04 Ogos 2009

SPRM tahan ADUN Terengganu kerana disyaki terima rasuah

KUALA TERENGGANU - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.


ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama



Hanya Ahli UMNO dan Kerabat JKKK dapat Pangsapuri Pulau Duyong


KUALA TERENGGANU
– Satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembahagian pangsapuri mampu milik Pulau Duyong, dekat sini.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/pangsapuriduyong.JPGKetua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata laporan dibuat berdasarkan dokumen yang dihantar kepadanya oleh pihak yang tidak diketahui.

Menurutnya, setelah beliau meneliti isi dokumen itu, beliau dapati telah berlaku ketidakadilan dan penyelewengan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan UMNO Pulau Duyong.


”Saya dapati terdapat 3 dokumen, sepucuk surat, satu lampiran senarai nama penyewa-penyewa dan satu lampiran senarai penama-penama yang sepatunya tidak layak,

”surat tersebut memohon saya bertindak isu berkaitan penyelewengan tersebut,”kata Fariz dalam sidang media yang diadakan di hadapan pejabat SPRM, Tingkat 11, Wisma Persekutuan, semalam.

Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan kes tersebut yang melibatkan dua blok bangunan yang telah diagihkan kepada 90 orang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/reportsprmpangsapuriduyong1.jpg
Katanya dokumen lampiran tersebut memperincikan sebab mengapa penerima tidak layak menyewa pangsapuri itu.

”(sebagai contoh rumah) J-3-4 dimana pemilik tersebut adalah merupakan ayah kepada pengerusi JKKK Duyong Kelab Aya,

”dimana beliau sebagai pengerusi JKKK telah memberikan rumah tersebut kepada ayahnya dan (sedangkan) ayahnya telah memiliki rumah (lain),

”dalam masa yang sama rumah itu tidak didiami oleh ayahnya, (sebaliknya) didiami oleh anaknya (pengerusi JKKK tersebut,”jelasnya.

Katanya, dalam dokumen tersebut juga menyatakan, ramai penerima pangsapuri itu mempunyai hubungan dengan JKKK dan beberapa cawangan UMNO di Pulau Duyong.

Oleh itu katanya, beliau melihat pengagihan pangsapuri mampu milik itu telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan.

”Pengagihan pangsapuri mampu milik Pulau Duyong ini telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,

”sebab itu kami, pada hari ini mengambil tindakan untuk membuat laporan SPRM dan meminta pihak SPRM mengambil tindakan tegas untuk menyiasat,”tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta supaya siasatan dibuat terhadap pembahagian Blok yang baru diedarkan pada hari ini.



Projek Mega Bocor, Rosak, Tanggal dan Runtuh; Pihak Berkepentingan Mesti Ambil Tanggungjawab



KUALA TERENGGANU
– Semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek-projek dibawah pembiayaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan mesti bertanggungjawab keatas sebarang kecacatan dan kerosakkan yang dikesan dan berlaku.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/syilingairportruntuh1.jpgSetiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika mengulas laporan, satu demi satu projek-projek mega yang dibiayai oleh ‘wang rakyat’ itu dilaporkan mengalami samada bocor, rosak, tanggal dan runtuh dalam waktu yang begitu singkat hayatnya.

”Projek yang menelan belanja yang cukup besar, mencecah ratusan juta ringgit sepatutnya memiliki kualiti dan mempunyai ketahanan yang hebat,

”jika berlaku masalah, samada bocor, rosak, tanggal dan runtuh dalam masa setahun, tanggungjawab mesti diambil oleh mereka yang terlibat,


”tidak kira mereka pegawai ataupun ahli politik yang terlibat, mesti secara ‘gentlemen’ mengakui kesilapan dan tampil membuat pembaikian, sesuai dengan slogan kerajaan masakini “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”,”katanya ketika dihubungi Buletin Online.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/yahayas.jpgMengambil iktibar keatas tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh, beliau berkata, sehingga kini tidak ada pihak yang tampil, bahkan mereka yang memikul tanggungjawab semasa pembinaannya hanya ‘diam seribu bahasa’.

(Gambar; Kanan - Haji Yahaya Ali, Atas dan bawah - Kedudukan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang sering 'tanggal')

Beliau yang juga bekas Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur Negeri kesal dengan sikap ‘orang politik’ berkepentingan, yang sebelum ini ‘menjaja’ projek-projek tersebut adalah kejayaan kerajaan mereka, namun hilang entah kemana, apabila projek tersebut didapati bermasalah.

