PAS Guna Seluruh Kekuatan

Kuala Terengganu - PAS Terengganu menerima baik tarikh penamaan calon dan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagaimana yang telah diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semalam.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali berkata PAS juga memamng membuat jangkaan bahawa tarikh pilihanraya kecil tersebut adalah pada bulan Januari memandangkan bulan Disember mempunyai halangan seperti perayaan serta kemungkinan berlakunya banjir.

“Kita (PAS) menerima baik tarikh yang didedahkan (oleh SPR) itu sebab kita juga menjangkakan bahawa dalam bulan 12 (Disember) ini agak sukar dengan banjir dan perayaan-perayaan yang banyak,

“kita juga menjangka (pilihanraya kecil pada)bulan Januari, tetapi tak boleh lewat (daripada itu), sebab hanya diperuntukkan 60 hari,”kata beliau dalam satu Sidang Media di Markaz PAS Kuala Terengganu disini, hari ini (6 Disember).

Oleh kerana itu, menurutnya PAS merasakan waktu yang diberikan yang diberikan oleh SPR adalah mencukupi untuk PAS membuat persiapan dalam menghadapi pilihanraya tersebut.

Beliau berkata bagi menghadapi pilihanraya kecil itu, PAS telah pun membuat persiapan dengan menubuhkan jawatankuasa pilihanraya untuk dua peringkat iaitu Jawatan Kuasa Induk Pilihanraya di Bahagian Pusat dan Jawatankuasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di negeri Terengganu.

“Pengarah bagi Jawatankuasa Induk ialah YB Nasaruddin Md Isa, saya menjadi Timbalan, Setiausahanya ialah Setiausaha Agong.

“di peringkat negeri, jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu di pengerusikan oleh Dato’ Wan Mutalib dengan semua pimpinan utama berada di bawahnya. anntaranya Harun Taib dan Dato’ Abu Bakar Chik,”ujar beliau.

Justeru dengan penubuhan dua jawatankuasa tersebut, katanya, PAS akan dapat melaksanakan kerja-kerja menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan ‘kekuatan yang sepenuhnya’ (full swing).

Dalam perkembangan yang sama beliau berkata PAS Pusat mengambil tanggungjawab secara terus dalam kerja-kerja menghadapi pillihanraya tersebut kerana ia adalah satu pilihanraya yang amat penting dan melibatkan kerjasama dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Beliau juga berpendapat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dilihat penting juga oleh UMNO dan Barisan Nasional dimana parti itu akan cuba mempertahankan kerusi tersebut manakala PAS akan merampasnya.

“Saya rasa kedua-dua pihak melihatnya penting, BN melihat penting kerana perlu mempertahankan kerusi, kita (PAS) juga berusaha untuk merampas Kuala Terengganu daripada BN, (pilihanraya kecil) ini akan menjadi sengit dan tidak ada sesiapa boleh menganggap ia (pilihanraya yang) mudah,”katanya

PRK Kuala Terengganu – Masa Untuk SPR Buktikan Piliahnaraya Yang Bebas dan Adil

Kuala Terengganu – Pilihanraya kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu adalah medan terbaik bagi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membuktikan ia adalah satu pilihanraya yang benar-benar bebas dan adil (Free and Fair Election)

PAS memperingatkan SPR walaupun parti tersebut menerima dengan tarikh penamaan calun dan hari membuang undi PRK Kuala Terengganu ini, tetapi menuntut supaya SPR membuktikan badan tersebut dapat melaksanakan satu pilihanraya yang adil.

“Saya (PAS) mahu, supaya SPR buktikan. Ini peluang SPR buktikan bahawa pilihanraya ini boleh dijalankan secara bebas dan adil. (’Free and Fair’),

“sebab boleh dikatakan sepanjang masa yang lalu, kita tak dapat melihat pilihanraya yang benar-benar ‘free and fair’,”kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, disini hari ini (6 Disember).

Menurutnya sempena SPR mempunyai pengerusi yang baru beliau berharap pengerusi tersebut dapat memulakan tugas beliau dengan melaksanakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang dapat menjadi contoh sebagai satu pilihanraya yang telus dan adil.

Katanya SPR perlu bebas dan adil bukan sekadar pada cakap, tetapi ia mestilah dibuktikan dengan perlaksanaan.

“Biarlah kita lawan sesama parti. Pakatan rakyat khususnya PAS melawan BN khususnya UMNO. Bukan sebuah kerajaan menggunakan jentera yang mereka miliki untuk berlawan dengan kita (PAS) sebagaimana masa-masa yang lalu.”katanya.

Oleh itu sekiranya pilihanraya yang bebas dan adil dapat dilaksanakan, maka, ia akan menjadi permulaan (benchmark) kepada amalan yang bersih dan adil dalam pilihanraya masa-masa akan datang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menuntut supaya pemimpin UMNO bertanding dalam PRK Kuala Terengganu secara ‘jantan’ dan tidak menggunakan ‘ugutan’, sama ada melalui agensi kerajaan pa-apa cara sekali pun.

Bagi menghadapi rasuah politik dalam pilihanraya yang sering diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, beliau berkata PAS telah menggariskan langkah-langkah tindakan yang akan diambil, supaya semua peraturan pilihanraya dipatuhi.

“Saya tidak boleh nak kata UMNO tidak menggunakan duit. Ini memang kerja dia. Budaya dia. Saya tidak boleh sebut kalau bukan sifatnya.

“dia (UMNO) akan guna duit, tapi, ada peraturan yang dia kena ‘honour’ (patuhi). Maknanya kena had perbelanjaan. Supaya dia tengok, perkara-perkara sebegini,”tambahnya

Justeru, kata beliau PAS mempunyai Jawatankuasa Undang-undang dan peraturan pilihanraya yang akan mengambil tindakan perlu sekiranya pimpinan UMNO melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang pilihanraya.

Ulasan