjajah Portugis dan Sepanyol, keazaman mereka memusnahkan kekuasaan orang Islam amat tinggi sekali. Mereka berjaya menghapuskan kesultanan Melaka dan pemerintahan Islam di Manila sepanjang abad ke 15. Sementara penjajah Belanda dapat membasmikan kesultanan Palembang dan Jambi tetapi mereka semua gagal menghapuskan kesultanan-kesultanan Johor, Ternate, Banten, Aceh, Brunei, Sulu, Manguindanao dan Mataram di sekitar abad ke 16 sehingga ke akhir abad ke 19
[iii] Ketika Rasulullah S.A.W berlindung di bawah bayangan Kaabah, Khabbab datang bertanya: tidakkah tuan meminta kemenangan daripada Allah. Maka Rasulullah menjawab dengan Hadith ini.
* Al Quran (Nombor ayat dan nama surah seperti yang tercatat).
* Hadith (Nama kitab dan pengarangnya seperti yang tercatat).
[1] Islam: Pemeluk dan Ulama’nya, As Syahid Abdul Qadir A’udah, Terjemahan Abdul Aziz Al Murshidi, Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Cetakan Pertama 1987, Ms 23.
[2]ماذا خسرالعالم بانحطاط المسلمين,العلامة أبو الحسن الندوي, دار الكلمة, مصر, الطبعة الأولى 1998, ص 113-114
[3] www.islamawareness.net, www.bible.ca/islam/islam-myths-fastest-growing.htm dan lain-lain.
[4] Ke Arah Perlaksanaan Undang-undang Islam
[5] Ke Arah Perlaksanaan Undang-undang Islam
[6] Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu, Auni Abdullah, Nurin Enterprise, Cetakan Pertama 1991, Ms 204-205.
[7] Kesimpulan ini dibuat kerana Munsyi Abdullah pernah menterjemah Bible dengan judul Kitab Injil Al-Kudus Dari Pada Tuhan Isa Al-Masih (nama buku ini boleh didapati di laman web blpc.bl.uk). Menurut tulisan Prof. Awang Had Salleh terjemahan dilakukan dengan permintaan Stamford Reffles.
[8] Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Fasal 5 (1).
[9] Ucapan Dasar, Hj. Yusuf Rawa, Yang Dipertua Pas Pusat pd 23 Sya’aban 1409 bersamaan 31 Mac 1989, Bertempat di Markas Tabiyyah Pas Pusat, Lorong Hj. Hassan, Taman Melewar Kuala Lumpur.
[10] التعايش السلمي بين المسلمين وغيرهم داخل دولة واحدة, سورحمن هداية, دار السلام, الطبعة الأولى 2001, ص 23
[11] Kegemilangan Tarbiah PAS, Kertas Kerja Konvensyen Tarbiah 2008, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
[12] عوامل تقهقر الأمة الإسلامية, الدكتور سالم عبده قائد القباطي, مكتبة الجيل الجديد, صنعاء 1997, ص 31
[13] مجمموعة رسائل الإملم الشهيد حسن البنا, مطابع الوفاء, مصر 1988, ص 390 – 404
[14] Manhaj Usrah PAS Peringkat Ta’rif 1, Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2006, Ms 8.
[15] Pendahuluan oleh Syed Hamid, Bekas Naib Canselor Universiti Aligarh pada buku Organisasi Kerajaan Pimpinan Rasulullah karangan Muhammad Yasin Mazhar, 1987.
[16] الحاج عبد الهادي بن الحاج أواج, أهمية الموقف الإسلامي الموحد تجاه العولمة, المؤتمر الدولي السادس عشر, مجمع جهاني تقريب مذاهب إسلامي, مايو 2003, ص 28 – 29.
[17] Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar PAS 2007.
[18] Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar PAS 2008.
[19] Malaysian Constitution: A Critical Introduction, Abdul Aziz
Ulasan