Rosli ganti Yahya?

Kuala Terengganu - Ketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri membayangkan sudah ada keputusan muktamad bahawa beliau akan digugurkan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, bermanis mulut dengan berkata Yahya tidak hadir pada mesyuarat Exco Rabu lalu (5 November) kerana beliau tidak sihat.

Kata-kata Ahmad “walaupun Yahya tidak hadir, sembilan lagi Exco hadir untuk menunaikan tanggungjawab iaitu bermesyuarat mengikut jadual ditetapkan” merupakan satu ungkapan yang cukup sinis.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno tidak menafikan akan berlaku rombakan Exco ketika ditanya beliau berkata: "Saya akan memaklumkan apabila tiba masanya."

"Tak tahulah sekira (digugurkan) atau tidak sekiranya...apabila tiba masa kita akan beritahulah," kata Ahmad yang pastinya di tujukan kepada Yahya.

Umno Terengganu telah mengadakan Mesyuarat pada 3 November 2008 lalu membincangkan isu pemecatan Yahya yang ditentang oleh Umno Bahagian Marang serta sekutu-sekutu lain.

Kaum kerabat Ahmad, Setiausaha dan Bendahari Umno Terengganu, masing-masing telah pun mengeluarkan kenyataan memberi justifikasi kepada tindakan Ahmad.

Dato’ Roslan Awang Chik berkata keputusan Dato’ Ahmad Said memecat Yahya mempunyai alasan kukuh serta meminta ahli Umno menerima keputusan tersebut secara terbuka dan bukan dengan persepsi negatif.

Bahkan, katanya Yahya adalah antara tiga orang Ahli Exco Kerajaan Negeri sekarang yang bakal menerima nasib sama ‘dipecat’ oleh Menteri Besar Terengganu.

Begitu juga Setiausaha Umno Terengganu, Dato’ Rosli Mat Hassan berkata Ahmad Said tidak harus dipersalahkan berhubung pemecatan Yahya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil mesyuarat Badan Perhubungan Umno pada 3 November yang mengesahkan ada membincangkan isu membabitkan Yahya.

Sumber Buletinonline memberitahu, Umno Terengganu perlu menentukan dan mendapatkan pengganti Yahya terlebih dahulu sebelum mengumumkan pemecatannya.

Menurutnya antara nama yang paling menonjol, dibincangkan dalam mesyuarat Isnin lalu bagi menggantikan Yahya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Rosli Othman (gambar).

Rosli yang berkelulusan profesional dalam bidang yang bakal diterajuinya nanti juga merupakan anak tempatan Kemasik ‘orang’ Kemaman.

Pelantikan Rosli mungkin pilihan tepat bagi Ahmad kerana ia dapat membantu beliau mengawal ahli-ahli Umno bahagian Kemaman.

Sekaligus meredakan kemarahan ahli-ahli Umno DUN Kemasik kerana Rosli bukanlah calon asal yang diumumkan oleh bekas Menteri Besar, Dato Seri Idris Jusoh untuk bertanding di DUN tersebut.

Pencalonan DUN Kemasik telah dipintas oleh bekas ADUN Dato’ Abu Bakar dengan mengisi borang pencalonan atas nama Rosli dan menghalang calon asal mengemukakan borang pencalonan.

Bacaan Lalu;

Peluang PAS cerah di DUN Kemasik – ahli-ahli UMNO protes calon ‘perampas’, bertindak keluar UMNO



Alias Pujuk, Paksa dan Sogok RM1000.00

Kuala Terengganu – Perlakuan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang telah dilaporan kepada pihak polis.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Fariz Musa dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan tersebut di balai polis Kuala Terengganu dekat sini semalam.

“Pada petang semalam lebih kurang 4.15 petang saya menerima satu surat ,sewaktu pulang dari Kuala Lumpur, surat tersebut berada di peti surat rumah saya,

“dan apabila saya membuka surat tersebut saya dapati ada dua akuan bersumpah oleh penama yang sama, membuat akuan sumpah dengan disaksikan Pesuruhjaya Sumpah,

“iaitu telah menyatakan dengan jelas dalam dua akuan tersebut menyatakan bahawa penglibatan YB Saudara Alias Abdullah,”ujar Fariz.

Beliau berkata dalam akuan bersumpah tersebut, Alias terlibat secara langsung memaksa memujuk merayu beliau (penama tersebut) untuk membuat satu akuan bersumpah palsu yang bertujuan memfitnah dua orang pimpinan UMNO di bahagian Marang.

