Daerah Kemaman dan Dungun Pula Dilanda Banjir

Kuala Terengganu - Keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu tidak banyak berubah dan kini merebak pula ke daerah Kemaman dan Dungun

Seramai 282 orang mangsa di Kemaman dan 431 orang di Dungun telah di pindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata mangsa yang dipindahkan di Kemaman ialah dari Kemas Padang Kubu (43), rumah kakitangan Padang Kubu (29), Masjid Berek Padang Kubu (23), Balairaya Kampung Padang Kubu (16) Dewan Orang Ramai Kampung Teladas (71), Balairaya Kampung Ibok (3) dan Sekolah Kebangsaan Air Putih (97).

Manakala di Dungun katanya setakat 4 petang semalam, seramai 158 mangsa daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Dungun iaitu di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Pintasan (102) orang, surau Bukit Pauh (47) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Serai (9).

"Ini merupakan kali pertama di Kemaman dan Dungun dilanda banjir tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ulasan