Utusan (Mingguan Malaysia) ‘Manipulasi’ Kenyataan Presiden PAS


Kuala Terengganu – Utusan Malaysia hari ini dengan cara yang ‘paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional’ telah me’manipulasi’ kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (Gambar - Sidang Media kelmarin, wartawan Utusan, nombor 2 dari kiri, sedang menulis)

Laporan Utusan Malaysia adalah seperti dibawah :

Hadi mahu penjelasan

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

______________________________________________________________________________________

Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar.

Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Kali Ke 12, kelmarin 1hb November, 2008.

Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Kali Ke 12, kelmarin 1hb November, 2008.

Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia

Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong
______________________________________________________________________________________

DS Hadi : Soalan teruslah

Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato’ Seri kata tambah 5% sokongan undi

sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu

boleh Dato’ Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang

baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik

DS Hadi : Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu

keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu.
Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak

berparti

Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS

samada ahli atau pun penyokong.
Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri

Terengganu.
Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun

pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik

wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan

pendaftaran Negara.
Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu ‘bertongkat’ kepada

cara-cara tersebut.
Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri
dengan sedikit perubahan itu, InsyaAllah terlaksana apa yang disebut tadi
Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan UMNO mereka dipengaruhi

oleh ‘money politic’ politik wang maka pilihanraya umum lebih-lebih

lagi lah,
kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi

Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar

Ibrahim, macaman strategi poltik penubuhan itu

DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan

Barisan Nasional yang lain

Lee : DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar

DS Hadi : Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan

perpecahan yang berlaku dalam UMNO sekarang

Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90,

akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada UMNO dan

berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato’ Seri Anwar dipecat, dan boleh

berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat

dikalangan orang UMNO sendiri contohnya Dato’ Musa Hitam

mengatakan UMNO sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata

bukan saya kata

Lee : Jadi Dato’ Seri masih yakin boleh lagi lah dalam….

DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil

Saya tak baca Dato’ Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik

Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit
DS : Saya baru balik
Lee : Dia mengakui ‘chances’ kurang lah

D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO…..
DS Hadi : Iya… kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan

Khairul Rizal : Aaa… pimpinan di negri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang

tidak mengikut arahan dia … yang baru-baru ni

DS Hadi : Itu hal dalaman UMNO, saya tak mahu campur
Lee : Dato’ Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai

pemangku PKNS nampak..aaa… bantahan dari PAS Selangor

DS Hadi : Saya baru balik daripada luar negara baru aaa.. sehari, tak dapat

maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor,

tak boleh beri.. komen

Lee : Pasal dia kata…bantah sebab bukan Melayu
DS Hadi : Iya..Saya kena dengar dari Selangor dulu
D W Mutalib : Pelantikan tu pemangku kan
Lee : aa…pemangku
D W Mutalib : it is acting…so..its not a final decision
DS Hadi : Aaa..Kalau pemangku itu boleh…..
Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?
DS Hadi : Saya kena dengar keputusan Selangor dulu..
Lee : Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapayt tentangan

dari PAS juga, So…macamana…

DS Hadi : Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu
baru balik dari luar negara, tak pergi lagi…… apa nama ni….pejabat di

Kuala Lumpur

Lee : Dato’ Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima

sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia

bukan Islam, so… alasan diberika……

DS Hadi : Sekarang.. semua pihak telah menerima samada PKR ataupun DAP, teras

pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu

Islam…sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan

semua kaum yang ada dalam negara ini …itu asas umum

Khairul Rizal : Dato’ Seri…ada pergolakan diantara Keadilan dan PAS dalam

pembentukan kerajaan Baru…..?

DS Hadi : Kerajaan baru pun tak ada lagi… bagaimana kita nak bergolak, nanti ada

kerajaan dulu lah

Kerajaan Pusatlah… kerajaan negeri kita dah selesai dimana apa nama

ni…Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang

dikuasai oleh UMNO…lebih awal
Kita semua tahu..Perlis berapa minggu baru selesai….Terengganu berapa

minggu… dekat sebulan nak selesai… kita lepas pilihanraya tubuh

kerajaan.
Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat…Kerajaan Pusat kena tunggu

dulu…

Sazali : Dengan perpecahan dalam UMNO sekarang ini…. Ada yang sudah

untuk memasuki Pakatan..

DS Hadi : Yang masuk pun dah ada….

Sazali : Dari pimpinan UMNO..??
DS Hadi : Iya … ada pimpinan UMNO yang masuk
Lee : Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah…pemimpin yang sudah

masuk dalam……

DS Hadi : Bila tiba masa lah…..
Sazali : Tak boleh beritahu ya….

DS Hadi : Aah… tak boleh lah..

Lee : Dato’ Seri… pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional ?
DS Hadi : UMNO lah….UMNOlah…. sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum

pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200… 200 orang

sebuah kampong setinggan ahli UMNO……

Khairul Rizal : Di mana ??
DS Hadi : Di Johor… di Johor

Zulkifli : Perkembangan terkini Razak Baginda.. lepas…mungkin ada komen dari

sudut penghakiman

DS Hadi : Itu urusan mahkamah, apa uyang saya mahu supaya mahkamah betul-

betul adil dan telus

Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih,
sebab itu saya mahu Dato’ Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah,

melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih,

itu adalah amalan negara demokrasi,

di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England

mana-mana pun,

kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan

kuasa ‘Senate’ atau pun ‘Congress’ kalau perlu mahkmah…..mahkamah

Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan,

baru dia layak jadi pemimpin.

Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri

meninggalkan jasa yang baik

Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu,

seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR !
InsyaAllah kalau Perdana Mnteri boleh buat perubahan-perubahan ini,

beliau meninggalkan jasa yang baik

Untuk Lihat Sidang Media Klik Sini

(Sesuai dengan Windows Media Player)


Sah ! Sudah Ada Pimpinan UMNO Menyertai Pakatan Rakyat


Kemaman
- Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan hari ini, sudah ada pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

Menurutnya perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihanraya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam UMNO akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihanraya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam UMNO.

“Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari UMNO, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari UMNO),

“dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam UMNO) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata UMNO sudah dihinggapi penyakit tua,” tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.


Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab “bila tiba masanya” beliau akan mendedahkannya. (Gambar - Hj Hanafiah Mat mengiringi Presiden PAS untuk jamuan teh selepas perasmian Ijtima' Kepimpinan PAS semalam)


Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus.


“Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak ber’parti’,


“sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS samada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu,


“Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar

yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,”kata beliau.


Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut.

Beliau berkata dalam pemilihan parti, UMNO telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihanraya umum.

“Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganiu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi,


“(rakyat) mesti sedar bahawa kalau pemilihan UMNO, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihanraya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,”tambahnya.

Ulasan