Rasuah Pemimpin UMNO Terengganu

Rosli Berehat di Genting Highland

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Rosli Othman, yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Ogos lalu kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000 dimaklumkan tidak hadir dalam Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman baru-baru ini.

Sumber dalaman memberitahu, Rosli yang dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin, telah menghilangkan diri dari daerah ini.

Sumber tersebut menyebut, Rosli dikatakan sedang berehat di Genting Highland bagi menyuraikan kekusutan perasaan, setelah beliau terpaksa tidur selama tiga hari di dalam lokap polis kerana di reman semasa mengahadapi proses siasatan.

Beliau juga memaklumkan, sebelum beredar, Rosli telah berkata, beliau kini tahu siapa dikalangan mereka yang berada disekelingnya.

”Rosli berkata, dia kini tahu yang mana satu intan, yang mana satu kaca,”kata sumber tersebut yang ditemui Buletin Online semalam.

Difahamkan, Rosli berkata demikian adalah merujuk kepada orang-orang ‘rapat’ yang pernah dibantu beliau namun tidak hadir menjenguk beliau ketika menginap di lokap polis.



Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin

Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah

KEMAMAN
- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.


Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/adunkemasik.jpgBeliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.

Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin.

Agensi Bernama yang tidak menyebut nama Rosli melaporkan, ADUN Terengganu berserta dua lagi rakannya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam bela Adun terbabit, Syed Azimal Syed Abu Bakar, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini adalah hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka termasuk Adun itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.



Rosli Mesti Letak Jawatan !

€€AMK Tolak Kenyataan Rozi Mamat : ADUN Kemasik Mesti Letak Jawatan Segera !http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/symbolvideo.gif
KUALA TERENGGANU - AMK Negeri Terengganu Timbalan menasihatkan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat supaya berfikiran matang dan bersikap profesional dalam menghadapi isu rasuah yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Kemasik, Rosli Othman.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/kemasikrasuah.gifKetuanya Fariz Musa menolak kenyataan Rozi yang berkata, PAS tidak perlu campur urusan UMNO kerana menurut Rozi penahanan Adun terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah proses biasa.

"Ia adalah merupakan isu rakyat Terengganu kerana melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi,"kata Fariz dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.


Menurutnya, samada PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dalam isu berkenaan kerana isu rasuah ADUN Terengganu bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja

"Sikap Rozi Mamat seolah-olah mempertahankan perasuah
, sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau (Adun Kemasik) wang sejumlah RM5000,"tegasnya.

Katanya, sekiranya Rozi mempunyai integriti dan bermaruah, sudah pasti Rozi akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat. .

Katanya, UMNO Terengganu juga seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung itu.

Fariz turut menggesa SPRM mendakwa segera dakwaan rasuah yang melibatkan dua orang bekas pimpinan UMNO Terengganu dalam kes pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Katanya penglibatan ramai pemimpin UMNO dengan rasuah adalah memalukan rakyat Terengganu.

"Amat memalukan, semua rakyat Terengganu malu apabila pemimpin UMNO Terengganu terpalit dengan isu rasuah,"ujarnya . .

Beliau dan AMK Negeri Terengganu turut bersetuju dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiuasaha PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat, bahawa ADUN tersebut wajar meletakkan jawatan dengan segera!

"Maruah rakyat Terengganu telah cukup tercalar dan dimalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan isu-isu yang tidak berintegriti dan bermaruah,"katanya


ADUN Kemasik Rasuah; UMNO/BN Di cabar Ikut Jejak Langkah Pakatan Rakyat

KEMAMAN - UMNO dan Barisan Nasional (BN) di cabar mengikuti jejak langkah Pakatan Rakyat (PR) dengan mengosongkan kerusi DUN Kemasek sekiranya parti itu benar-benar telus dan mendahulukan rakyat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/rosli2.jpgPengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat berkata PR menunjukkan contoh yang lebih baik berbanding UMNO/BN kerana wakil rakyatnya lebih berani dan bertanggungjawab.

