Apa dah jadi dengan Jerteh Souq



Bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh pernah berkata Jerteh Souq akan siap pada 2010 sebagaimana laporan akhbar dibawah;


Jertih Souq Dijangka Siap Menjelang 2010


JERTIH, 7 Mac (Bernama) -- Lebih 300 peniaga kecil bumiputera di sini bakal menjalankan perniagaan dalam suasana kondusif apabila projek Jertih Souq, sebuah pusat perdagangan baru siap menjelang 2010, kata Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.


Katanya projek bernilai RM70 juta itu dapat menempatkan perniagaan barangan basah dan kering di pasar serba moden serta menjadikan bandar Jerteh sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baru di utara Terengganu.


"Sebelum ini ,para peniaga di pasar Jertih bukan sahaja menghadapi pelbagai masalah seperti bumbung bocor, bau busuk dan ruang niaga yang sempit menyebabkan pengguna beralih ke tempat lain," katanya semasa melawat pasar Jertih di sini hari ini.


Beliau, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih pada pilihan raya umum esok, melawat pasar tersebut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, yang juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Besut.


Idris berkata pembangunan Jertih Souq meliputi pembinaan infrastruktur secara bersepadu yang membabitkan kawasan sepanjang 700 meter dari Kampung Balik Bukit melalui pesisir Sungai Jerteh sehingga ke Masjid Hadhari di bandar berkenaan.


"Jertih Souq itu akan dibina dalam dua fasa. Fasa pertama yang telah bermula pertengahan tahun lepas dijangka siap akhir tahun ini manakala fasa kedua dijangka selesai pada penghujung 2010," katanya.


Beliau berkata projek fasa pertama membabitkan pembinaan terminal bas dan kereta sewa yang moden serta lot kedai yang dibina berkonsepkan bazar di samping taman dan medan selera bertaraf empat bintang.


Manakala fasa kedua pula membabitkan, antaranya, pembinaan hotel bertaraf empat bintang, dewan besar dan teater serta gelanggang sukan boling dan futsal, katanya.


Perkataan "Souq" diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud "deretan kedai-kedai kecil", sesuai dengan konsep pembinaan pusat perdagangan tersebut.


-- BERNAMA


Idris juga pernah membeli rakyat dengan menjual 'idea'nya melalui laporan akhbar dibawah;

Jerteh Souq Mesra Alam

STATUS bandar Jertih di utara Terengganu, yang dianggap sebuah pekan lama dijangka berubah wajah apabila proses pembangunan bandar itu menerusi ‘Projek Jertih Souq’ tidak lama lagi.

Jertih Souq atau ‘Pasar Jertih’ bakal berubah wajah apabila landskap bandar itu berkonsepkan pembangunan mesra alam.


Pembangunan Jertih Souq dirancang dalam dua fasa mulai tahun 2006 dan dijangka siap akhir tahun depan bagi memberi imej baru kepada pusat perdagangan dan kewangan daerah Besut, Terengganu.

Pembinaan bandar baru itu yang diilhamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, akan menjadi daya tarikan baru kepada penduduk daerah Besut dan pintu masuk utama ke Terengganu dari utara.

Pelbagai kemudahan termasuk hotel, taman bandar, medan makan, bazar, pasar utama, 400 unit pusat pameran dan perniagaan, terminal bas dan kereta sewa serta 1,200 petak tempat letak kereta akan disediakan.

Pembangunan semula di kawasan lapan hektar itu akan menjadi bandar Jertih antara bandar serba moden di negeri ini.

Pembinaan Jertih Souq yang tidak mengabaikan keindahan alam semula jadi berhampiran seperti sungai dan kampung tradisional dijangka menjadi daya tarikan pelancong.

Malah, keunikan bandar ini akan lebih terserlah dengan Masjid Hadhari di pinggir Sungai Besut yang bersambung dengan kawasan pembangunan Jertih Souq.

Reka bentuk bangunan berasaskan tradisi dan seni bina Islam akan memberi lebih perhatian kepada pencinta seni bina apabila hampir keseluruhan premis baru dibina berkonsepkan seni bina Melayu dan Islam.- HMetro


Namun apa dah jadi dengan Jerteh Souq sekarang ???



Ulasan