Katanya AMK mengambil pendekatan yang sangat serius apabila ini melibatkan seorang pimpinan, apabila beliau ADUN dan juga merupakan pimpinan parti UMNO.

“Kita merasakan amalan dan pendekatan ini sangat jijik, yang keterlaluan yang mana sanggup menggunakan pelbagai cara termasuk konspirasi dan menyogok serta merasuah dengan jumlah wang bagi memfitnah individu-individu yang terlibat,

“bagi AMK kita merasa amat kesal dan memandang serius isu ini bukan sahaja YB Alias merupakan juga bukan sahaja ADUN tetapi beliau merupakan pengamal undang-undang, seorang peguam, yang sudah pasti mengetahui kesalahan tindakan yang dibuat dengan menyogok atau merasuah,”kata Fariz lagi.

Justeru itu katanya tindakan laporan polis dibuat oleh AMK adalah mengambil pendekatan daripada dua surat akuan yang telah diterima, kerana merasakan pengirim tersebut benar-benar ini melihat keadilan dan kebenaran. walaupun AMK tidak mengetahui siapa yang menghantar surat tersebut.

“Sebab itu kami (AMK) membuat laporan pada hari ini untuk pihak polis dengan segera menyiasat dan kita serahkan kedua-dua akuan bersumpah tersebut untuk siasatan dan mengambil tindakan mendakwa Alias,

“isu ini sangat serius sebab ini melibatkan pimpinan dan ini akan menjadi contoh tauladan kepada rakyat seluruhnya,”kata Fariz.

Menurutnya surat akuan tersebut merupakan bukti bahawa rasuah merupakan budaya yang menjadi barah dan mendarah daging dalam Umno.

Dalam salinan surat akuan yang diedarkan kepada pihak media menyatakan dengan jelas penama telah di dipujuk dan dipaksa oleh Alias yang telah menyogok penama dengan sejumlah wang sebanyak RM1000.00
Turut hadir adalah Muzafeq Timbalan AMK Terengganu Muzafeq dan Timbalan Pengerusi Satu Ikatan Anak Watan Terenggan (Ikhwan) Abu Bakar Kasim


Umno Terbelah Dua

Kuala Terengganu – Umno Terengganu akan terus terbelah dua dengan tindakan pemecatan yang bakal diterima oleh Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco negeri.

Kumpulan yang menyokong Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Dato’ Ahmad Said mempertahankan tindakan Ahmad untuk memecat Yahya, manakala kumpulan yang tidak menyokong terus mempertikaikan tindakan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Datuk Rosli Mat Hassan yang juga orang kuat Ahmad berkata Ahmad Said tidak harus dipersalahkan berhubung pemecatan Yahya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil mesyuarat Badan Perhubungan Umno malam kelmarin yang dikatakan membincangkan pelbagai agenda politik, termasuk isu membabitkan Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri sebagaimana yang dilaporkan akhbar media perdana.

Dalam perkembangan yang sama, Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Dato’ Rosol Wahid terus mempertikaikan larangan Ahmad menghalang Exco bertanding jawatan Ketua Umno.

Beliau mempersoalkan mengapa jawatan ketua sahaja dilarang untuk dipertandingkan? Apakah jawatan tersebut sahaja yang mampu memecahkan perpaduan UMNO ?

“Atau mungkin jawatan-jawatan lain seperti Timbalan dan Naib... tidak dilarang dipertandingkan kerana jawatan tersebut tidak penting?

“Atau kerana proksi beliau untuk jawatan tersebut telah confirm boleh menang?..Ini antara soalan-soalan yang berlegar dalam benak fikiran rakyat dan ahli UMNO,” luahan Rosol yang dipetik melalui blognya.

Manakala Timbalan Ketua Umno Marang, Alias Abdullah adalah antara yang paling keras mengkritik larangan Ahmad dengan menyifatkan larangan Ahmad menghalang prinsip demokrasi berperlembagaan.

Beliau dipetik sebagai menuduh Ahmad Said sebagai orang yang ‘double standard’ kerana tidak membenarkan exco menjadi ketua bahagian.

“Kalau alasan seorang exco tidak harus dibenar memegang jawatan parti semata-mata untuk memberi tumpuan kepada tugas kerajaan, bererti beliau sendiri (Ahmad) tidak harus memegang jawatan ketua bahagian dan pengerusi Umno negeri,

“kalau tidak, sudah tentu ada motif lain yang tersirat dalam keputusantidak membenarkanexco menjadi ketua bahagian,” katanya sebagaimana dipetik melalui kiriman sms beliau.

Ulasan