Saya mencabar UMNO/BN Terenggganu supaya mengosongkan kerusi DUN Kemasik dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,

”letak jawatan dan adakan pilihanraya semula DUN Kemasik kerana wakil rakyatnya kini dituduh melakukan rasuah,”katanya ketika menghubungi Buletin Online semalam.

Menurutnya, bekas wakil rakyat DUN Penanti yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin meletakkan jawatan pada 16 April lalu, kerana dituduh melakukan rasuah.

(Gambar - Rosli tersenyum..... gambar kecil adalah ketika beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN, adakah amanah rakyat telah dilaksanakan?)


Katanya Fairuz dengan rela meletakkan jawatan walaupun tidak ditangkap dan di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Sekarang sudah jelas, Rosli ditangkap dan di reman untuk siasatan, apa lagi yang UMNO/BN tunggu?,

”Rosli mesti berkorban supaya slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ benar-benar berlaku dikalangan pemimpin UMNO/BN,”tegasnya.

Mengulas lanjut penangkapan Rosli beliau berkata warga Kemaman terkejut dengan perkara tersebut memandangkan Rosli dianggap sebagai YB yang pendiam serta berpendidikan tinggi.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/hanafiah.JPG
Namun, katanya, dengan penangkapan Rosli membuktikan bahawa tidak ada lagi pemimpin yang baik dan bersih dalam UMNO/BN.

Hanafiah (Gambar kanan) yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu mendesak Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu bertindak lebih tegas mendakwa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan rasuah.

Merujuk laporan SPRM berkaitan penahanan dua orang ahli politik UMNO Terengganu sebelum ini, beliau berkata, Hishamudin mesti telus dan mendakwa kedua-dua mereka.


Beliau turut menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu menolak UMNO pada pilihanraya akan datang kerana menurutnya UMNO bukan parti yang boleh diharapkan untuk membawa kebaikan kepada rakyat.
”Rakyat Terengganu perlu sedar, dan menolak UMNO pada pilihanraya umum akan datang,

”pemimpin UMNO bukan berjuang untuk rakyat, tetapi untuk kekayaan peribadi masing-masing,

”pelbagai salah laku dan penyelewengan telah telah dilakukan oleh pemimpin UMNO Terengganu,”katanya.


Yang Kena Tangkap SPRM ialah…….


KUALA TERENGGANU
– Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull memberitahu akhbar Malay Mail Online supaya penangkapan kedua-dua individu di Terengganu tidak dipolitikkan.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/Rosli.jpgBeliau mengesahkan dua orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan rasuah adalah ADUN Kemasik Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah.

Shukri berkata Rosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman semalam utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.

Akhbar tersebut melaporkan, Rosli telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan ditahan dib alai polis Kemaman.

”Rosli juga adalah Timbalan Pengerusi Krajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, seorang graduan dari Middlesex University, London,

”Ketua UMNO Bukit kukuran itu mengalahkan calon PAS Mohamad Mahadi Nawi pada pilihanraya umum 2008 dengan majority lebih 2,000,”lapor akhbar itu.



Rasuah - Adun Terengganu didesak letak jawatan

KEMAMAN, 4 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bernama melaporkan, turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemanan untuk siasatan lanjut.

Semalam, Adun berkenaan bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu
(DPPNT) mendesak agar Adun berkenaan meletakkan jawatan demi menjaga kemuliaan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Ketuanya Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata DPPNT menerima maklumat mengatakan bahawa seorang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat.

Katanya, berita yang disiarkan menyebut ADUN tersebut bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat Kemaman, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Justeru, katanya DPPNT mendesak agar beliau meletakkan jawatan selaku Adun demi menjaga kemuliaan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

"Kami juga mendesak agar SPRM menjalankan tugas penyiasatan dan pendakwaan secepat mungkin dan setelus telusny,"tegasnya

SPRM tahan ADUN Terengganu kerana disyaki terima rasuah

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

Ulasan