PRK Bukit Gantang Satu Referendum Rakyat Perak kata Nizar


Taiping - Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang (PRK) adalah pilihanraya untuk seluruh rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu pungutan suara atau ‘referendum’ rakyat negeri Perak.

“Rakyat Bukit Gantang dan negeri Perak tidak mahu satu pengurusan da pentadbiran parti yang mengurus dan mentadbir dengan mengenepikan undang-undang,”kata calon PAS bagi PRK Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

Beliau berkata rakyat akan menolak mana-mana parti yang tidak menghargai atau menghormati undang-undang dan menafikan masyarakat Madani.

Katanya masyarakat Malaysia harus menghormati sistem Pengasingan Kuasa, Raja Perberlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagaimana yang termaktub dalam perlembagan Malaysia.

“Jika semua rakyat Malaysia menghormati perlembagaan negara, pentadbiran tidak ada apa-apa negatif, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan,

“jadi, kita harap pilihanraya P.059 ini akan melahirkan melahirkan natijah tersebut,” katanya dalam sidang media, selepas penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, disini, hari ini.


Ulasan