Katanya, jika berlaku masalah kepada projek-projek berkenaan, pasti ada hubungan dengan kemungkinan sesuatu penyelewengan telah berlaku samada dibina tidak mengikut spesifikasi atau pengawasan yang tidak mengikut ISO.

”Jika berlaku masalah (kepada bangunan), ia ada hubungan dengan kemungkinan, kos yang tinggi adalah bukan kos sebenar, tetapi merupakan bayaran komisen kepada pihak tertentu dan bangunan (tersebut) berkualiti rendah,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/syilingairportruntuh.gif”mungkin juga kurang pengawasan pihak berwajib dan tidak mengikut ISO, kerana sogokan dan rasuah, dan sekiranya bangunan tersebut memiliki CF, ia sangat meragukan,”jelasnya.

Beliau mengambil contoh Pusat Akuatik di Batu Burok yang diakui oleh Kementerian Kerja Raya sebagai pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Semalam, akhbar mendedahkan terdapat masalah kepada siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang tanggal di beberapa bahagian Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood, berkata pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu, dan dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.

Ahmad Ramli berkata, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya, namun tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.

Selepas kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh pada 2 Jun lalu, Pusat Akuatik Batu Burok telah ditutup selepas lawatan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 9 Julai lalu.

Jabatan Kerja Raya mendapati kebocoran benar-benar berlaku kerana pembinaanya dibuat tidak mengikut spesifikasi.


Pemimpin UMNO Pening Kepala



KEMAMAN - Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pening kepala menghadapi senario politik masakini setelah mengalami kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum Mac tahun 2008

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/UstazMNor.jpgKetua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (gambar kiri) berkata UMNO/BN menghadapi pelbagai masalah, termasuk perpecahan dalaman parti itu ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata, UMNO/BN Terengganu turut pening kepala kerana bayaran royalti minyak masih lagi belum dipulangkan kepangkuan kerajaan negeri.

”Sehingga tahun 2008 ini, royalti minyak tidak lagi diserah kepada kerajaan negeri Terengganu, sehingga hari ini Ahmad Said (Dato’ Menteri Besar) pening kepala,

”Nak (Untuk) mentadbir (negeri), UMNO tak boleh mentadbir (dengan baik), (kerana) dia (UMNO) mentadbir dengan pitih,”katanya.
Menurutnya, keadaan berbeza semasa PAS memerintah Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya walaupun wang royalti dirampas, PAS mampu mentadbir sehingga tahun 2004 dan boleh menguruskan negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

”dan InsyaAllah sekiranya (diberi mandat) dan kita (PAS) menang, kita mampu mencari wang (sumber pendapatan) dan mampu mengurus dengan baik,”jelasnya.

Mengulas isu terkini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung berkata, akibat hampir tumbang, UMNO/BN menjadi lemah dan mengharapkan kerjasama dengan PAS.

Kerana terlalu terdesak, katanya, pemimpin UMNO pantang mendengar pelawaan dari PAS, termasuk pelawaan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

”Tak boleh hulur (pelawa) langsung (untuk kerjasama), Tok Guru Nik Aziz kata nak kerjasama dengan kerajaan pusat, (terus menjawab ya) ha, kita akan bincang, kita akan bincang,

”Tak boleh berbunyi (bersuara) sikit, nak kerjasama, hah… nak selalu (serta merta),”ujarnya.dalam Majlis Penerangan di Taman Islam disini, kelmarin.

Katanya, pelawaan yang dibuat Tok Guru Nik Aziz itu hanyalah satu helah untuk melihat sikap sebenar pemimpin UMNO.

Tindakan pemimpin UMNO menghebahkan perkara tersebut dalam media massa, katanya, mendedahkan keadaan UMNO yang tenat, dihinggapi pelbagai ‘penyakit’ akibat kemelut politik yang melanda parti itu.

Oleh yang demikian, menurutnya agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah tersasar dari perjuangan UMNO yang mementingkan orang Melayu.

”Dengan agenda 1Malaysia (dan) kita lihat (dalam) seratus hari pemerintahan (Perdana Menteri) Najib, dia sudah lupa kepada orang Melayu (yang diperjuangkan UMNO selama ini),”katanya.

>>Lihat Video Klip Ucapan Ustaz Mohd Nor

Tiada ulasan: