Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ’Desperado’ ,Ugut Pegawai dan Kakitangan


Kuala Terengganu – Semakin hampir kepada tarikh membuang undi, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak dan bertindak mengugut pegawai dan kakitangan bawahan.

” Mereka bagi tahu disamping makan-makan, mereka bagi tahu undi tidak sulit, kita tahu apa yang kamu undi.

”Saya akan laporkan kepada SPR perkara ini, hari ni saya akan laporkan kepada SPR bagaimana tindakan pemimpin-pemimpin BN yang ugut dan mengatakan undi tidak sulit,”kata Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Induk PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Beliau berkata tindakan pemimpin BN itu bertentangan prinsip demokrasi dan bertentangan dengan apa yang dilaksanakan oleh SPR.

Katanya beliau akan meminta pihak SPR untuk membuat kenyataan terbuka bahawa undi adalah sulit, bukan sebagaimana yang dikatakan pemimpin UMNO.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa rakyat akan bersama Pakatan Rakyat khususnya mengundi calon PAS pada 17 Januari akan depan.

Oleh yang demikian, katanya, beliau sedang mengikuti kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO.

”Najib kata at all cost (apa juga harganya) BN mesti menang, jadi saya nak tengok apa maksud perkataan itu, Insyallah, kita (PAS) sedang mengikuti memantau,

”semalam (14 Januari) saya bagi tahu bahawa JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), operasinya sampai waktu malam, yang ada akses hanya SPR, Apa dia nak buat ?

”hari ni dia (SPR) ada jawab sikit tetapi tidak menjawab sepenuhnya. Insyallah saya akan ikuti dia punya perkembangan,”katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan memorandum bantahan oleg Gerakan Mansuhkan PPSMI di Gong Kapas semalam.

Penyerahan memorandum itu merupakan sebahagian daripada siri kempen GMP membantah perlaksaan PPSMI, selain akan menganjurkan perhimpunan besar 100,000 orang ala-Bersih Mac ini.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya hari ini bersempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan menabur 50,000 risalah dan penyerahan memorandum kepada calon PAS.

Majlis itu disempurnakan oleh bekas profesor matematik dan fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shaharir Mohd Zain di bilik gerakan PKR Terengganu di Jalan Sultan Muhamad.

Selain Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut, turut hadir dalam majlis itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ulasan