Mereka Percaya Kepada PAS !


B.Balendran adalah seperti penganut Hindu yang lain, yang merayakan Deepavali dan tidak makan daging. Tetapi pada masa lapang, beliau menghadiri program politik yang dianjurkan oleh PAS dan membantu mencari ahli baru untuk Kelab Penyokongnya.

Dan beliau aktif berkempen untuk PAS semasa pilihanraya umum yang lalu.

Jurutra berusia 25 tahun itu juga telah menarik dua orang adik beradik perempuannya dan beberapa orang rakannya menyertai apa yang didakwanya sebagai ‘parti terbaik untuk memerintah Malaysia

Pandangan Balendran; “sekiranya PAS mengambil alih pemerintahan Malaysia , saya akan menjadi sangat gembira kerana tidak ada lagi rasuah dan Malaysia akan berada dalam kedaaan yang baik,”

Kelab Penyokong PAS bagi bukan Islam telah ditubuhkan pada 2004 dengan hanya 100 orang ahli, kata pengasasnya, Hu Pang Chow.

Keahliannya berjumlah 10,000 orang pada tahun lepas, tetapi meningkat lima kali ganda kepada 50,000 sejak pembangkang menang dalam pilihanraya umum dan PAS membentuk Pakatan Rakyat, pakatan parti pembangkang bersama PKR dan DAP.

Tidak seperti ahli biasa, mereka yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS adalah ahli bersekutu dan tidak mempunyai hak untuk mengundi.

Jadi mengapa bukan Islam memilih PAS berbanding DAP dan PKR ?

Hu berkata mereka yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS melihat PAS sebagai “ parti yang paling berprinsip dan paling ikhlas” . Sebahagian besar ahli Kelab Penyokong PAS adalah terdiri dari kaum India.

Sebahagian ahli kelab mengelak daripada PKR kerana pada pandangan mereka PKR tidak bersungguh dalam menyokong isu-isu yang melibatkan kaum India.

Sebahagian kaum India pula merasakan DAP adalah terlalu berpusat kepada etnik Cina.

Pengerusi Kaum India dalam Kelab Penyokong PAS, N. Balasubramaniam berkata,” DAP dan PKR ada peraturan mereka sendiri, namun samda mereka menmematuhi atau tidak, terpulang kepada masing-masing,”

Katanya ia adalah berbeza dengan PAS, yang teguh memegang ajaran Islam.

PAS sering difitnah oleh pemimpin Barisan Nasional sebagai parti yang akan melaksanakan Islam yang tegas di Malayisa.

Tetapi Balendran berkata beliau tidak bimbang dengan matlamat PAS untuk menubuhkan Negara Islam dan menguatkuasakan undang-undang termasuk Hudud, yang mengandungi hukuman ‘memotong tangan’ dan ‘rejam dengan batu’, kerana menurutnya undang-undang tersebut hanya untuk orang-orang Islam sahaja.

Peningkatan sokongan bukan Islam kepada PAS telah ditunjukkan pada pilihanraya umum ke 13 Mac tahun lalu, apabila Kumutha Rahman bertanding bagi pihak PAS.

Walaubagaimana pun Kumutha terpaksa menggunakan lambang PKR kerana PAS belum memperuntukan peraturan yang membolehkan bukan Islam bertanding atas tiketnya.


Walaupun beliau kalah, pencalonan beliau adalah satu pemecahan benteng antara PAS dan komuniti India.

Dan semasa kempen berlangsung, bukan Islam dari kaum Cina dan India secara terus terang mengibarkan bendera PAS dan membantu dalam merayu undi dari rumah ke rumah.

Sebahagian dari sebab mengapa kaum India berminat untuk memasuki parti politik adalah eekoran dari perhimpunan HINDRAF pafa November 2007, dimana mereka telah bertempur dengan polis dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Ramai daripada kaum India yang tidak berparti memilih untuk bersama parti pembangkan setelah hilang kepercayaan dan harapan kepada MIC khususnya kepada Samy Vellu

Pemerintahan PAS Kelantan yang stabil selama 18 tahun turut menambah kepercayaan bukan Islam kepada PAS, kata Hu.

Pakar Sains Sosial Sivamurugan Pandian dari Universiti sains Malaysia berkata PAS sebagai parti yang berasaskan agama turut menyumbang kepada populariti parti itu.

“PAS ada agama sebagai tulang belakang and persepsi terhadapnya adalah ‘ia lebih jujur dan ikhlas’ dan mampu menegakkan kesamarataan dan kebajikan kepada rakyat,”katanya

PAS juga telah mengurangkan ‘retorika Negara Islam’ dengan kehadiran ramai pemimpin muda yang lebih terbuka.

“PAS akan menjadi satu alternatif yang ‘bersendirian’ di masa depan sekiranya Pakatan Rakyat gagal diteruskan,”katanya kepada akhbar Straits Times.

PAS kini sedang bergerak kehadapan untuk menubuhkan satu sayap yang dianggotai oleh masyarakat bukan Islam.

Ia dijangka akan berlaku pada tahun depan, menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan pindaan keatas perlembagaan PAS.

“Pemimpin PAS kini sedar mereka memerlukan sokongan daripada bukan Islam dan bukan Melayu, atau mereka tidak akan menang (dalam pilihanraya),”kata Hu – NST

Diterjemahkan secara bebas dari artikel asal yang diterbitkan oleh NST, diterbitkan secara online oleh MalaysianInsider.








Ulasan