Kalau ada pencalonan, ada sokongan, InsyaAllah saya akan bertanding - Ustaz Azman Shapawi

KUALA NERUS – Oleh kerana PAS meletakkan ‘Kepimpinan Ulama’ sebagai dasarnya, golongan selain daripada ulama’ mungkin suka untuk memahami konsep kepimpinan tersebut.

Oleh yang demikian, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berpendapat,
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS harus disandang oleh mereka yang terdiri dari kalangan ulama’.

“PAS meletakkan dasarnya sebagai ‘kepimpinan ulama’ dan kita yakin kalau selain daripada ulama’ yang pegang tempat yang paling tinggi itu, untuk memhamai konsep kepimpinan ulama’ itu mungkin payah,

“jadi dia perlu kepada orang nombor satu dan nombor dua itu mesti daripada ulama’ sendiri, sebab konsep ini konsep kepimpinan ulama’, lain daripada ulama’ memang agak sukar untuk memahami konsep ulama’ itu sendiri,”katanya kepada pihak media selepas majlis ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiah Darul Iman, Tok Jiring, dekat sini , semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Azizi Nik Mat yang mengatakan bahawa jawatan tertinggi dalam PAS hanya layak dipegang oleh golongan ulama’ sahaja.

Beliau berkata, golongan ulama’ yang layak menjawat kedua-dua jawatan tertinggi itu mestilah bukan hanya seorang ‘faqih’ bahkan mereka yang mampu mengolah situasi politik semasa.

“Bukan setakat memahami ilmu feqah tetapi yang membaca membaca politik semasa, yang mempunyai perancangan,

“bukan satakat imam sembahyang tapi yang boleh urusan keugamaan pun reti (pandai), kemudian urusan pentadbiran pun boleh, itu yang kita harapkan,”ujarnya.

Beliau turut menegaskan, Presiden PAS masakini, wajar dikekalkan memegang jawatan tersebut dan tidak perlu ditukar kepada orang lain.

Ia adalah kerana, katanya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama’ yang memenuhi ciri-ciri kepimpinan ulama’ sebagaimana yang dikehendakki.

Sementara itu, dalam mengulas isu pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata, hasrat meletakkan calon PAS untuk turut bertanding merupakan suara ahli-ahli peringkat bawahan.

Namun, beliau menyerahkankan perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik

Ketua Pemuda (PAS Pulau Pinang) hanya menyebut berdasarkan suara-suara peringkat bawah, masih ada masa untuk bincang benda (perkara) itu,

“tetapi kita letak kepimpinan tertinggi untuk buat keputusan dan InsyaAllah kita letak kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk buat keputusan,”jelasnya.


Mengulas lanjut isu perebutan jawatan tertinggi dalam PAS, beliau turut disoal tentang sikap Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang berdiam diri
tentang saranan Menteri Besar Kelantan itu.

Azman yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bekata, lebih baik Husam mengambil sikap berdiam dari banyak bercakap, kerana kata-katanya mungkin akan mencetuskan kontroversi.

“Saya rasa lebih baik dia (Husam) mengambil sikap diam dari banyak bercakap, mungkin timbul kontroversi macam-macam,

“dan kita pun tak mahu ulas, (itu) masalah peribadi beliau sendiri, mungkin ada sebab tertentu yang (sebab) dia tak mahu nak ulas apa yang orang tanya tentang politik, itu dalaman beliau,”katanya.

Apabila ditanya adakah beliau berminat untuk bertanding merebut apa-apa jawatan, beliau berkata; “peringkat PAS Pusat mungkin tidaklah”.

“Tapi InsyaAllah saya akan menumpukan kepada kepimpinan pemuda Pusat, InsyaAllah, kalau ada pencalonan ada sokongan, InsyaAllah kita (saya) akan bertanding,”katanya.


Ulasan