Dr Mahathir kata Wan Farid ’kroni’ Pak Lah


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan tindakan pemimpin UMNO memilih Dato’ Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Putrajaya semalam.

"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," katanya yang dipetik akhbar internet Malaysiakini.

Walaupun beliau enggan mengulas lanjut, namun secara jelas beliau merujuk Wan Ahmad Farid adalah seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir juga menyifatkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu bukanlah agenda yang amat penting bagi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang menjadi Pengarah jentera kempenUMNO dan Barisan Nasional kali ini.

Ulasan